Thursday, June 19, 2008

Wedding Fhotografer( S.Nang tulis)

Awal2 dulu ada pernah sorang professional pernah cakap kat saya yang Wedding Photography tak boleh pergi jauh. Dan yang cakap ni pun pernah buat wedding dan tak pergi jauh mana dan sekarang banyak buat commercial & corporate shooting. Kira dia ni pangkat che'gu lah pada saya.
Dia pernah nasihat

"Buat wedding dulu, kemudian...establish contact then baru boleh buat job2 commercial".

Tapi sebagai seorang yang baru setahun jagung dan masa tu baru sangat lagi pegang camera, saya pun jawab balik...

"Saya suka Wedding Photography, saya akan buat wedding sampai bila2...walaupun wedding photography tak boleh pegi mana2 pun".

Dah 3 tahun dah dah pun dan saya masih buat wedding photography yang dikatakan tak boleh pergi jauh. Dah jauh pun saya berjalan. Dulu bila cerita tentang wedding fotografi, tak pernah sangka ada client yang sanggup akan bayar photographer hingga ribuan ringgit. Dulu masa saya mula2 dulu, paling kuat pun RM500. Tapi dari masa ke masa "Cinta" terhadap subjek "Wedding" ni makin mendalam. Saya tak buat kerana duit semata2...yang datang dulu ialah saya buat wedding kerana saya suka buat wedding. Itulah yang saya ulang2 pada photographer2 saya..."PASSION". Memang tak dinafikan duit itu penting, kalau orang tak bayar apa yang kita passionkan tu, daripada PASSION boleh jadi TENSION. Duit tu untuk maintain kita untuk masih berada dalam passion yang kita buat.

Boleh lah kalau saya katakan, ramai juga orang buat WEDDING kerana PASSION. Kebanyakan yang buat kerana untuk cari extra income hujung minggu. Antara tanda2 orang yang kurang passion ni bila dia tak ada mencuba untuk menjadi yang terbaik. Apa yang dia bikin hanyalah mengamalkan template2 yang mereka dah selesa. Event belum habis dah tengok2 jam tak sabar nak balik walaupun shot2 masih belum cukup. Buat album pun asal boleh / asal ada. Banyak penyakit kalau orang tak ada passion ni jadi photographer wedding. Kerana kerja ni MEMANG MEMENATKAN. Dalam setiap wedding, saya akan minum tak kurang 5 gelas air (air kenduri lah). Memang memenatkan dan hanya orang2 yang passion jer boleh tahan.

Kenapa saya tak shoot commercial / corporate / industrial??

Ada, saya ada shoot semua tu. Cuma jarang2 saya share kan kat dalam website / fotoblog ni. Klau ada pun sekeping dua jer lah. We did shoot dari kecik2 company sehingga lah big giant like TM & Petronas. As long as subject yg diberi itu ada related dengan passion saya, saya akan terima. Human subject ni memang interest saya. Orang belajar fotografi untuk ambik gambar wedding, saya belajar pasal human psychology pulak (tadek lah detail, sikit2 jer baca kat internet). Jadi subject kita ialah human. Antara human subject yg boleh di commercialkan ialah Wedding & juga event2, commercial2, corporate dan dokumentari2 yang ada manusia as primary or secondary subject.

Melihat kepada lifestyles dan beberapa perkara yang kita miliki dan beberapa perkara yang kita sumbangkan, orang bertanya...

"Awak selain shoot wedding, ada company lain ke? atau ada shoot lain?"

Saya jawab begini "Saya buat wedding, 95% revenue syarikat adalah dari wedding photography"

Orang tu : (Pengsan)

Memang sukar nak percaya, apa yang kita buat yang kita dasari dengan MINAT sebenarnya sangat besar momentumnya kepada kita dalam kerjaya. Saya bersyukur tak letakkan duit itu sebagai arahtuju dalam apa yang saya nak buat (Of course, wedding photography bukan boleh kaya pun masa saya mula2 buat dulu). Sebaliknya, saya letakkan MINAT itu dihadapan. Saya buat kerana saya MINAT, saya berkorban masa kerana saya MINAT dan darimana datang duitnya? Jangan risau semua...."Bila kita buat sesuatu dengan didasari MINAT, confirm duit akan datang berlumba2 carik kita..." Tak perlu risau.

Kalau nak cerita status dalam masyarakat, confirm wedding photographer tak ada dalam senarai kerjaya. Kalau tak percaya cuba tanya anak2 kita yang baru masuk standard 1 or 2. Tanya dia...apa cita-cita bila besar nanti. Kalau anda seorang cikgu, tanya lah semua murid2 anda tentang cita-cita mereka....saya pasti, hingga sekarang ramai yang akan menjawap Doktor, Lawyer, Polis, Bomba, Jurutera, Tentera tapi...saya yakin, takde yang akan jawap..."Saya nak jadi Wedding Photographer". Sekarang ni, saya yakin...pekerjaan sebagai Wedding Photographer bukan lagi sebuah kerjaya picisan dan murahan. Ia adalah kerjaya professional.

Sebab itu, hingga sekarang, bila saya datang ke majlis2 dan orang bertanya..."What are u doing for living?".

I'll answer...

"I'm a WEDDING PHOTOGRAPHER"
(with a smile & pride)

No comments: