SINGAPURA: Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra berangkat pulang hari ini selepas berada di Singapura sejak Mei tahun lepas untuk menjalani rawatan perubatan di Hospital Mt Elizabeth di sini.
Baginda, yang ditemani Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Tengku Hamid, kelihatan sihat dan sentiasa tersenyum kepada doktor dan kakitangan hospital itu yang menghantar baginda ke kenderaannya.
Sultan Ismail Petra, yang berpakaian baju lengan panjang dan seluar hitam dan berkerusi roda, dibawa ke Lapangan Terbang Changi dengan diiringi anggota polis trafik Singapura.
Baginda dan Raja Perempuan menaiki pesawat khas kerajaan Malaysia untuk berlepas ke Kota Bharu.
Turut menghantar baginda di lapangan terbang ialah Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, yang juga kerabat diraja Kelantan.
Baginda dimasukkan ke hospital itu pada 24 Mei 2009 untuk mendapatkan rawatan susulan sakit jantung. - Bernama
mdzaini : semoga akan terlerai segala kekusutan
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
10 years ago
No comments:
Post a Comment