MENGEKAL rumah tangga yang dibina bukan sesuatu yang mudah jika tiada persefahaman.
Bahkan rumah tangga yang bermasalah bukan hanya di tandai perkara besar namun hal kecil dan remeh-temeh boleh menjadi punca masalah pada hubungan yang sedang mekar.
Bagaimana mengekalkan kebahagiaan yang sedang di nikmati? Kebijaksanaan wanita barangkali menjadi pemacu kepada kebahagiaan yang sedang dibina.
Cubalah petua berikut jika ia mampu memberi makna tersendiri kepada kebahagiaan yang terus dikecapi:
# Sambut kepulangan suami. Sentiasa bergembira dan tersenyum apabila menanti suami pulang serta menghantar pemergiannya dengan hati yang sedih. Jangan lupa mencium tangan apabila menghantar dan menyambutnya pulang.
# Banyak membantu suami. Apabila suami mempunyai masalah, usah terlalu meminta-minta kerana ia boleh me nyebabkan suami bersedih. Walaupun bekerja, usah terlalu boros berbelanja dan rancang masa depan bersama suami.
# Beritahu anda sayang kepadanya. Ia patut dilakukan setiap hari walaupun selepas usia tua. Usah menganggap diri terlalu tua untuk menyatakan rasa sayang.
# Mandi bersama. Ia bukan bertujuan untuk seksual se mata-mata tetapi lebih kepada merapatkan kasih sayang. Apabila mandi, jangan berkata suami busuk atau pengotor kerana suami akan tersentuh apabila isteri berkata sede mikian.
# Etika di bilik tidur. Apabila tidur, sentiasa menghadap suami. Jika anda mahu membelakangkannya, minta izin atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cuba tidur ber bantalkan bahu suami, pasti ada hikmah dan nikmatnya.
# Sentuh suami. Apabila mempunyai kesempatan, belailah suami atau curi-curi menciumnya ketika tidak dilihat orang lain. Anda boleh memegang tangan atau bahunya apabila berjalan-jalan.
# Tidurkan anak lebih awal. Selepas berbuat demikian, amalkan masuk tidur bersama suami kerana itu saat manis dalam kehidupan berumah tangga.
# Sentiasa berterima kasih. Apabila meminta bantuan suami dan pertolongan diberikan tidak sempurna, jangan berleter atau marah kerana ia boleh menyebabkan si dia jauh hati atau merajuk.
# Elak marahkan anak. Elak memarahi anak sebaliknya gunakan strategi memujuk. Jika anda selalu memarahi anak di hadapan suami, ini mungkin menyebabkan suami kurang senang.
# Simpan rahsia suami. Elakkan bercerita mengenai suami kepada orang lain terutama perkara yang bersifat peribadi. Jika perlu, ceritakan perkara yang baik kerana itulah tanda anda mengasihi suami.
# Layan kehendak seksual suami. Jika suami berhajat untuk bersama anda, layan dia dengan baik walaupun anda mungkin sibuk atau letih. Banyak kes perceraian atau poligami di sebabkan isteri tidak mahu faham keperluan suami dari segi seks.
Kurang layanan dan banyak alasan untuk mengelak bersama menyebabkan suami mudah bosan serta merajuk.
# Tunjuk sifat prihatin. Jika suami sakit, tunjukkan ke sungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya dengan harapan dia cepat sembuh.
Dia akan sentiasa ingatkan anda kerana suami tahu anda bukan saja sayangkannya ketika sihat tetapi sanggup bersama dalam sebarang keadaan.
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
10 years ago
No comments:
Post a Comment