Wednesday, August 26, 2009

Sebatan tidak ancam nyawa - Harussani

IPOH 25 Ogos - Hukuman enam kali sebatan yang dijatuhkan terhadap Kartika Sari Dewi kerana kesalahan meminum arak langsung tidak akan mengancam nyawa atau memudaratkan kesihatannya.

Sebaliknya Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, hukuman tersebut lebih kepada pengajaran kepada umat Islam supaya tidak melakukan kesalahan yang sama.

Katanya, ia tidak sama dengan sebatan di penjara kerana orang yang melaksanakan hukuman sebatan itu ketiak pun tidak boleh terbuka dan pesalah mesti berpakaian.

"Sebatan di penjara lain, tidak sama dengan sebatan ini. Sebatan dari segi syarak, ketiak pun tidak boleh terbuka. Pesalah akan disebat di belakang, tetapi masih memakai baju.

"Hukuman akan dijalankan serentak enam sebatan, tetapi tidak akan calar sedikit pun. Cuma akan berbekas merah, itu pun jika pesalah terbabit berkulit putih," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kontroversi isu sebat terhadap Kartika Sari Dewi yang sepatutnya berlangsung minggu ini tetapi ditangguhkan.

Kartika Sari Dewi yang dijatuhkan hukuman enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan sepatutnya menjalani hukuman tersebut semalam.

Namun hukuman itu itu ditangguhkan sebagai menghormati bulan Ramadan.

Sehubungan itu, Harussani berharap agar mereka yang tidak tahu mengenai hukum Islam agar tidak membuat sebarang komen berkaitan isu tersebut.

"Media asing pun saya harap tidak campur tangan dalam hukum dan undang-undang Islam," katanya.

Beliau juga meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai hukuman sebat itu.

Tegas beliau, cakap-cakap daripada orang ramai yang tidak faham mengenai hukum Islam hanya akan mengeruhkan keadaan dan boleh menimbulkan rasa tidak puas hati pihak terbabit.

Mdzaini: Sebat ajelah, jangan ada belas kesian dalam menjalankan hukum Allah. Buat pengajaran untuk semua. Sepatutnya dah lama dah dibuat dan bersedia untuk dilaksanakan.

1 comment:

Amri Abd Rani said...

Kat sekolah pong patut hukuman rotan ni dibuat masa perhimpunan mcm dulu dulu...baru budak budak gerun....Kan kita sekolah dulu kalu ada pelajar yg nak kena rotan...kita takut bukan main...skrg ni tengoklah bebudak tak takut dgn cikgu langsung lebih lebih cikgu mcm aku ni....huhuhu