Thursday, January 15, 2009

Selamat Tinggal SMK Manek Urai



Selamat tinggal, semuanya, inilah posing terakhir di dalam sarang saya, gambar sendiri kurang sebab dok ambik gambar orang, ini pun ambik sendiri..

Kenangan di Manek Urai takkan dapat dilupakan sepanjang hayat, banyak manis dari pahit, memang selesa sekali di MU, tapi apakan daya hujan emas dinegeri orang, hujan batu dikg sendiri, balik kutip batu rumah pulak, batu kat sg mesek manek urai tu memang comel2, dah kutip dah, mungkin akan bertukar jadi mas,wat lanskap sebagai konangan di MU. Mohon maaf banyak2 kat semua warga SMKMU dan warga KG MU. Terima kasih banyak2, insyallah jumpa lagi kalu panjang omor, bye..

Monday, January 12, 2009

Aktiviti berjemaah erat hubungan suami isteri

SESETENGAH pasangan suami isteri kurang mengerti mengenai adab dan aturan berumah tangga. Disebabkan kejahilan itu, hubungan yang terjalin mudah menjadi longgar, pudar dan tidak bermaya.

Justeru, Islam menggariskan adab tersendiri bagi memastikan hubungan suami isteri sentiasa segar dan tidak mudah goyah. Berikut, antara adab yang digariskan sebagaimana dijelaskan cerdik pandai Islam:

# Bersikap lemah lembut, terutama suami terhadap isteri. Jangan sekali-kali berlaku kasar terhadap isteri. Ini kerana Allah s.w.t berfirman dalam surah an-Nisa’, ayat 19, bermaksud: “Dan pergaulilah isteri kamu semua dengan cara yang paling baik.”

# Pada kali pertama bersua, iaitu pada malam pertama, suami dianjurkan memegang isteri pada ubun-ubunnya.

# Digalakkan supaya mengerjakan solat sunat dua rakaat secara berjemaah sebelum melakukan hubungan seksual.

# Isteri hendaklah mentaati suami dalam perkara yang disuruh, selagi suruhan dan nasihat itu tidak bertentangan dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya.

# Banyak melakukan aktiviti secara berjemaah seperti makan bersama, membaca al-Quran bersama, menunjuk ajar anak-anak dan mandi bersama.

# Setiap pasangan suami isteri hendaklah tampil di hadapan yang lain dalam keadaan kemas, bukannya kusut masai dan dalam keadaan tidak terurus.

# Tidak menceritakan hubungan dengan pasangan kepada orang lain kerana Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya orang yang paling jahat kedudukannya di hadapan Allah pada hari kiamat nanti iaitu seorang lelaki yang mendatangi isterinya dan seorang perempuan yang berjimak dengan suaminya, kemudian disiarkan rahsianya itu kepada orang lain. (Hadis riwayat Muslim)

# Setiap suami dan isteri makruh melihat aurat antara satu sama lain. Nabi s.a.w tidak pernah melihat aurat isterinya.

# Ketika berjimak, suami tidak digalakkan melakukan ‘azal (memancutkan air mani di luar faraj isteri) kerana ia akan memutuskan kenikmatan.

# Suami diwajibkan menyara isteri dan membelikan pakaian untuknya.

# Suami dilarang meninggalkan daripada bertegur sapa dengan isteri di luar rumah walaupun ketika nusyuz.

# Suami dilarang memalukan isteri, menjauhi isteri dan memukul isteri pada bahagian muka. Ini kerana ada hadis bermaksud: “Seorang sahabat telah bertanya kepada nabi mengenai hak seorang isteri terhadap suaminya. Nabi s.a.w menjelaskan: Engkau memberinya makan apabila engkau makan dan memberikannya pakaian apabila engkau memakai dan janganlah engkau memukul wajahnya dan janganlah engkau memalukannya dan janganlah engkau menjauhinya kecuali di dalam rumah sahaja.” (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Abu Daud)

# Suami dilarang melakukan hubungan jimak dengan isteri ketika isteri dalam keadaan haid. Sebaik saja isteri suci, suami dihalalkan mendatanginya dengan syarat selepas mandi hadas besar.

# Sekiranya suami itu berpoligami, hendaklah berlaku adil kepada setiap isterinya.

DARA - Buat pengantin baru

APA perasaan anda jika isteri yang baru dikahwini bukan seorang gadis suci? Bagi suami yang memandang tinggi aspek itu barangkali perasaannya bercampur baur, marah dan berduka cita.

Berdepan dengan era kemodenan hari ini, ketika nilai agama makin terhakis dan norma masyarakat dipinggirkan terutama bagi sesetengah anak muda, tiada jaminan seseorang itu bakal mempunyai isteri yang suci atau dara.


Ditambah corak pergaulan bebas, tidak menolak perasaan ragu di kalangan suami terhadap status bakal isteri. Tetapi, jika masyarakat mengamalkan ajaran agama, persoalan itu tidak timbul.

Kini, muncul segolongan anak muda yang bangga kerana tiada dara sebelum perkahwinan yang sah pada usia belasan tahun, kerana beranggapan ia suatu gaya golongan yang maju dan bertamadun.

Sudah tentu persepsi sebegini disebabkan pengaruh dari luar terutama melalui aksi liar filem Barat, internet dan gaya hidup bebas yang merubah persepsi sesebuah masyarakat terhadap mahkota wanita itu.

Di Barat keadaan kian parah apabila sesetengah wanita sanggup ‘menawarkan’ kesucian itu semata-mata kerana kepentingan wang. Memalukan sekiranya wanita Timur mengikut jejak mereka.

Media melaporkan pada 2008, seorang model Itali, Raffella Fico, ketika itu berusia 20 tahun, menawarkan daranya dengan sejuta Euro (RM4.9 juta).

Dia memberitahu majalah Itali: “Saya tidak sabar untuk melihat siapa yang sanggup membelanjakan wang untuk memiliki saya.”

Fico yang muncul dalam rancangan Big Brother versi Itali awal tahun lalu, berkata dia akan menggunakan wang itu untuk membeli rumah di Rom dan membayar yuran kelas lakonan.

“Saya tidak tahu apa rasanya melakukan seks,” katanya kepada majalah Chi.

Pada tahun yang sama juga, seorang rakyat Amerika yang menggunakan nama pena Natalie Dylan mengumumkan yang dia akan menerima bida bagi daranya melalui laman sesawang.

Satu tinjauan pendidikan seks remaja Britain berusia antara 14 dan 17 tahun pada 2008 (dilakukan oleh YouGov bagi Channel 4) menunjukkan hanya enam peratus remaja terbabit bercadang menunggu sehingga berkahwin sebelum mengadakan hubungan seksual.

Sementara itu, satu kajian oleh Clark dan Hatfield di sebuah kampus Amerika Syarikat yang disiarkan pada 1989 dan 1990, menggunakan penyelidik wanita dan lelaki terhadap mereka yang tidak dikenali mengutarakan beberapa soalan: Mahukah anda keluar bersama saya, ke pangsapuri saya, mengadakan hubungan seksual dengan saya?

Pelajar perempuan menjawab ‘ya’ kepada penyelidik lelaki 50 dan enam peratus, manakala tiada yang menjawab ‘ya’ bagi hubungan seksual. Pelajar lelaki pula menjawab ‘ya’ kepada penyelidik wanita 50, 69 dan 75 peratus.

Walaupun sesetengah mereka melahirkan kepuasan melakukan hubungan seksual sebelum perkahwinan tetapi ramai yang berkecamuk dengan penyesalan, rendah diri dan berasa bersalah.

Dr Danial Zainal Abidin dalam buku Perubatan Islam, menyatakan kepuasan seksual mempunyai maksud yang luas dan tidak hanya terhad kepada kepuasan berbentuk fizikal semata-mata.

Menurut pakar psikologi dan pengarang buku Women Who Love Sex, Dr Gina Ogden, kepuasan seks terutamanmya bagi kaum wanita berhubung rapat dengan keintiman hati, kepercayaan, kemesraan, keterbukaan dan memori ibadah.

Seks ialah hubungan spritual dan fizikal yang terjalin di antara sepasang suami isteri yang berkahwin secara halal, dinaungi landasan syariat yang suci, demi mencari keredaan Ilahi.

Gadis atau dara merujuk kepada wanita muda yang mempunyai karekter tiada pengalaman hubungan seksual. Begitupun terma dara sering juga dinisbahkan pada subjek lain.

Menurut Kamus Dewan, dara bermaksud tidak pernah (masih belum) melakukan persetubuhan dengan lelaki, gadis, perawan. Gadis yang sudah baligh tetapi belum berkahwin. Dengan kata lain ia membabitkan kesucian seorang gadis.

Dara ialah membran, bahagian vulva wanita yang cenderung menghentikan kemasukan ke vagina dan meregang atau kadangkala ia terkoyak apabila seseorang mengadakan hubungan seksual.

Ia sesuatu yang sangat bernilai, iaitu simbol maruah seorang wanita tetapi tiada jaminan terhadapnya apabila berlaku hubungan jenis.

Kerosakan dara mungkin menyatakan vagina sudah ditembusi tetapi ia juga boleh rosak disebabkan aktiviti fizikal atau penggunaan benda tertentu.

Sesetengah ahli sejarah dan antropologi menyatakan kebanyakan masyarakat meletakkan nilai tinggi terhadap dara sebelum perkahwinan, termasuk Amerika Syarikat sebelum revolusi seksual.

Begitupun, tidak bermakna tiada aktiviti seksual sebelum perkahwinan, bahkan banyak kes yang berkaitannya seperti seks oral, seks dari jalan belakang dan masturbasi.

Justeru, bagi golongan yang mengutamakan dara, walaupun hilang, mereka akan berusaha memulihkannya melalui beberapa cara seperti pembedahan. Prosedur ini biasanya berlaku di Timur Tengah, di mana dara dianggap mahkota.

Islam mempersiapkan perintah aktiviti seksual hanya boleh berlaku antara individu yang berkahwin secara sah saja. Suami dan isteri mesti sentiasa menyimpan keinginan dari segi emosional dan seksual terhadap pasangan.

Perintah ini secara tidak langsung melarang orang Islam daripada melakukan hubungan seksual sebelum perkahwinan, sekali gus dapat memelihara kesucian gadis dan maruahnya.

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.” (al-Isra:32)

Gara-gara dara juga di Perancis, baru-baru ini, perbahasan hangat tercetus mengenai undang-undang perkahwinan selepas mahkamah memansuhkan perkahwinan satu pasangan Muslim atas alasan suami yang isterinya bukan dara seperti didakwa sebelum berkahwin.

Bagi kes itu, sesetengah pihak menyifatkan keputusan hakim sebagai bertentangan dengan staus sama taraf antara lelaki dan wanita serta melanggar hak wanita.

Tetapi menurut peguam suami berkenaan, mahkamah memansuhkannya kerana si isteri berbohong yang ditetapkan sebagai ‘kewajipan pihak yang menandatangani kontrak’ mengikut undang-undang tempatan.

Bagi sesetengah negara, sehingga lewat kurun ke 20, keadaan sebaliknya. Jika seseorang lelaki tidak mengahwini wanita diambilnya yang masih dara, wanita terbabit diizinkan untuk mengemukakan saman terhadap lelaki terbabit dan menebus wang.

Anak dara 107 tahun mencari suami

BEIJING 12 Jan. – Seorang wanita berusia 107 tahun yang tidak pernah berkahwin dengan alasan “takut” kini dilaporkan berubah fikiran dan sedang mencari suami sebagai teman hidup.

Wang Guiying berkata, dia bimbang akan menjadi beban kepada anak-anak saudaranya terutama apabila dia tidak lagi mampu melakukan kerja-kerja rumah selepas kakinya patah kira-kira lima tahun lalu.

“Saya sudah berusia 107 tahun tetapi masih belum berkahwin. Apa yang akan terjadi sekiranya saya terus begini tanpa suami?,” kata Guiying yang dipetik oleh akhbar Chongqing Commercial Times. - Reuters

Jenny: Kalau nak publisiti ke seluruh dunia boleh tawar diri nih, mesti kaya datuk ni, kau sanggupkah..

Aisyah mula berjalan


Terketar 2 terkocok2 dia try jalan, memang buas sikit, tak ddudk diam, tak tau dan pandai lari, nya hungga tak dan nak hambat nanti, macam ayah dia zaman kecik jugok, tapi ayah dia lagi dasyat umur dalam minggu2 gitulah baru, dengan tangan dibekong kemah kemin, dia tidur diletak atas lembek, sedar2 hilang , nya nguwek guane, jumpa2 di jerong dinding, ajaib bayi nih. Tapi aisyah ni nampoknyo tak buas staro ayah dio tapi gak buleh tahan jugok, kalu tidor pun kena tunggu takut jatuh katil atau buai

Wednesday, January 7, 2009

GANTUNG TAK BERTALI

Sehingga hari ini aku masih lagi digantung tak bertali, di SEMAKMUR sudah tak bertugas, tak diberi jadual, nak pergi Bachok , memo tak kesampaian lagi, beginilah nasib, nak berkemas takut balik asal, nak balik kg takut nanti kena brulang jauh, nak lepas rumah sewa, nanti susah2 pula, bilakah akan berakhir pergantungan begitu terseksa ahh..tapi sedap jugok dok sajo nih..