Tuesday, February 24, 2009

Rebat tunai dihentikan?

KUALA LUMPUR 23 Feb. - Pembayaran rebat tunai kepada pemilik kenderaan sebagai ganti subsidi petrol mungkin akan dihentikan berikutan trend penurunan harga minyak semasa.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Husni Hanadzlah berkata, pelaksanaan sistem itu akan berakhir pada 31 Mac ini seperti yang dijanjikan oleh kerajaan ketika mengumumkan perkara itu, Jun tahun lalu.

''Penjimatan kerajaan (dalam subsidi petrol) dianggarkan bernilai RM1 bilion daripada RM5.2 bilion yang diluluskan dalam belanjawan tambahan.

''Dari segi rebat ini, oleh kerana harga minyak telah turun, kita belum membuat satu dasar tetapi saya jangka kita tidak meneruskan rebat tersebut," katanya pada sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

mdzaini : Dah agak dah, mesti henti,kalau bagi terus lagi baik, sapa tak mau benda free ni,harapan agar ada benda lain yang setimpal akan diumumkan untuk kebajikan keseluruhan rakyat.

No comments: