kalau majlis ada VIP or VVIP, of course attire ni penting - sendangkan dato' lain yang datang as guest pun ada dress code, then kita pun kena jaga la, best to check with pengantin or organisor on what to wear - recently saya menghadiri wedding ramai VVIP, tapi photographer pakai jeans & tshirt, although tak menjadi masalah, tapi kalau attire betul, photographer pun nampak pro & respectable
VVIP ni kadang tak suka sangat kalau banyak flashes, maklum lah some of them dah tua and bila kena flash, pening pulak hehe so kalau boleh pakai fast lenses pakai lah and limit flash usage unless really perlu, especially during those insurance shots
of course insurance shots are always the shots of the important people lah - pengantin, organisor, VVIP, family members, managers ke, etc. - these would be the direct shots, lepas2 tu baru try those candid and rule of 3rd shots, etc.
suitable lenses, wide zooms and fast lenses kalau boleh (the f2.8 types)
package up to you bro Smile
2nd photographers/taggers should always follow your lead - dari segi attire and also direction - jangan lepak at the same location, always be on opposite ends kalau boleh jadi better coverage of the event
good luck! Wink
1. attire/grooming
- smart...kalo dinner biasa(casual) smart/casual pun tape kot, kalo formal of course kene pakai formal, check with the organizer first OK?
2. do's & dont's
- byk sebenar nya...ikut common sense dan tanya organizer. sesetgh VVIP byk songeh sikit tp mostly tadelah kerenah dorang lebih lebih. but pastikan SENYUM itu ada! org muka masam pun tukar ke manis!
3. insurance shots
amik secara mencukupi. kalau ada photog lain dlm team bahagikan keje. nanti kalo client ty shot shot skema kita ada...plus creative shots yg curi hati dorang hehehe
4. most suitable lens
apa2 lens yg cover event hehehe...up to you, your capability and requirement to the function, but always bring a 50mm!!!
5. package
ni saya tak tau...huhuhu sorry!
6. 2nd photog/taggers
pastikan tau apa perlu dicover dan amik shot yg berlainan...kalau sorang amik gambar skema...sorang lagi amik gambar creative....lain angle ke...lain moments (supaya takla teruk sgt flash recharge)...strategy penting!
yg paling penting, common sense and creativity! jgn putus idea jek waktu shoot hehehe!
hope this helps!
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website Yahoo Messenger
Dari segi etika bila ambik gambar dlm majlis.
1.Pakaian nak kemas, jangan pakai selipar jepun dan t-shirt.
2.Kenal pasti urusetia, study aturcara majlis.
3.Jangan melintas depan VVIP. Kene tendang ngan bodyguard pulak..
4.Kurangkan guna flash-minima mungkin.
5.Guna zoom lenses jika perlu. Jangan terlalu rapat sangat dengan VVIP nih...
6.Kalu ada member photographer bagus juga..
7.Yang penting, jangan berlagak...sentiasa merendah diri...insyaallah. pasti berjaya.
8.Akhirnya..datang awal sikit. test dulu kamera untuk dapat apperture/f yang betul (setting).
1. attire/grooming
Pakai Biar Kemas.. Ada yg mencadangkan Jgn Pakai Warna Putih.. sebab memantulkan cahaya.. KEMEJA? terpulang, asalkan pergerakan kita tak terhad kerana pakaian.. jangan kerana nak Smart, nak mencangkung pun tak lopeh...
2. do's & dont's
Jangan hilangkan Mood orang yg kita nak shoot.. JANGAN DATANG LAMBAT..!!! Kita dibayar utk tunggu mereka, bukan mereka tunggu kita.. Jaga Air muka mereka. Jangan Cakap kasar. Jangan PANDANG LEBIH2 kalau pengantin perempuan tu cantik. Jangan Mengurat ketika Kerja. Be Pro.!! Jangan Mencarut atau masam muka. Jika ada Photographer lain, JANGAN BERKELAHI nak rebut angle.. Banyak perkara lagi, kalau nak taip sini.. mau kena cari tukang urut jari kang..
3. insurance shots
Insurance Shots? ermm.. Kena sentiasa ada.. Sebaik2nya Pakai 2 body. senang sikit.. atau contoh.. Pose Atas Katil.. Pakai Flash.. utk insurance punya lak.. tak pakai flash.. means kita ada dua mood berbeza..
4. most suitable lens
Yg ni susah nak cakap.. bergantung pada tempat tu.. tak semestinya wedding kena pakai Kit atau tele atau 50mm.. kena kita pakai kit, sekali wedding tu dalam dewan besar, mau berpeluh..
5. package
Package? Bab ni susah sikit nak dibincang secara terbuka.. Ia bergantung pada Perbincagan dan kehendak Photographer dan Client..
6. 2nd photog/taggers
Ini adalah sebaik2nya.. Sebab kebiasaannya golongan mereka inilah yg menyelamatkan kita dengan gambar2 mereka...
1. attire/grooming
biar bertempat. setengah wedding tu sesuai pakai baju melayu sepasang. setengah yg lain boleh pakai macam pergi kerja. kalaukahwin kampung nak pakai jeans pun tak berapa kisah. kadang2 photographer pakai aksesori lebih dari pengantin pun ada...dengan gelang rantai segala.....nampak agak serabut IMHO
Rambut jangan lupa sikat. baju bersih dan kemas. dan mandi pagi hehehe
2. do's & dont's
Do take initiative untuk berkenal2an dengan family pengantin (dua2 pihak). adik beradik, makcik pakcik and cousins. so senang nak bekerjasama especially masa group photos later.
Dont take pictures yg tak ade kena mengena sampai terlupa/termiss gambar yg sepatutnya diambil. contoh....busy sangat ambil gmbr aweks2 terlupa pengantin (pengalaman sebenar :> )
3. insurance shots
Dah dicover oleh orang lain
4. most suitable lens
a. wide angle, b. standard e.g 18-70/18-135/16-85/17-50/18-200
c. telephoto e.g 80-200/70-200/18-200/55-200 d. prime e.g 50mm
ada duit beli yg f2.8. kalau takde invest in the best flash yg ada (580 EX or SB800)
5. package
Rujuk topik2 lain. KEna fahamkan FPSN. lain orang lain caranya
6. 2nd photog/taggers
Tag along, kena ada agreement pasal gambar. sebab ada tag along yg bermatian taknak bagi gambar diaorang (rujuk topik2 berkaitan). kalau dah agreed upon gambar bawak sampai 3-4 orang pun takpe. dan make sure ada plan untuk shooting, takde la sampai semua serbu angle yg hampir sama dn OP terganggu dngan tag along. tak kira lagi casual snapper yg main redah je shooting. sebaik2nya assign zone shooting masing2. waktu merenjis tak perlu sampai 3-4 orang semua nak shoot VIP merenjis.
Protokol Majlis VVIP
1- Semasa sesi bergambar yang membabitkan VVIP tidak kira apapun majlis, mata seseorang photog mesti liar (untuk pastikan kehadiran kita tidak menganggu gugat sesuatu majlis yang sedang berlangsung) kadang2 kesibukan kita untuk melihat lcd skrin kita lupa yang kita sedang menghadang atau menghalang pandangan para tetamu yang hadir.
(jangan sampai penganjur menegur kita.. itu bermakna kita gagal)
2- Minimakan pergerakan.. kita sebagai photog ibarat 'manusia halimunan' agar kehadiran/kemunculan kita tidak dipersoal.
3- Jangan amik gambar sewaktu tetamu tengah makan (gambar tengah nganga tu nampak tak elok) kalau membabitkan Sultan atau Menteri pasti kena halau punyer.. kecualila lakunan suap menyuap pengantin..(bole amik sebelum makanan dihidang)
4- Imej kena jaga (tingkah laku dan sebagainya)
5- Bagi photog yang muslim.. mesti pakai songkok & blazer/vase kalau majlis yang membabitkan tuanku yang dipetuan Agong/Sultan.
6- Keakraban kita dengan VVIP (yang membayar upah) disalahgunakan seperti berlagak, bongkak, sombong, angkuh dan sebagainya terhadap photog2 yang lainnya..(ini biasa terjadi..) kadang2 sifat ramah dan suka berbincang/bertegur sapa sesama photog mungkin dapat backup gambar yang kita miss/tersasar angle, tidak sempat dan terkucil...
7- Pernah dapat job, emak pengantin perempuan berbisik dengan aku agar tidak mengambil gambar belah pengantin lelaki (sebab darjat) aku terkezut... last2 aku shoot macam biasa.. lepas tu takda masalah..moralnya jadikan diri kita natural/atas pagar.. tidak menyebelahi mana2 pihak yang bole menjadi punca pergaduhan sesama keluarga... nanti kita dipersalahkan oleh pengantin... Cool
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
10 years ago
No comments:
Post a Comment