Friday, August 29, 2008

MERDEKA RAMADHAN

Syukur dan bergembiralah kita kerana diberi kesempatan untuk menyambut merdeka dan ramadhan tahun ini semoga akan lebih diberkati dan penghayatan. Bayak projek nak buat, sedang buat dan akan dibuat. Kursus cendawan dah, teori dah ada sekarang tinggal lagi praktikal sebenar, insyallah tahun ini juga aku akan cuba laburkan modal, tenaga dan masa, insyallah berjaya, kalu tak try tak akan berjaya dan gagal, kalu try baru boleh berjaya dan gagal, gagal sebagai pengalaman dan pengajaran. Asal jadi duit buat apa saja asalkan halal dan tidak mengganggu kesejahteraan hidup semasa yang sudah aman sentosa ini, buat apa buat projek yang merosakkan kedamaian sekarang, baik maintain aje, tapi aku bukan tamak , cuma aku ingat hidup hanya sekali, cuba jika termampu..

Tuesday, August 12, 2008

KURSUS DULU

Kopom aku akan gi kursus cendawan, tapi bukan puchong, di kedai menanti saja, baru tau ada yang dekat, tak perlu g jauh, jimat kos nanti boleh terus beli benih terus tanam, nanti kita sama try kalu jjadi..jadi mesti jadi kalu buat.

CENDAWAN TIRAM

Insyallah saya akan hadiri kursus menanam cendawan tiram di puchong pada 30 ogos 2008, bukan apa, bukan nak berhenti ambik gambar, tapi memang inilah rasanya peluang satu lagi yang boleh diceburi secara sambilan yang tidak mengganggu pekerjaan asal disamping menambah pendapatan, ilmu dan kesihatan. memang saya amat berminat dalam bidang penternakan dan penanaman ini, duk cari lama dah, rasanya inilah yang sesuai, apapun try dulu tak jadi tak apa, saya rajin try, kadang2 hangat2 tahi kambing je, sekurang2nya ilmu dapat sikit, biasalah kalau tak cuba mana kita boleh tau boleh berjaya atau tidakk kan???

nanti kita upgrade semua nya dalam semua bidang yang kita ceburi,ke guane...sebelum mati baik try belako hok buleh try..berjaya atau tidak itu tuhan punya kuasa..

Sunday, August 10, 2008

Berjalan lancar

Hari jumaat pagi, majlis akad nikah di masjid peringat, ok berjalan macam biasa, di sebelah pengantin perenpuan pun ada tempah cameraman juga , nampaknya pro, tengok cara dia ambik pelbagai sudut dan jenis kamera nampak ok, mungkin lebih baik dari aku, tak po itu boleh belajar, habis je majlis pergi makan sekejap rumah pengantin teru s ke berek 12 kota bharu, majlis lepas jumaat, pergi awal tengok keadaan, tengok dalam rumah perlukan cahaya , jadi kami pasang lightinglah, ada problem pulak masa nak test, bateri remote atau sensor habis, mungkin jurujual haritu letak bateri lama yang dah guna, keluar pergi cari bateri di 7eleven, ada batery tak ada skru driver nak buka, jadi tak kopom bateri jenis mano, pergi kedai runcit, buka sensor tengok jenis 23ae kalu tak silap, tak ada kedai tu, belije test pen gi balik kedai 7 11,pasang dan terus g masjid, g sembahyang jumaat, lepas sembahyang tubik kot pintu pagar lain jumpa set cikgu krai mari kursus, rafli,zabri dan dua tiga lagi, pah tu g rumah pengantin, test, ok, jadi, Masa sdampai tu derngar sound puak ni kecrek lain sikit, macam siam, cina ada, pahtu tanya tuan rumah, kena ko, kemboja, patutlah jarang dengar sound dia, molek dah, lawan orang jawa batu pahat, sama sama sound lain, bunyi kabar kalu balah dia guna bahasa lain2 itu yang klakar tu,habis bergambar macam biasa je.

Semalam, sepatutnya dua majlis, tapi clash, sama2 nak buat awal pukul 12tgh, terpaksa batalkan satu,yang di peringat, pergi di kedai menanti,rumah dia tak ada siling, gelap sikit, jadi kena pasang lighting juga, masa sebelum pengantin sampai kita dah tanya apa majlkis nak buat, aturcara,seperti merenjis baca doa ke, suap semangat, pengantin kata tak ada, tapi bila masa sampai semua nak buat, orang tua2 lama suruh buat, kalutlah, keluarga laki, semua sedang makan, jadi suap semangat tak sempurnalah, dua tiga orang belah perempuanjelah. tak polah, ini satu cabaran dan pengalaman, supaya tak jadi lain kali, kena kopom betui2 dulu.

pasal gambar ni, haiya, mesti mau cepat, boleh ke? insyallah.

Rahsia qada dan qadar

SOALAN: Baru-baru ini, Kosmo! dalam ruangan anekdotnya mengisahkan tentang seorang wanita yang dipanggil Ratu Ngebor menghadapi dugaan kerana rancangan pertunjukannya dibatalkan di Johor Bahru dan ditolak oleh Stadium Putra Bukit Jalil dengan alasan masalah keselamatan.

Kegagalan yang dialami menyebabkannya berasa letih dan hairan mengapa dirinya diuji semakin hari semakin dahsyat. Sempat dia berasa dirinya tidak disayangi Tuhan. Namun, berbekalkan semangat juang yang ada serta kasih sayang suami, dia tahu setiap hal pasti ada hikmahnya.

Yang dia tahu, dia cuma mahu membawa irama dangdut ke satu tahap yang lebih dihormati. Dan dia mahu muncul untuk kali ketiga di Malaysia.

Hal seperti ini sudah lali di negara kelahirannya, diseret keluar sewaktu menyanyi sudah menjadi perkara biasa. Cuma halangan di Malaysia membuatkan dirinya cukup letih dan terasa luar biasa.

Saya sebenarnya keliru dengan keadaan yang berlaku sekarang, di tanah air saya yang saya amat kasihi.

– Peminat Dangdut, KL

Jawapan: Aurat seorang perempuan dengan lelaki ajnabi ialah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan, tetapi kalau pakaian yang dipakai itu ketat, menonjolkan punggung, paha ataupun membonjol dadanya, maka ia tetap dilarang.

Apabila seseorang wanita itu menutup auratnya seperti yang dijelaskan, tidak ketat atau sendat, tidak longgar tetapi ia melakukan gerak-geri yang mengghairahkan, maka ia juga tetap dilarang. Hukumnya haram.

Termasuk dalam amalan yang dilarang atau diharamkan ialah perbuatan melakukan goyang punggung ataupun `gerudi’. Sebab atau helah dihukum sedemikian rupa ialah kerana ia boleh membangkitkan nafsu orang lain yang melihatnya atau menonton sambil mengkhayalkan.

Berpunca daripada kebangkitan nafsu tersebut, seseorang itu boleh bertindak lebih jauh daripada itu, berzina, liwat dan sebagainya. Bagi mereka yang meminatinya mungkin menyatakan hal demikian adalah hiburan, liburan atau salah satu cabang seni.

Seorang perempuan, sama ada untuk melakukan tarian gelek, menggerudi, apabila telah dilakukan akad Ilahi padanya, dirinya adalah hanya untuk suaminya, bukan untuk umum. Sekiranya tarian seperti ini, apatah lagi goyang punggung itu ditonton di khalayak ramai, ia tetap merupakan salah satu ciri keruntuhan akhlak.

Kalau ia dibiarkan, diberi kelulusan atas alasan untuk berhibur atau untuk mendapatkan peratusan cukai, maka konsep ini adalah merupakan kesilapan besar. Hasil yang tidak diberkati Allah.

Mungkin atas alasan “bakat juang” ia tetap terus dilakukan. Mahu membawa dangdut ke satu tahap yang dihormati”, tanpa mengambil kira natijah daripadanya, menyebabkan keruntuhan akhlak, melanggar perintah Allah ia tetap diteruskan. Dalam masa yang sama kegiatan ini dapat menyara hidup.

Sesungguhnya, apabila sesuatu usaha itu terlarang menurut syarak maka hasil yang diperoleh adalah haram juga. Apabila ia melibatkan perbuatan haram, maka Allah tidak meredainya atau tidak memberkatinya. Hasil yang diperoleh, apabila dibelikan makanan, ia akan menjadi darah daging yang membesar dan mengalir pada sekujur jasad. Habuan ini akan dimamah, dikunyah dan ditelan oleh anak-anak, suami isteri, sekiranya yang melakukan kegiatan ini melibatkan seorang suami, anak, juga mereka yang berkunjung ke rumah dan sebagainya.

Dalam surah al-Isra, ayat 32, terdapat firman Allah yang melarang jangan menghampiri zina. Dalam ayat ini, kalimah “jangan hampiri” bermaksud bahawa sesuatu perbuatan yang menghampirkan diri atau yang akhirnya melibatkan diri seseorang itu dengan perbuatan zina hendaklah dijauhi sama sekali, jangan dihampiri. Jelas dalam keterangan ini memperlihatkan atau membuktikan sekiranya seseorang itu boleh mengelakkan diri daripada menghampiri sesuatu perbuatan yang boleh menghela kepada perbuatan zina, maka zina akan dapat dielakkan.

Cukuplah dengan keadaan atau suasana tidak pasti yang sedang berlaku di Malaysia sekarang, yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Kita dikunjungi oleh pelancong dari luar atas tiket “lawatan sosial” yang diberi kebenaran masuk ke negara ini ketika berada di lapangan terbang. Kita berbangga dengan jutaan pelancong yang datang dari seluruh dunia. Kita memperoleh hasil atau pendapatan daripada perbelanjaan yang dibelanjakan. Segala-galanya memberi pulangan lumayan kepada anak negeri.

Dalam masa yang sama, kita tetap sedar sebahagian daripada pelancong ini menjadi pelacur, menjadikan Malaysia ini destinasi persundalan. Sebahagian daripada mereka, berpuluh ribu bilangannya seperti yang dipaparkan dalam akhbar, hilang tidak dapat dikesan.

Keadaan menjadi lebih gawat apabila pusat-pusat rawatan, spa dan sebagainya menawarkan khidmat seks. Berkali-kali diserbu tetapi tetap wujud seumpama cendawan tumbuh selepas hujan. Orang ramai menjadi bingung. Segala-galanya berlaku seumpama tidak dapat dikawal. Serbuan-serbuan dilakukan, tetapi hasilnya mengecewakan.

Lebih masa

Pesundal-pesundal hilang, kerja lebih masa di tempat lain atau mengambil cuti sakit pada waktu itu. Rupa-rupanya, mereka yang diberi kebenaran masuk ke lapangan terbang itu melarikan diri melalui lorong-lorong tikus yang tersedia direka khas, lari di loteng-loteng ataupun akibat kakitangan yang menjadi barua atau informer, memberitahu segala gerakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan.

Saya masih ingat semasa belajar di Scotland, seorang teman mengambil PhD, dari Chitaggong. Seorang teman berjanggut jarang, tetapi dibela panjang. Beliau bangga dengan janggut, mengikut sunnah nabi katanya berulang kali, sambil menggosok-gosok dagu saya yang tidak menyimpan janggut.

Setelah tamat dan lulus Phd, beliau yang mendapat biasiswa Commonwealth, berusaha untuk menunaikan umrah dan ke London untuk mendapatkan visa. Kedutaan di London menyatakan yang dia boleh mendapatkan visa ketika berada di Jeddah nanti. Setelah menceritakan apa yang berlaku, saya menasihatinya supaya mendapatkan visa terlebih dahulu, jangan harapkan visa ketika berada di lapangan terbang.

Akhirnya saudara Abdul Rahman inipun terus ke Jeddah. Beberapa hari selepas itu, beliau balik semula ke Aberdeen, meluahkan penyesalannya kerana tidak mendapat visa atau kebenaran masuk ke Mekah, biarpun ia datang dari jauh, Aberdeen Scotland untuk menjadi tetamu Allah, iaitu mengerjakan umrah.

Teman saya ini menjelaskan, orang sepertinya, berkelulusan PhD, menjadi pegawai atasan apabila balik ke tanah air nanti akan hanya berupaya untuk ke Mekah mungkin selepas 15 tahun bekerja. Mungkin dia juga perlu bekerja untuk tempoh yang lebih kurang sama, untuk menunaikan haji atau umrah, tetapi segala-galanya gagal kerana tidak dibenarkan masuk ke Mekah.

Walaupun begitu, dia tetap reda dan dia yakin biarpun tidak berjaya menunaikan umrah dan tetap mendapat pahala umrah, kerana dia seratus peratus telah bertekad tetapi malangnya diarahkan untuk terus mendapatkan kebenaran masuk apabila tiba di lapangan terbang.

Saya tidak berapa pasti apakah cerita yang diberitahu itu benar-benar terjadi, namun apa yang jelas teman saya dari Chitaggong ini memang gagal untuk menunaikan umrah. Mengenai pahala umrah yang diperoleh biarpun dia gagal menunaikannya, itu urusan Allah.

Andainya Allah memberi pahala kepadanya biarpun teman ini tidak menunaikannya atau menggandakan ganjarannya itu bukan mustahil. Allah Maha Kaya dan Maha Berkuasa, Tidak menjadi kurang bagi-Nya sekiranya Allah memberi pahala berlipat ganda.

Kalau benarlah pengalaman yang berlaku ini, saya terfikir kenapa fenomena ini berbeza dengan Malaysia. Memang benar, pelancongan merupakan salah satu sumber untuk memperoleh hasil negara. Mereka yang dari luar negara itu datang ke Malaysia begitu mudah, diberi kebenaran masuk ketika berada di lapangan terbang dan sebahagian daripada mereka menjadikan Malaysia sebagai pusat pelbagai kegiatan.

Sebahagian daripada mereka terlibat dengan kegiatan sundal, jenayah, penyeludupan dadah, menjadikan gadis-gadis tempatan teman, lalu dijadikan alat menyeludup dadah ke luar negara, terlibat dengan pemalsuan kad kredit, pasport dan sebagainya. Kos yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia untuk mengatasi masalah sosial yang dilakukan oleh mereka yang datang dari luar diberi kebenaran masuk ketika berada di lapangan terbang ini mungkin lebih besar berbanding dengan hasil yang diperoleh daripada wang yang dibelanjakan oleh pelancong tadi.

Cukuplah dengan masalah sosial yang sedang berlaku di Malaysia, kita sendiri mungkin tidak terfikir bahawa fenomena ini boleh terjadi di negara kita.

Mungkin pada diri mereka yang tidak dibenarkan melakukan pertunjukan gerudi berasa bahawa pihak yang bertanggungjawab di Johor Bahru atau pihak berkuasa Stadium Putra Bukit Jalil melakukan kesilapan dan tidak bertimbangrasa. Rugi beratus ribu kepada penganjur juga kepada penggerudi sendiri.

Setiap orang Islam wajib percaya tentang adanya balasan di akhirat kelak, iaitu pada hari balasan atau “yauma ‘l’hisab” semua tindak-tanduk dan perbuatan kita di akhirat akan ditanya oleh Allah.

Kenapa seseorang itu melakukan zina, kenapa melakukan khalwat. Lalu dijawab oleh orang yang melakukan zina tadi, ia berlaku kerana kami berahi atau syahwat tarian gelek. Lalu Allah bertanya siapa yang melakukan perbuatan gelek, lantas si penggelek atau penglibur itu berkata dia yang melakukannya.

Berkata-kata

Kalau lidahnya tidak berkata-kata Allah akan menjadikan kakinya berkata-kata, punggungnya yang meliang liuk, menggegarkan dewan dan pinggang yang berputar belit ligat akan menjawab apa yang telah dilakukan ketika hidup di dunia. Segala-galanya berlaku dengan kuasa Allah. Di hadapan manusia, pada penghibur seni pelbagai alasan boleh diberi, diperkatakan bahawa, “ia mahu bawa dangdut ke satu tahap yang dihormati dan sebagainya. Apabila gagal, Tuhan dipersalahkan, lalu dikatakan bahawa “dirinya tidak disayangi Tuhan,”

Ungkapan ini lahir daripada insan yang tidak memahami tentang hikmah atau rahsia qada dan qadar Allah, menyebabkan Tuhan itu dipersalahkan. Sesungguhnya kegagalan melakukan pertunjukkan itu adalah kerana Allah menyayangi setiap mereka yang terlibat, menggagalkan pertunjukan ini dilarang oleh syarak, akhirnya boleh menjurus kepada pelbagai perbuatan maksiat yang melibatkan ramai orang. Apabila ia disekat dengan cara tidak memberi kebenaran oleh pihak berkuasa, bermakna kegiatan maksiat itu terhenti di situ buat sementara. Terhenti daripada terus menerus menular. Hakikatnya apa yang berlaku adalah rahmat Allah. Rahmat bagi rakyat Malaysia.

Cukuplah dengan tsunami yang menelan korban ratusan ribu nyawa. Sesungguhnya apabila Allah menurunkan bala ke atas hamba-Nya kerana maksiat yang bertebaran yang dilakukan di muka bumi ini, ia akan melibatkan seluruh yang bernyawa, mereka yang tidak berdosa, kanak-kana,k orang yang lemah, lelaki, perempuan, binatang ternakan dan setiap makhluk yang melata di muka bumi. Allah menyuruh setiap orang Islam dan mereka yang berakal mengambil iktibar untuk hakikat kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Thursday, August 7, 2008

Esok bermula sibuk

Berjujuk-jujuk mulai esok, harap dapat lakukan dengan yang terbaik dan sentiasa ada peningkatan, memang aku perlu banyak belajar lagi, gedebar juga tiap kali musim orang berkahwin nih, bila tengok hasil dan pelanggan puah hati rasa lega, kalau berkerut dahi rasa tak sedap jugak nak ambik upahnya, insyaallah ok

Potensi serai dikomersialkan

BACHOK - Serai, tanaman yang kebiasaannya ditanam di pinggir rumah dan sering digunakan sebagai bahan perencah bagi menambahkan aroma dan keenakan masakan.

Namun, tidak semua yang mengetahui serai juga berpotensi dikomersialkan secara besar-besaran dan boleh meraih pendapatan lumayan daripada hasil hilirannya.

Tumbuhan yang dikatakan paling mudah penjagaannya, paling murah kos penanamannya serta paling kurang musuh perosak ini mula mendapat pasaran meluas dan kepelbagaian kegunaan industri di dalam dan luar negara.

Dengan nilai semakin tinggi dan permintaan kian melonjak, ia terus berkembang dengan kaedah penanaman secara perladangan termasuk di Kelantan.

Ia lebih terarah kepada pasaran eksport terutamanya bagi bekalan industri aroma terapi kerana ekstraknya dianggap setaraf dengan gaharu.

Bio Daun Plantation Sdn. Bhd., sebuah syarikat bumiputera tempatan menyedari potensi besar ini dengan mengorak langkah ke arah pengeluaran secara komersial.

Malah, dalam waktu yang singkat, ia mula menyasarkan untuk menerajui perusahaan itu di Pantai Timur.

Syarikat itu memanfaatkan peluang melalui penyelidikan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk belajar menguasai teknik penanaman, pemerosesan dan penerokaan pasaran di luar negara.

Kalangan usahawan bumiputera difahamkan begitu kurang memberi perhatian terhadap hasil penyelidikan MARDI dalam sektor pertanian selama ini.

Pengarah Urusannya, Ahmad Zuhawi Awang, 35, berkata, Jabatan Pertanian dan MARDI telah membuka banyak jalan bagi pihaknya untuk meneroka bidang ini pada tahun lalu di samping kerjasama Pertubuhan Peladang Negeri Kelantan.

''Dengan perkembangan awal yang positif, ia semakin menyakinkan pihak syarikat untuk menjadi peneraju dalam sektor perladangan serai kelak dengan turut bersama menyumbangkan peluang ekonomi kepada masyarakat petani.

''Di samping itu, kami sudah merancang menggerakkan industri hiliran berasaskan bahan mentah itu yang boleh turut digunakan untuk menghasilkan biodesel," ujarnya.

Syarikat yang digerakkan oleh dua usahawan muda ini tanpa ragu-ragu menceburi bidang itu dengan memulakan penanaman serai paha ayam atau serai hijau pada penghujung tahun lalu di tapak seluas lapan hektar yang disewa di Kuala Lipis.

''Berbeza dengan serai makan atau sering dipanggil serai galah yang banyak dieksport ke Thailand, kami tumpukan kepada serai paha ayam ini yang lebih bersaiz besar batangnya dan berbau seperti limau.

'Kita masukkan hormon dari Pakistan dalam tanaman untuk mendapatkan lebih banyak ekstrak dan aroma yang lebih tinggi mutunya," ujarnya.

Ahmad Zuhawi memberitahu, pihaknya memulakan operasi dengan modal sebanyak RM10,000 dan kini secara keseluruhan mengusahakan 121 hektar tanah di Pahang, Terengganu dan Kelantan.

''Di Kelantan, kami menyewa tanah daripada penanam tembakau yang tidak lagi mengusahakan tanaman itu termasuk 40 hektar di Beris Lalang, Bachok," ujarnya.

Katanya bagi setiap hektar, hasil yang diperoleh dianggarkan RM35,000 hingga RM42,500 setahun melalui tuaian dua kali setahun di mana hasil tuaian diproses dalam bentuk minyak dan serbuk melalui sebuah kilang di Negeri Sembilan.

''Serai keluaran kami juga sudah mula dipasarkan ke Eropah, India dan China bagi industri wangian dan kosmetik, manakala ke Rusia pula bagi produk anti kanser,'' katanya.

Bagi menggerakkan perusahaan ini, tanpa bergantung sepenuhnya kepada pinjaman, pihaknya memperkenalkan konsep usahasama melibatkan hampir 100 orang penduduk.

''Mereka hanya perlu mengeluarkan modal RM5,000 bagi satu hektar tanaman yang kami usahakan sepenuhnya dan keuntungan akan dibahagikan sama rata sepanjang tiga kali jualan hasil tuaian," ujarnya.

Katanya lagi, buat permulaan, sebanyak lima tan serai dalam bentuk minyak dan serbuk di eksport dan syarikatnya memerlukan tuaian tanaman 100 hektar serentak setiap bulan untuk menampung permintaan pasaran luar negara yang dianggarkan 200 tan sebulan.

''Ekoran itu, syarikat kami perlu mengusahakan tanaman lebih luas agar bekalan terus berkekalan, justeru, kita telah memohon 2,000 hektar tanah daripada kerajaan negeri Kelantan dan Pahang,'' katanya.

Katanya, pihaknya juga merancang untuk mendirikan kilang memproses serai di Beris Lalang untuk mengurangkan kos penghantaran di samping menampung bekalan yang dijangka melonjak.

TEMPAHAN TERKINI

Julai
25/7/2008

Ogos
2/8/2008
8/8/2008 Pagi
8/8/2008 petang
9/8/2008
9/8/2008 Petang
14/8/2008 kamera dan video
15/8/2008
16/8/2008 Pagi
16/8/2008 Petang
17/8/2008
18/8/2008 Petang
18/8/2008 Malam

Oktober
2/10/2008 RAYA KE 2
3/10/2008 Raya ke 3

MANDI MALAM & MINUM AIR BATU

bahaya minum ais dan mandi malam...!!!!!!!!
Biarpun Artikel nie panjang tapi amat berguna untuk Kesihatan Kita semua.

Setelah saya menulis tentang tapak tangan yang lembap dan basah, ada yang minta penjelasan lanjut secara lebih ilmiah atau secara saintifik mengapakah mandi malam dan minum air batu merosakkan paru-paru.

Lebih dahulu saya menjelaskan pengertian sains itu sendiri. Sains menurut kamus oxford ialah satu cabang ilmu pengetahuan yang melibatkan pemerhatian dan eksperimen untuk membuat rumusan idea, penerangan dan pemahaman terhadap fenomena alam semula jadi. Dan ini pula adalah penjelasan yang lebih menyeluruh mengenai sains di wikipedia.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sains

Mari kita kupas satu demi satu dan mulakan dengan kesan minum air batu ke atas paru-paru. Mari kita buat eksperimen pertama. Ambil sebiji gelas, masukkan beberapa ketul ais dan tambahkan sedikit air. Biarkan di atas meja untuk tempuh beberapa minit. Perhatikan apa yang terjadi di permukaan luar gelas ini.

Dari eksperimen ini, kita akan perhatikan titisan air di permukaan luar gelas ini. Kesimpulan dari eksperimen mudah ini ialah, suhu sejuk dari bahagian dalam gelas boleh menyebabkan proses kondensasi wap air di udara berlaku di mana wap air ini akan bertukar bentuk dari wap kepada air.

Dalam anatomi manusia, saluran esofagus adalah saluran yang membawa makanan dan minuman dari mulut ke perut. Di sekeliling saluran esofagus ini terdapat binaan paru-paru. Unit terkecil bagi paru-paru ialah alveolus. Alveolus adalah binaan mirip sebiji belon. Udara di dalam alveolus ini sangat lembab (high humidity).

Apabila seseorang minum air batu seperti jus apel atau jus oren, saluran esofagus menjadi sejuk dan alveolus yang terletak berhampiran esofagus ini juga menjadi sejuk. Keadaan ini akan menyebabkan proses kondensasi wap air berlaku di dalam banyak alveolus menjadi cecair air. Air ini akan terkumpul di dalam alveolus. Apabila proses minum air batu ini berterusan untuk sekian tahun, proses ini juga akan berterusan dan akibatnya ialah semakin banyak air terkumpul di alveolus dan air ini akan mula melimpah ke kawasan alveolus lain.

Air yang terkumpul di alveolus (paru-paru) ini akan mengakibatkan alveolus tidak dapat menjalankan fungsinya iaitu menjalankan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lebih banyak air terkumpul akan mengurangkan bahagian paru-paru untuk menjalankan fungsi asas paru-paru iaitu pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Itulah sebabnya orang yang gemar dan kerap minum air batu akan cepat mengah bila berbuat aktiviti lasak kerana pertukaran udara di paru-paru tidak mencukupi.

Daripada situasi ini, badan bertindak balas menghasilkan satu tindak balas iaitu tapak tangan lembap dan basah. Kajian saintifik ini telah dimantapkan dengan mencari data ujian kes sebenar ke atas sampel-sampel orang yang memang suka minum air batu. Beratus sampel dikaji dan salah seorang pelajar saya akhirnya memilih tajuk yang berkaitan bagi Projek Tahun Akhir beliau. Saya banyak membantu beliau dan pelajar ini juga sebenarnya banyak membantu saya.

Salah satu sampel yang menarik dalam kajian saya ini ialah satu hamba Allah saya namakan Mr Y. Mr Y berusia 48 tahun. Seorang ketua jabatan yang tabiaatnya ialah gemar air batu. Biliknya sentiasa berhawa dingin namun yang peliknya ialah tingkap bilik Mr Y sentiasa terbuka agar biliknya tidak sejuk (panas). Mr Y juga gemar berbaju dua lapis atau memakai blazer walaupun cuaca agak panas bagi saya.

Namun yang paling menggelikan hati saya ialah beliau tidak boleh tidur bersama isteri, alasannya ialah bila tidur dengan isteri, si isteri hendak buka kipas syiling tetapi Mr Y tidak membenarkan kerana sejuk. Bagi mengelakkan pergaduhan, isteri tidur dengan anak-anak dengan membuka kipas sementara Mr Y tidur bersendirian tanpa buka kipas. Bagi makluman pembaca sekelian, Mr Y sudah kena simptom kalah sejuk iaitu antara pelbagai kesan dari masalah paru-parunya.

Berikut pula adalah penjelasan bagi kes mandi malam.

Pada tahun 1983, saya mula gemar bermain badminton dan budaya ini berterusan sehingga tahun 1998. Selalunya saya main pada waktu malam dan sekembalinya saya akan mandi sebelum tidur. Selalunya saya bermain badminton 2 kali seminggu atau lebih. Saya perhatikan bahawa tapak tangan saya semakin basah semenjak saya bermain badminton.

Pada penghujung 1980an arwah guru saya mula mengajarkan ilmu bahawa elakkan mandi malam bagi mengelakkan penyakit paru-paru berair. Saya macam percaya dengan tidak kata-kata guru saya ini kerana maklumlah saya lulusan universiti sedangkan guru saya tidak masuk universiti. Saya tidak menolak atau menerima saranan beliau namun saya menjalankan proses sains iaitu membuat proses pemerhatian untuk mendapatkan keputusan.

Bila ada kesempatan ke hospital sewaktu menziarahi rakan atau saudara, saya meluangkan masa berjumpa dengan pesakit yang kena penyakit paru-paru berair. Saya perhatikan pesakit ini ditebuk lubang pada dadanya untuk memasukkan saluran getah kira-kira diameter 5mm. Salur getah ini disambungkan dihujungnya kepada satu beg plastik transparens. Di dalam beg plastik transparens ini terkandung cecair pekat mirip air jus tembikai. Saya mula bertanya kepada pesakit ini tentang penyakitnya serta sejarah hidupnya. Pesakit ini memberitahu saya bahawa beliau kena penyakit paru-paru berair.

Setelah berbagai soalan saya ajukan, akhirnya saya dapat satu soalan cepu mas iaitu ada main badminton ke?? Pesakit ini memberitahu saya bahawa ia bermain badminton semenjak belasan tahun hingga usia sekarang iaitu lebih 50 tahun. Ia bermain waktu malam dan selepas bermain beliau akan mandi. Dari proses sains secara membuat pemerhatian ini saya sudah boleh membuat kesimpulan iaitu mandi malam boleh menyebabkan paru-paru berair.

Dari satu pemerhatian ini, kajian saya masih belum mantap kerana terdapat pelbagai variable lain yang saya lupa masukkan dalam kajian ini. Dengan itu, saya meneruskan kajian ini kepada ramai orang lain dan hasilnya menakjubkan. Sememangnya korelasi mandi malam dengan masalah paru-paru adalah tersangat kuat. Dengan ini kesimpulan asal saya adalah tepat dan benar iaitu mandi malam menyebabkan masalah paru-paru seperti paru-paru berair.

Pada kira-kira 3 bulan lepas, seorang rakan sekerja saya yang bakal pencen pada Februari ini telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) kerana masalah paru-paru. Saya bersama beberapa rakan dan Ketua Jabatan datang melawat pesakit ini di HSA. Apabila sampai dan bertemu pesakit ini, kami terus mengajukan apakah sebenarnya penyakit yang dialami rakan sekerja saya ini. Setelah beliau memberitahu beliau menghadapi masalah paru-paru berair, saya terus mengajukan soalan Sipolan, engkau selalu mandi malam ke?

Belum sempat pesakit ini menjawab, isterinya segera mencelah Dia memang selalu mandi malam. Orang dah pesan jangan mandi malam tetapi dia degil terus mandi malam. Kadang-kadang kalau musim panas, dia ni mandi malam dua kali untuk menyejukkan badannya. Sahabat saya diam tersipu-sipu lalu berkata badan dah panas, nak buat apa! Begitulah kata-kata orang yang degil.

Dari penjelasan ringkas saya di sini boleh dirumuskan bahawa:

MANDI MALAM DAN MINUM AIR BATU merosakkan paru-paru.
Sekian Wassalam Wallahualam.