Sunday, July 27, 2008

Teknologi Penanaman Anggur

Pendahuluan

Pokok anggur sesuai pada tanah yang mengandungi banyak bahan organan. Suhu dan hujan juga menentukan kesesuaian tanaman anggur. Kemarau yang panjang sehingga 3-4 bulan memberi peluang proses penukaran asid ke gula menyebabkan buah menjadi manis. Tapak penanaman hendaklah mempunyai saliran yang baik dan keasidan tanah antara 5.5-7.5

1. JENIS

JENAMA

TEMPOH MATANG

WARNA MASAK

New White Malaga

7 - 9 Bulan

Hijau

Green Perliet

9 - 12 Bulan

Hijau

Black Opal

9 - 12 Bulan

Hitam Biru

I.A.C

7 - 9 Bulan

Hijau

Kyoho

7 - 9 Bulan

Merah Tua

2. BENIH TANAMAN

Pokok boleh dibiakkan dengan jayanya secara keratan tetapi bahan tanaman in didapati tidak boleh disimpan lama dalam beg plastik. Anak pokok hendaklah ditanam dalam tempoh 3 bulan.

3. PENANAMAN

Jarak bagi tanaman ini ialah 1.5m x 3m. Setiap lubang pokok dimasukkan 4kg baja Organik beserta dengan baja CIRP sebanyak 115gm.

4. PENGURUSAN

Untuk tumbesaran dan pengeluaran hasil yang baik, pokok-pokok anggur perlu dijaga dengan baik. Antaranya ialah:

Kawalan Musuh dan Penyakit
Semburan racun serangga, racun kulat dan baja daun dilakukan tiap-tiap minggu untuk mencegah serangan seperti kumbang. PEnyakit seperti Karat Daun dan Hawar Daun juga dicegah melalui racun kulat menakala baja daun menambah kesegaran kepada pokok anggur. Beberapa jenis penyakit telah dikenal pasti menyerang anggur dan cara pengawalannya yang paling berkesan adalah seperti berikut:

Antraknos
Penyakit ini menyerang pucuk, daun dan buah. Racun kulat yang sesuai ialah Benlate.

Karat
Menyerang daun dan buah anggur. Antara racun kulat yang berkesan untuk mengawal penyakit ini ialah Bayleton.

Kulapok Downy
Menyerang pucuk, daun, tendril bunga dan buah. Ridomil dan Mikal didapati berkesan bagi mengawal penyakit ini.

Pembajaan
Bagi memulihkan kesuburan tanah untuk tumbesaran pokok yang baik, pembajaan perlu dilakukan tiap-tiap bulan.
Program pembajaan seperti berikut adalah disyorkan:

UMUR (BULAN)

BAJA / POKOK / BULAN

3 - 6

20g urea + 20g 15:15:15

7 - 9

50g urea + 40g 15:15:15

10 - 11

100g urea + 80g 15:15:15

12 - 15

130g urea + 130g 15:15:15

16 - 24

300g 12:12:17:2 + TE

24

300g 12:12:17:2 + TE

Selain dari pembajaan bulanan baja organik juga perlu digunakan tiap-tiap kali selepas pemangkasan dibuat. Kadar yang digunakan bergantung kepada jenis tanah. Semasa berbunga dan awal berbuah penyuburan baja, semburan racun kulat dan serangga perlu dilakukan.

Penyiraman
Siraman pokok dilakukan tiap-tiap hari jika tiada hujan. Kekurangan air menyebabkan pokok menjadi layu dan terbantut.

Merumput
Rumput yang tumbuh perlu dihapuskan dengan menggunakan mesin. Adalah penting racun rumpai tidak digunakan semasa pokok-pokok masih kecil.

Pembuangan Tunas Sisi
Tunas sisi perlu dibuang untuk mendapatkan pertumbuhan batang pokok yang tegak dan sekata. Selain dari tunas sisi dibuang untuk mempercepatkan tumbesaran pucuk dan dahan-dahan pucuk.

Penyediaan Para
Para diperlukan supaya pokok dapat menjalar dan memudahkan pengeluaran hasil serta memudahkan penjagaan pokok keseluruhannya. Para juga hendaklah dibuat dari bahan yang tidak memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi.

Cantasan Untuk Pengeluaran Cabang / Ranting
Cabang / ranting yang belum matang (masih hijau) perlu dipotong untuk memperbanyakkan cabang dan seterusnya apabila matang dapat mengeluarkan bunga. Caranya ialah dengan memotong 3-4 buku cabang / ranting tersebut. Apabila matang cantasan untuk pengeluaran buah bolehkan dilaksanakan.
Cantasan Untuk Berbuah
Cabang / ranting yang menjalar di para penyokong boleh dicantas untuk menggalakkan pembungaan. Potong 5-8 dahan yang telah matang untuk menggalakkan pengeluaran bunga. Potong semua daun yang terdapat pada pokok-pokok anggur tersebut. Selepas 2-3 minggu bunga akan keluar pada dahan yang telah dipotong bersama dengan tunas baru.

PTPTN

Saya sokong benar cadangan supaya tarikh pembayaran akan ditunda mengikut kemampuan peminjam dan juga kadar faedah dikaji semula. Ia amat membebankan pemimjam,sepatutnya kes seperti meminta bayaran sebelum pelajar tamat belajar tidak harus terjadi. Pihak tertentu harus laksanakan segera supaya pelajar yang belumtamat pengajian dapat menumpukan kepada pembelajaran mereka daripada dihantui oleh surat PTPTN yang meminta hutang.

Gaji rendah boleh tangguh pembayaran PTPTN

Oleh ARSHAD KHAN

KUALA LUMPUR 26 Julai – Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang bergaji rendah dibenar menangguhkan pembayaran balik bagi meringankan beban mereka ekoran kenaikan kos sara hidup.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, mana-mana peminjam yang gaji mereka tidak mencapai satu tahap yang boleh diklasifikasikan sebagai munasabah untuk menanggung perbelanjaan setiap bulan akan diberikan pengecualian tersebut.

“Kerajaan sedang timbang apakah gaji yang sesuai sebelum memulakan pemotongan.

“Contohnya, jika seseorang itu mendapat gaji di bawah RM1,500, mungkin kita tidak akan menuntut bayaran kerana jumlah pendapatan itu agak kecil jika dibandingkan dengan komitmen lain yang perlu dilaksanakan.

“PTPTN akan menuntut bayaran apabila pendapatan peminjam meningkat ke satu tahap yang difikirkan munasabah,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam 2008 di sini hari ini yang dianjurkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Hadir sama, Naib Canselor UPSI, Prof. Dr. Aminah Ayob.

Kata Mohamed Khaled, kerajaan memahami bahawa peminjam ada kalanya tidak dapat memulakan pembayaran balik serta-merta selepas tamat pengajian.

Setakat ini, terdapat hampir 1.14 juta peminjam PTPTN dengan nilai pinjaman mencecah RM23 bilion.

Sebanyak 49 peratus daripada mereka masih gagal membayar balik pinjaman yang berjumlah hampir RM708 juta.

Pada masa sama Mohamed Khaled berkata, caj perkhidmatan PTPTN juga dijangka dikurangkan daripada tiga peratus sekarang kepada satu kadar baru dalam masa terdekat.

“Cadangan kadar baru itu telah dimaklumkan kepada semua kementerian dan maklum balas mengenainya sudah diterima.

“Jika dipersetujui Kabinet, caj baru berkenaan dijangka mula dikuatkuasakan bulan depan, melibatkan hampir 180,000 peminjam,” katanya.

Sebelum ini, caj perkhidmatan yang dikenakan PTPTN ialah empat peratus pada 1997 sebelum ia diturunkan kepada tiga peratus.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan berapa kadar caj perkhidmatan baru yang dicadangkan.

Bagaimanapun katanya, dengan pelaksanaan kadar baru caj perkhidmatan itu, PTPTN akan membuat kiraan semula jumlah pinjaman sedia ada yang diperlu dibayar oleh peminjam.

Saturday, July 26, 2008

Program kutu wang pos dari sudut fiqh Islam

Majlis Perundingan Dan Penyelidikan Hukum (MPPH),

Program kutu secara wang pos sudah agak menular dan popular pada masa ini. Mereka yang berhadapan dengan masalah kewangan melihat program ini dapat membantu menyelesaikan kemelut kewangan mereka.
Iklan




Bagi pihak yang berwang pula, berhasrat untuk membantu sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang berada dalam kesusahan dengan menamakan mereka sebagai penerima wang pos berkenaan.

Persoalannya, adakah program ini berjalan tanpa terdapat apa-apa unsur haram sehingga program ini benar-benar menjamin kebaikan sebagaimana yang dijanjikan. Tetapi jika program ini mengandungi unsur-unsur haram, maka kegelapan dan kerugian pastinya akan menemui peserta-pesertanya atau sebahagian daripada peserta-pesertanya.

Unsur-unsur haram yang dapat dikesan

Setelah meneliti perjalanan beberapa bentuk program wang pos, didapati ia mengandungi beberapa unsur haram. Antaranya:

1.�Unsur Gharar

Jika dikaji berkenaan program ini didapati asas kepada pembinaan dan perjalannya adalah 'auto placement' yang menjadikan orang bawah atau peserta baru mangsa yang tidak mendapat apa-apa pulangan apabila program 'auto placement' ini berhenti berpusing.

Oleh itu, setiap yang menjadi peserta yang peringkat awalnya mengharapkan pulangan apabila sampai gilirannya kehilangan wang apabila program ini terhenti.

Setiap sesuatu pastinya ada permulaan dan pastinya juga ada titik penamatnya. Pada waktu tersebut, pastinya sesiapa yang masih berada di bawah akan menjadi mangsa apabila wangnya diperolehi oleh orang atasan sedangkan orang bawahannya belum wujud.

Gharar yang terdapat disini ialah gharar fil husul (tidak tentu dapat) dan gharar fil miqdar (tidak tentu kadar).

2.�Riba

Program ini sebenarnya bersifat 'money game' yang mendedahkan pesertanya kepada riba. Ini kerana, setiap yang menyertai program ini atau sebahagiannya berhasrat mendapatkan pulangan.

Jika ia menaja dengan mengeluarkan wang sebanyak RM100, maka ia mengharapkan pulangan lebih.

Jika ia benar-benar mendapat pulangan yang lebih banyak, maka ia adalah riba kerana tiada transaksi perniagaan atau khidmat di dalam program ini.

3.�Judi

Dalam program ini terdapat unsur judi kerana sepastinya ada pihak yang mendapat untung dan ada pihak yang pasti mengalami kerugian.

Untung dan rugi ini boleh berlaku apabila program ini berhenti. Jika ia berlaku, maka mereka yang berada di line atas akan mendapat keuntungan manakala mereka yang berada di line bawah mendapat kerugian.�

Beberapa jawapan kepada kekeliruan

Mereka yang menyertai program ini melihat ia adalah harus dari sudut syariat dengan alasan-alasan berikut:

1.�Sumbangan atas alasan hibah

Antara alasan yang sangat luas dijadikan hujah membolehkan ialah sumbangan setiap peserta adalah hibah.

Sebenarnya alasan ini adalah alasan yang tidak boleh diterima syariat kerana hibah tidak mensyaratkan keuntungan dan tidak mensyaratkan pulangan.

Tetapi program ini jelas berbentuk permainan wang (money game) dalam bentuk pusingan 'auto placement'.

Justeru itu, hibah bersyarat jika tidak kena caranya boleh menjerumuskan kepada riba sebagaimana sabda Nabi�Muhammad s.a.w. yang maksudnya: "Setiap pinjaman yang mensyaratkan manfaat (faedah) adalah riba."

Pada masa yang sama bayaran yang dianggap hibah tersebut adalah dalam bentuk tetap dan dijanjikan pulangan sebagaimana dalam iklan yang disiarkan.

Maka setiap transaksi syariat bukan dilihat kepada lafaz dan binaan kalimah tetapi ia melihat kepada hakikat dan perjalanannya.

Kaedah fiqh menyebut yang bermaksudnya: "Yang diambil kira pada akad transaksi ialah maksud dan makna, bukan lafaz dan susunan kalimat."

2.�Sumbangan mestilah ikhlas membantu.

Alasan kedua yang biasa digunakan ialah sumbangan itu ikhlas membantu sahabat-sahabat seagama yang susah.

Menurut syariat, apabila sesuatu transaksi di dapati haram, maka ikhlas tidak akan merubahnya menjadi halal. Sebagaimana tiga orang berjudi dan setiap seseorang mempertaruhkan wang RM10. Sekalipun setiap seseorang berniat derma ikhlas untuk si pemenang ia tetap haram kerana ia adalah judi dan ikhlas tersebut tidak boleh mengharuskan perkara yang haram.

Ikhlas atau lebih tepat tidak dipaksa adalah syarat sah jual beli dan segala jenis transaksi yang harus. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa� ayat 29 yang maksudnya: "Melainkan ia adalah perniagaan yang berlaku secara reda meredai antara kamu."

Ayat ini menunjukkan reda dan ikhlas menyertai perniagaan yang halal, bukan menjadi syarat sah kepada transaksi yang haram.

3.�Kias kepada belanja kawan makan atau minum di kedai.

Kias tersebut adalah kias yang salah kerana ia mempunyai perbezaan yang sangat ketara. Antaranya, belanja kawan di kedai makan tidak melibatkan pusingan wang. Dalam program ini ia melibatkan wang dengan wang yang sepastinya mendedahkan kepada riba. Tambahan pula setiap pesertanya disyaratkan menaja dan ditaja.

Penutup dan kesimpulan

Sememangnya setiap transaksi hukum asalnya adalah harus sehinggalah ia dicemari oleh unsur-unsur haram.

Setelah diteliti program wang pos ini, didapati program ini adalah haram disebabkan unsur-unsur yang disenaraikan di atas.

Justeru itu, umat islam digesa supaya tidak terlibat dengan program ini kerana ia membazirkan wang disamping keharaman yang disebutkan.- tajdid _

Bekwah di Pahi

Kemarin gi ambik gambar di Pahi, Pertama kali guna lighting Flash, rupanya susah juga nak setting nak bagi molek, memang masalah cahaya ok tak de masalah gelap, sekarang masalah over pulak, haayaa....terkial-kial juga kalu nak cepat, sebelum tu terjadi hal yang tak sepatutnya...dah pergi awal2 siap pasang semua, nak test. Alamak...tertinggal kabel flash...kelam kabut..balik ambik, tekan 140km/j dah lah minyak kurang naik warning, hei kalu mampus..kes naiya sebab tak dak minyak..pengantin nak sampai dah, nasib baik sempat sampai, pengantin dah sampai tapi sedang bersiap nak belarak...dan lah ambik. bila masuk dalam rumah, acu try test flash..tak kena kedudukan cerah sebelah sebab ruang tamu kecik org ramai, flash letak tepi, gunalah flash biasa, lepas habis majlis rasmi barulah guna flash letak tengah2, baru clear bersih terang molek , alhamdulillah...

Satu lagi nak cerita, memang sebelumni tak pernah jumpa, ini pengalaman pertama tengok,orang bersilat...pelik apa org bersilat biasalah..ini lain..dua tiga regu mula2 tu pembuka panggung memang biasa tak ada yang pelik ini yang pakar punya. Mula2tu rileks macam biasalah buka tari bunga, bila masuk bab berlawan..hah nampak lain, yang sorang tu mula dulu dia macam mempersenda atau provok denagn menampar pipi kawan yang di bawah tenyeh2 hidung yang mendebarkan dia ambik tisu kat tanah dia sumbat kat mulut kawan tu, hah apalagi naik minyalah kawan tu, mendebarkan, bila dia ada pelunag dia usung member tu dan hentak dan tenyeh kat atas jalan tar, dia usung lagi letak kat tempat orang bakar sampah, dia ambik batu jongkong tenyeh kat dahi dan ambik tisu sumbat mulut kawan tu pulak, mendebarkan..terlonong dan diam habis orang, takut balah besar...dia main lagi...sehingga kawan tu nampak macam tak sedar diri..yang tadi ambik air basuh tangan dan curah atas nya dan dia sedar balik, mungkin apa isyarat macam tanya nak main lagi ke..lepas tu mereka peluk dan berhenti..kalau lakunan..ia menjadi..tapi penggunaan alat yang kotor sampai masuk mulut tak patut..

Muzakarah UMNO-Pas bawa rahmat

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
(WARTAWAN UTUSAN)

SEMEMANGNYA tahun 2008 menjanjikan begitu banyak episod-episod menarik dalam arena politik negara.

Terbaru, orang Melayu dan seluruh rakyat negara ini menyaksikan bagaimana dua buah parti terbesar orang Melayu yang sebelum ini banyak menghabiskan masa dan tenaga bertarung dalam soal-soal politik dan ideologi kini duduk semeja.

Langkah berkenaan sudah tentulah mewujudkan satu kelegaan luar biasa bagi orang Melayu dan umat Islam apatah lagi sebelum ini perpecahan di kalangan orang Melayu sering dikaitkan akibat politik antara UMNO dan Pas.

Tetapi semua itu hanya akan menjadi iktibar yang berguna, apa yang lebih penting sekarang, semua orang Melayu perlu melihat usaha yang dilakukan oleh kedua-dua parti berkenaan sebagai satu rahmat.

Tidak kisahlah hendak menggunakan istilah muzakarah, muqabalah, musyawarah atau hatta mukadimah sekalipun, ia tidak penting kerana semua itu hanyalah sekadar istilah, apa yang lebih penting ialah hasil daripada apa yang diusahakan.

Justeru bagi mereka yang benar-benar sayangkan kepentingan orang Melayu dan Islam terpelihara, mereka perlu menyambut muqabalah antara pemimpin UMNO dan Pas ini dengan gembira dan kesyukuran.

Mereka tidak harus melihat ia melalui pandangan politik yang sempit dan jumud. Orang Melayu sudah tidak ada masa lagi untuk berbalah, orang Melayu perlu bersatu demi memastikan dan hak serta kepentingan mereka tidak terus diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak.

Bagi Pensyarah kanan politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr. Mustafa Mohamed Ishak, apa yang dilakukan oleh UMNO dan Pas itu sangat dialu-alukan.

Ini kerana kata beliau, tidak kira apapun nama parti atau pertubuhan yang mewakili orang Melayu mereka hakikatnya mempunyai satu persefahaman iaitu berjuang untuk bangsa dan agama.

''Atas sebab itulah apabila menyentuh soal kepentingan bangsa dan agama, mereka perlu dilihat mempunyai persefahaman bagi mengelakkan mereka berbalah dalam isu-isu asas,'' katanya ketika dihubungi.

Mustafa memberi pandangan itu berasaskan kepada persefahaman yang ditunjukkan oleh parti politik dan pertubuhan yang mewakili bukan Melayu. Golongan ini akan bersedia mengenepikan perbezaan antara mereka jika ada perkara yang memerlukan mereka duduk semeja bagi membincangkan perkara asas mengenai kepentingan mereka.

Justeru kesediaan UMNO dan Pas ini membuktikan bahawa parti-parti politik Melayu kini semakin matang berpolitik dan tidak berbalah sepanjang masa.

Apa yang perlu difahami pertelingkahan dan perbalahan berpanjangan tidak akan menguntungkan orang Melayu.

Sebaliknya ia boleh mengakibatkan kepentingan dan hak mereka terjejas. Ketika ini pun berikutan keputusan pilihan raya umum sudah banyak 'tangan-tangan' mula merayap untuk menggugat satu demi satu kepentingan orang Melayu termasuklah yang sudah termaktub dalam perlembagaan.

Dalam pertemuan penulis sama ada dengan pemimpin UMNO mahupun Pas, mereka sekata dan senada dalam soal menjayakan muzakarah atau muqabalah ini.

''Cukup-cukuplah kita berbalah dalam politik, sekarang masa untuk bersatu, saya yakin kalau semua ikhlas hasrat untuk melihat antara UMNO dan Pas duduk semeja bagi memperjuangkan hak Melayu dan Islam akan tercapai,'' kata seorang pemimpin Pas di Kelantan ketika dihubungi.

Bagi pemimpin Pas bertaraf Yang Berhormat ini, ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi menyambut baik muzakarah berkenaan.

''Mungkin ada satu dua orang yang keliru tetapi kita yakin semua kekeliruan itu akan berakhir apabila kita memberi penjelasan dari semasa ke semasa,'' katanya.

Sememangnya mana-mana individu yang mengaku dirinya Melayu tidak akan menghalang muzakarah ini kerana ia juga dituntut dalam Islam.

''Justeru kalau ada yang menentang biarpun sudah diberi penjelasan ertinya mereka mempunyai agenda politik.

''Persoalannya sampai bila kita hendak berbalah dari segi politik sedangkan dari semasa ke semasa kepentingan Melayu dan Islam semakin tergugat,'' kata seorang lagi pemimpin muda Pas ketika dihubungi.

Namun apa pun apa yang pasti muqabalah yang sedang diusahakan oleh UMNO dan Pas ini melegakan majoriti orang Melayu terutamanya mereka yang tidak mempunyai sebarang pendirian politik.

Ia kerana perkembangan di beberapa negeri sejak kebelakangan ini dengan jelas menunjukkan kedudukan orang Melayu seolah-olah tidak selamat lagi.

Ada antara mereka hanya menjadi pemimpin tetapi tidak mampu bersuara kerana kuasa bukan di tangan mereka.

Atas sebab itulah bagi Mustafa, parti-parti politik Melayu tidak boleh berbalah dalam soal berkaitan isu asas kepentingan mereka.

''Kalau mereka terus berbalah ini boleh mengugat usaha bagi memperjuangkan isu itu,'' katanya. Beliau juga menegaskan, orang Melayu perlu sedar bahawa mereka tidak boleh sama sekali berbeza dari segi memperjuangkan perkara asas mengenai orang Melayu biarpun mereka mempunyai asas perjuangan yang berbeza.

Berasaskan kepada perkara itu adalah jelas sudah tiba masanya orang Melayu mempunyai kematangan untuk berpolitik.

Mereka tidak boleh selama-lama berbalah sehinggakan untuk duduk semeja bagi membincangkan soal kepentingan bersama pun tidak boleh.

Justeru pujian harus diberikan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sanggup berusaha ke arah itu.

Mungkin ada pihak yang tidak senang dengan 'penyatuan' ini akan membuat pelbagai andaian dangkal kerana tidak mahu apa yang diusahakan oleh kedua-dua pemimpin itu menjadi kenyataan.

Tetapi apa yang harus diingat segala yang dilakukan oleh UMNO dan Pas hari ini dalam kesediaan mereka bermuzakarah adalah jaminan kepada masa depan kepentingan Melayu.

Janganlah terlalu taksub untuk menyatakan kerana orang itu lemah atau orang ini kuat maka soal muzakarah tersebut dilaksanakan.

Persoalannya apa gunanya menjadi kuat dan sekadar menang kerusi dalam pilihan raya sedangkan hak dan kepentingan orang Melayu semakin terhakis.

Justeru berlapang dada dan bersikap terbukalah dalam menyambut usaha yang dilakukan UMNO dan Pas ini.

Apa yang penting ialah masa depan dan kepentingan orang Melayu serta kehidupan anak cucu kita nanti.

Kalau segala perkara yang baik dilihat dalam konteks politik maka percayalah suatu hari kelak orang Melayu akan menjadi pelarian di tanah ari sendiri.

Semoga apa yang diusahakan oleh UMNO dan Pas akan mencapai kejayaan dan sekali gus memberi petanda bahawa dalam soal menyentuh hak dan kepentingan Melayu serta Islam, perbezaan ideologi bukanlah satu tembok yang tidak boleh dirobohkan.

Wednesday, July 23, 2008

KEMBAR SEIRAS LAGII

KEMBAR SEIRAS

AL-KISAH ARTIS MALAYSIA

1) Kumpulan Rock yang telah mengerjakan Haji.
KUMPULAN BAJI

2) Penyanyi yang sering fail dalam karangan sebab guna noktah kat depan ayat.
TITEK PUSPA

3) Penyanyi yang paling demand.
HETTY COST ENDANG

4) Kumpulan yang berasal dari Bukit Gasing.
KUMPULAN SPIN

5) Penyanyi yang paling berat dalam sejarah.
ABOT (dalam bahasa jawa bermaksud berat)

6) Kumpulan Orang Asli Paling Berjaya.
O.A.G (Orang Asli Gombak)

7) Kumpulan yang paling murah menerima bayaran.
SCOIN (pakai syiling jer)

8) Kumpulan Nasyid yang terdiri dari orang jawa.
AL-JAWAHER

9) Kumpulan Rock yang Paling wangi.
MAY (Bau Sabun)

10) Kumpulan Rock Paling Bahaya.
AMUK

11) Kumpulan Rock Yg Terdiri dari Bomoh Professional.
MANTERRA

12) Kumpulan Rock yang takut mandi pagi.
GIEGIEL

13) Kumpulan Rock yang selalu kena migrain.
HEADWIND

14) Kumpulan yang mudah berpecah.
KRISTAL

15) Kumpulan Rock yang makan nasi pakai tangan kiri.
LEFTHANDED

16) Kumpulan yang ada power.
KEMBARA (sebab ader DVVT)

17) Kumpulan yang terdiri dari pesawah.
PADI

18) Kumpulan yang paling popular di pagi raya.
TOO PHAT

19) Penyanyi kesukaan David Beckam.
SITI SARAH

20) Penyanyi yang sentiasa tua.
TO’KI

21) Kumpulan yang kejap cantek kejap hodoh.
PRETTY UGLY

22) Kumpulan yang takleh nyanyi kat Europe.
METALASIA

23) Kumpulan yang boleh lihat tapi tak leh pegang.
4U2C

24) Penyanyi yang tak pernah kena speed trapppp.
MELLY GOESLOW

25) Kumpulan yang sentiasa menyambut “HARI GURU”.
TEACHERS PET

26) Kumpulan yang susah nak sakit.
MEDICINE

27) Kumpulan yang berkerjaya tapi pendek umur.
DR. KRONIK

28) Kumpulan yang buat show kat everest.
IKLIM

29) Kumpulan yang kena samak apabila di sentuh.
BLACK DOG BONE

30) Penyanyi yang paling bengap walaupun dah kaya.
PAK PANDER

31) Kumpulan yang paling di hormati.
KUMPULAN DEWA

32) Kumpulan yang memperkenalkan Roti Boy di Midvalley.
NEW BOYZ

33) Kumpulan yang menggunakan paling popular di jalanraya.
KUMPULAN NASYID HIJJAZ (Honda Jazz tuh)

34) Kumpulan yang tak akan buat show pada bulan lain kecuali bulan 9.
SWEET SEPTEMBER

35) Kumpulan berani mati.
KAMIKAZE

36) Kumpulan yang selalu gi konvoi.
XPDC

HARGA BESI SEMASA

Harga Besi Beton Terus Meroket

Jakarta, Kompas - Harga bahan bangunan, seperti besi beton, seng, dan paku, terus naik sejak sebulan terakhir ini. Kenaikan harga itu dipicu oleh kenaikan harga baja dan kelangkaan pasokan baja di dunia. Keadaan ini ditakutkan akan memicu harga bahan bangunan karena adanya peluang pedagang bermain untuk meraup keuntungan.

Demikian pengamatan Kompas di beberapa toko bahan bangunan di Jakarta dan Tangerang. Seorang pedagang bahan bangunan di Tangerang, Alim, mengungkapkan, harga besi beton ukuran 10 milimeter (mm) sekarang mencapai Rp 33.000 per batang dan besi beton ukuran 12 mm sebesar Rp 48.500. Padahal, sebulan lalu harga besi beton ukuran 10 mm baru mencapai Rp 27.500 dan ukuran 12 mm mencapai Rp 42.500.

Alim menambahkan, harga paku ukuran 10 cm juga naik dari Rp 5.000 per kilogram (kg) menjadi Rp 7.500 per kg. Harga seng ukuran 0,20 mm naik dari Rp 12.500 menjadi Rp 17.500 per lembar. Harga seng gelombang naik dari Rp 17.500 menjadi Rp 22.500 per lembar.

Pedagang bahan bangunan di Pejompongan, Jakarta Barat, Ibu Eddy, mengungkapkan, harga besi beton ukuran 10 mm sekarang Rp 22.000 per batang dan 12 mm sebesar Rp 25.000. "Sekitar dua minggu lalu harga besi ukuran 10 mm baru Rp 16.500 dan ukuran 12 mm baru Rp 21.000." Ia menambahkan, harga paku ukuran 10 cm juga naik dari Rp 6.000 per kg menjadi Rp 8.000 per kg.

Bahkan, di salah satu toko bangunan harga besi beton dipatok lebih tinggi. Harga besi beton ukuran 10 mm dijual dengan harga Rp 35.000 dan ukuran 12 mm seharga Rp 50.000 per batang. "Kalau beli banyak ada potongan Rp 1.000 per batang," kata seorang penjaga toko.

Meskipun harga naik, kata para pedagang bahan bangunan, saat ini di pasar belum terjadi kelangkaan pasokan barang. "Barang tetap ada. Namun, harganya bisa berubah- ubah terus," kata Alim.

Sementara itu, Ketua Umum Asosiasi Pengusaha Konstruksi Indonesia (Apkindo) Hikmah HMS menduga, kenaikan harga besi beton lebih disebabkan oleh adanya permainan pedagang. "Saya memperkirakan, pedagang menyimpan barang dan menunggu harga terus naik," katanya.

Pengusaha konstruksi sendiri khawatir dengan gejolak kenaikan harga tersebut. "Kita sulit mengalkulasi biaya-biaya proyek, termasuk proyek pemerintah," katanya.

Sebagai contoh, sebelum ada kenaikan harga besi beton, harga borongan pembuatan rumah sederhana sebesar Rp 400.000 sampai Rp 500.000 per meter persegi. "Namun, sekarang biaya bisa naik lebih dari 30 persen," kata Hikmah.

Sebelumnya, Direktur Pemasaran PT Krakatau Steel Kemal Masduki mengatakan, akibat kelangkaan bahan baku baja, harga bahan baku baja pun terus meningkat di pasar dunia. Sebagai contoh, harga lembaran baja canai panas (HRC) mencapai 580 dollar AS per metrik ton (MT). Akhir tahun 2003 harganya baru mencapai 390 dollar AS. Dugaan besar harga baja dunia naik dipicu oleh lonjakan permintaan dari China. (FER)

Harga besi d Kelantan mencecah RM4800 pertan, apa khabar banglow kita?

HARGA SIMEN SEMASA

ARKIB : 12/07/2008
Harga simen naik RM150 sekampit di utara Sarawak

MIRI 11 Julai - Harga bagi satu beg simen di utara Sarawak kini antara RM75 hingga RM150, iaitu yang tertinggi dilaporkan setakat ini.

Ahli Parlimen Lawas, Henry Sum Agong berkata, ini berikutan dengan kenaikan harga diesel dan petrol yang menyebabkan penduduk di sekitar Lawas, Ba'kelalan dan Bario terpaksa membeli simen pada harga itu.

Beliau yang tidak menyatakan harga bahan binaan tersebut sebelum ini berkata, penggunaan pesawat kecil yang terbang ke kawasan itu untuk mengangkut pelbagai barangan dan keperluan juga menyumbang kepada kenaikan harga simen.

"Di pekan Lawas harga sekampit beg simen adalah RM75 dan harga tersebut akan terus naik hinggalah kepada RM150 yang merangkumi caj pengangkutan apabila sampai di Bario.

"Kapasiti pesawat yang kecil turut menyukarkan penghantaran bahan binaan dan juga pelbagai barangan keperluan hingga kesemua harga barangan di kawasan ini semakin hari harganya bertambah mahal," kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, tidak dinafikan kenaikan harga bahan api baru-baru ini menjadi penyebab utama harga barangan pengguna dan bahan binaan naik mendadak.

"Tak usah cakap harga diesel dan petrol yang melambung hingga RM8 seliter, harga barangan keperluan seperti makanan juga melambung tinggi.

"Situasi ini boleh dikatakan amat sukar untuk dihadapi rakyat di kawasan ini yang rata-ratanya hanya bertani," kata beliau.

Katanya, kerjasama pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga perlu bagi mengekang tindakan penjual yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan terkawal sesuka hati.

"Oleh itu, kita minta supaya ditubuhkan pejabat cawangan kementerian itu di Lawas agar mereka boleh menjalankan tugas dengan lebih cekap berbanding sekarang," katanya.

Menurut Henry, ketiadaan pejabat cawangan kementerian itu di Lawas memberi banyak ruang kepada peniaga untuk bertindak menaikkan harga barang sesuka hati.

"Setakat ini pemantauan dan penguatkuasaan dilakukan oleh kakitangan dari daerah Limbang yang jelas tidak begitu cekap dari segi mengawal pasaran tempatan kerana jadual yang tidak tetap," jelasnya.

Dalam pada itu, Henry menegaskan tumpuan akan terus diberikan dalam menyediakan kemudahan asas termasuk bekalan air, elektrik dan jalan raya di kawasan utara Sarawak.

Katanya, kesemua perkara tersebut merupakan antara suara rakyat yang diketengahkan beliau semasa persidangan Parlimen yang sedang berlangsung sekarang.

Turut dikemukakan beliau di Parlimen ialah status projek lampu jalan yang terhenti sejak 3 tahun lalu dan permohonan untuk meneruskan semula projek tersebut.

Selain itu, beliau memohon kementerian berkaitan supaya menyatakan jumlah orang miskin di daerah Lawas.

Perkara lain yang ditekankan beliau di Parlimen termasuklah projek pembinaan jalan raya dari Lawas ke Ba'kelalan yang telah mendapat kelulusan dengan peruntukan berjumlah RM12.5 juta.

Beliau memberitahu, peruntukan tersebut tidak setimpal dengan kos pembinaan sebenar yang dianggarkan lebih RM130 juta.



Harga pasaran di Kelantan masa ini adalah RM 18.00 hingga RM 20.00. Nampaknya bajet Banglow akan bertambah beratus kali ganda.

JARUM MAS DI SMK MANEK URAI


Jarum Mas


Nama Tempatan: Jarum Mas
Nama Saintifik: Striga Asiatica
Nama Lain: Rempah padang, witchweed
Famili: Scrophulariaceae
Lokasi dijumpai: Dipadang-padang rumput.
Asal:
keterangan:

Jarum mas adalah sejenis rumput yang selalu akan tumbuh diantara rumput biasa dipadang-padang rumput dan ditepi-tepi lebuh raya. jenisnya dibezakan oleh warna bunganya yang selalunya berwarna kuning, merah dan ungu. Jenis berbunga kuning ialah jenis yang paling mudah dijumpai di Malaysia.
kegunaan:

Khasiatnya untuk perubatan telah diketahu turun temurun, menurut satu cerita jarum mas mula digunakan untuk mengembalikan kecergasan seleoas bersalin selepas melihat kucing yang baru melahirkan anak selalunya akan mencari dan mengunyah rumput ini. cara digunakan ialah satu atau dua batang rumput jarum mas yang dikeringkan direbus hingga mendidih dan diminum airnya dua kali sehari. pastikan tidak terlalu banyak tumbuhan ini dimasukkan kedalam rebusan kerana pengmbilan berlebihan boleh menimbulkan kesan sampingan seperti mual dan loya.Selain dari mengembalikan kesihatan rahim dan sistem reproduktif ia juga dapat mengubat penyakit keputihan dan menghilankan sakit urat dan sengal badan dengan penyediaany yang sama.

Kenapa malu mengadu diganggu secara seksual?

Oleh DIYANA ROSE KAMALLUDEEN
SEBAGAI pekerja wanita, pernahkah anda berasa terganggu atau tidak senang apabila rakan sekerja lelaki sengaja mencuit pipi, tangan, pinggang atau lebih berani lagi, mencubit bahagian tubuh lain dengan sengaja dan berulang kali?

Anda sebenarnya berhak melakukan sesuatu untuk menghentikan gangguan seksual tersebut seperti memberi amaran kepada pesalah laku, membuat laporan kepada Jabatan Buruh, pengurusan syarikat atau polis.

Pada tahun 2006, statistik aduan kes gangguan seksual oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati sebanyak 2,023 kes dilaporkan dan 1,646 daripadanya berjaya diselesaikan sementara selebihnya masih dalam siasatan.

Menurut Artikel 4 Kod Amalan 1999, gangguan seksual membawa definisi perlakuan bercirikan seksual yang tidak diingini atau disenangi termasuklah secara lisan, perbuatan, visual, psikologi mahupun secara fizikal.

Ia juga didefinisikan sebagai menyebabkan suatu gangguan terhadap pekerja wanita di tempat kerja dengan mendesak atau mencemuh mereka melalui perbuatan, perkataan atau bukan perkataan yang berbaur lucah dan tidak disenangi.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr. Ng Yen Yen berkata, kebanyakan kes gangguan seksual tidak dilaporkan oleh mangsa kerana beberapa faktor.

Antaranya, rasa malu untuk membuat aduan, bimbang dijadikan bahan sindiran, takut tidak dinaikkan pangkat atau diberhentikan kerja sehingga menyebabkan mangsa terpaksa memendam perasaan dan mengalami tekanan emosi pada akhirnya.

Dalam kebanyakan kes, pekerja wanita sendiri yang memohon untuk berhenti kerja atau tidak datang bekerja kerana terlalu tertekan sehingga mengakibatkan tindakan tatatertib dan pemecatan dikenakan terhadapnya.

Menurut Yen Yen, meskipun sukar, mangsa perlu tampil membuat aduan untuk menyingkirkan persepsi negatif masyarakat terhadap cara mereka berpakaian dan seksualiti wanita berkenaan.

“Mengapa rasa malu, kita tidak mahu perkara itu berterusan sehingga terjadi kes rogol yang merupakan peringkat terakhir gangguan seksual.

“Jika ragu-ragu, berikan amaran kali pertama dan kedua jika anda tidak suka atau terganggu dengan gangguan itu, tetapi kali ketiga anda mesti bertegas membuat aduan kepada pihak atasan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Kod Amalan Untuk Mencegah dan Mengendalikan Kes Gangguan Seksual di Universiti Malaya (UM), baru-baru ini.

Teks yang dihasilkan oleh Persatuan Kakitangan Akademik UM (PKAUM) itu merupakan inisiatif julung kalinya di peringkat IPTA dan kesinambungan kepada Kod Amalan Bagi Pencegahan dan Pembasmian Gangguan Seksual di Tempat Kerja oleh Kementerian Sumber Manusia pada tahun 1999.

Pada masa ini, Kod Amalan 1999 itu digunakan sebagai garis panduan untuk majikan dan pekerja namun ia tidak mempunyai status undang-undang malah bukan juga akta atau peraturan di bawah mana-mana akta tertentu.

Sejak itu, kerajaan bercadang menukarkan Kod Amalan itu menjadi undang-undang yang boleh digunakan dan memberi impak lebih berkesan kepada masyarakat memandangkan perlaksanaannya kini tidak jelas sama ada dipatuhi dan dilaksanakan atau sebaliknya.

Pada masa yang sama, pertubuhan bukan kerajaan seperti Kumpulan Tindakan Bersama Menentang Keganasan Terhadap Wanita (JAG), Sisters in Islam, Women’s Aid Organisations (WAO) dan banyak lagi masih memperjuangkan cadangan Rang Undang-Undang Cadangan Gangguan Seksual.

Cadangan itu antara lain agar mereka yang mengalami gangguan seksual atau menyaksikan peristiwa tersebut boleh membuat aduan kepada badan yang dilantik, tanpa mengira sama ada tempat kerja mereka mempunyai dasar yang tersendiri untuk menangani masalah atau tidak.

Ia bertujuan melindungi pekerja kontrak, pembantu rumah (orang gaji), penuntut, ahli kelab, atlet, pelanggan dan ahli perbadanan perindustrian.

Justeru, kata Yen Yen, tidak hairanlah ramai pekerja wanita tidak menggunakan Kod Amalan itu atau melaporkan kejadian gangguan seksual di tempat kerja.

“Hanya segelintir majikan menyediakan prosedur berkaitan aduan gangguan seksual walaupun perkara ini sebenarnya penting untuk mengurangkan kes gangguan seksual.

“Kita perlu mengkaji apakah faktor yang menghalang mangsa membuat laporan, adakah masalah berkaitan polisi, kesukaran perlaksanaan atau menyimpan maklumat yang rahsia,’’ katanya.

Yen Yen menambah, kementerian itu sedang mengkaji cadangan kepada Kementerian Sumber Manusia untuk mewajibkan semua pegawai atasan Jabatan Sumber Manusia di sektor awam dan swasta mengambil kursus gangguan seksual bagi meningkatkan kesedaran terhadap isu terbabit.

Jelas beliau, pihaknya akan terus memberikan input kepada Kementerian Sumber Manusia berkaitan perkara itu sehinggalah kesemua syarikat dan agensi mempunyai prosedur masing-masing yang boleh dipatuhi dengan jelas.

“Sekarang, konsepnya ‘terpulang kepada anda’ (untuk membuat aduan) dan perkara ini tidak berkesan langsung.

“Kita mesti mengambil pendekatan serius dalam isu ini, mangsa gangguan seksual mesti diberi kekuatan agar bijak mengambil tindakan melalui saluran betul,’’ katanya.

BUANG SIKAP CURIGA TERHADAP MUZAKARAH

KETIKA usaha-usaha mengadakan muzakarah antara UMNO dan Pas berhubung pelbagai isu membabitkan orang Melayu dan Islam di negara ini semakin hampir menjadi kenyataan, jangan perselisihan pendapat membantutkannya.

Muzakarah antara kedua-dua parti Melayu itu sesuatu yang baik dan digalakkan oleh Islam.

Memang Pas pernah menyertai Barisan Nasional (BN) pada 1974 hingga 1978.

Kebimbangan pengalaman lalu mungkin berulang sepatutnya tidak menjadi halangan utama untuk kedua-dua pihak duduk berbincang.

Muzakarah ini adalah satu usaha demi kebaikan orang Melayu dan Islam serta negara pada amnya.

Kebimbangan bahawa muzakarah itu akan menyebabkan perpecahan dalam kalangan ahli-ahli Pas dan keretakan hubungan dengan Pakatan Rakyat bergantung kepada matlamat politik masing-masing.

Dalam soal ini, semua pihak perlu realistik dan menerima perubahan semasa. Kita tidak perlu takut dalam memperjuangkan soal perpaduan Melayu dan umat Islam. Soal-soal politik walaupun penting, perlu diketepikan buat sementara waktu.

Kita juga tidak boleh terlampau berprasangka terhadap perkara-perkara yang baik. Elakkan tafsiran-tafsiran negatif mengenai niat baik ini.

Kita bimbang, jika banyak tafsiran, akan berlaku kekeliruan dan akhirnya menimbulkan fitnah.

Sehubungan itu, halangan-halangan untuk menuju 'jalan yang lurus' perlu dibuang jauh-jauh. Umat Melayu dan Islam di negara ini tidak mampu lagi untuk terus berpecah dan bermusuhan.

Dalam hal ini, yang penting ialah keikhlasan di hati pemimpin-pemimpin kedua-dua parti ini. Cakaplah apa sahaja mengenainya tetapi matlamat pertemuan perpaduan Melayu itu perlu menjadi keutamaan.

Satu titik penyelesaian masalah kerapuhan perpaduan yang menghantui bangsa Melayu ini perlu segera dicari.

Buang seketika pertimbangan-pertimbangan kepartian ketika membicarakan tentang perpaduan Melayu/Islam ini. Fokus harus kepada kepentingan bangsa dan agama, tidak yang lain.

Tidak ada lagi pihak lain yang boleh diletakkan harapan untuk perpaduan Melayu dan agama Islam ini kecuali UMNO, sebuah parti bertunjangkan Melayu dan Pas, yang penubuhannya bertujuan memperjuangkan Islam.

Kedua-dua perkara utama itu amat relevan dalam keadaan sekarang. Apabila Melayu semakin goyah, maka dengan sendirinya Islam akan turut menerima tempiasnya. Dengan perkataan lain, jika Melayu lemah, Islam tercabar.

Sehubungan itu, sekali lagi ditekankan bahawa, muzakarah yang dicadangkan itu perlu diteruskan demi kepentingan bukan sahaja orang Melayu tetapi juga seluruh rakyat negara ini.

Lagipun, isu perpaduan Melayu bukan perkara baru, malah telah berlarutan sejak sekian lama. Ia perlu diselesaikan segera. Jangan nanti kita diketawakan kerana semangat 'hangat-hangat tahi ayam.'

Tuesday, July 22, 2008

RAJA BERUNAI SEKELUARGA

ZAHIN DAH 6 TAHUN








Best kata abe dio....Zarizi 10 tahun

Muhammad Uzaini Zahini






Meriah tu....dengan sepupunya

Selamat Hari Jadi




Anak ke dua saya, Enam tahun la....

Hai Aisyah



Anak sedara nih

Comelnya Aisyah

NORAISYAH QISTINA




Lihatlah, pandanglah pipiku yang comel

Yang Ni Ingat Nak Guna Letrik Ni




Sukonyo dio

DBG6585

KENDERAAN GUNA MINYAK

Perlumbaan merekabentuk R&D untuk mengkomersial dan mempopularkan penggunaan kenderaan menggunakan bahan api jenis baru khususnya elektrik amat bertepatan sekali memandangkan keadaan sekarang, yang mana kenaikan harga minyak yang melambung tinggi dan menyebabkan segalanya naik harga. Jumlah simpanan atau bekalan minyak semakin berkurangan dan mungkin akan habis jika tidak ada telaga baru yang dijumpai, sebagai persediaan awal sepatutnyalah alternatif lain perlu disediakan awal. Tidak mustahil kenderaan berkuasa elektrik akan meletup dipasaran dalam masa yang singkat sahaja. Mungkin pada peringkat permulaan ia mungkin mahal dan serba kekurangan namun ia akan dapat diatasi dari masa ke semasa. Kalau dilihat sebagai contoh kemajuan dalam bidang telekomunikasi, komputer atau dalam bidang elektronik yang begitu pesat membangun. Tidak mustahil kereta yang menggunakan kuasa minya akan jadi kereta antik pada masa depan dan kereta elektrik akan jadi pilihan utama kerana ia juga mesra alam. sama-sama kita tunggu

Kereta elektrik Proton dijual tahun depan atasi kenaikan petrol

Oleh ZULKIFLI JALIL dan HELMI MOHD. FOAD


Abdullah Ahmad Badawi gembira selepas memandu uji kereta elektrik di Kementerian Kewangan, Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA 21 Julai – Kerajaan mengarahkan Proton mengeluarkan kereta elektrik di Malaysia selewat-lewatnya tahun depan bagi mengurangkan beban rakyat akibat kenaikan harga petrol dan diesel.

Kereta yang menggunakan bateri yang perlu dicas tenaga elektrik selama enam jam di rumah itu mampu dipandu sejauh 320 kilometer. Kuasanya dapat bertahan sehingga 36 jam.

Kos untuk menggerakkan kereta itu hanya 18 sen sekilometer.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang memandu uji kereta elektrik Lotus, model yang dikeluarkan oleh anak syarikat Proton di United Kingdom, berpuas hati dengan penggunaan teknologi baru itu yang langsung tidak menggunakan petrol.

Kereta itu sama saiz dan cirinya dengan model kereta biasa, tetapi enjinnya dipacu kuasa yang dibekalkan daripada sejenis bateri berteknologi tinggi.

Perdana Menteri memandu uji kereta itu di pekarangan bangunan Kementerian Kewangan di sini petang ini.

Menurut Abdullah, Proton telah dipertanggungjawabkan untuk menilai serta membangunkan teknologi Eropah itu dan seterusnya mengkomersialkannya di Malaysia dalam tempoh setahun ini.

Beliau berkata, mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membendung Inflasi yang dipengerusikannya hari ini juga telah diberi taklimat mengenai teknologi baru automotif itu.

“Kami mahu ia disegerakan. Kosnya hanya 3.5 sen Euro (17.9 sen) sekilometer... ia amat menjimatkan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.

Beliau memberitahu, kerajaan telah membenarkan Proton dengan kerjasama sebuah syarikat untuk membuat pengesahan keupayaan teknologi itu dari aspek teknikal.

“Jika semuanya memuaskan, dijangka tidak sampai setahun (kereta elektrik itu boleh dikomersialkan).

“Saya anggap ini satu langkah yang kreatif dan amat menepati kehendak waktu ini supaya kita terus mencari bahan tenaga baru dengan tidak hanya bergantung kepada petrol, diesel dan gas yang harganya melambung tinggi,” ujarnya.

Di Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah, masa depan kereta elektrik yang mesra alam kini hebat dibincangkan terutama selepas kenaikan harga minyak di pasaran global.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut memandu uji kereta Lotus tersebut berkata, mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membendung Inflasi turut menimbang langkah-langkah baru bagi mengurangkan beban rakyat, antaranya dengan memperkenalkan kereta elektrik.

“Kita perlu berfikir di luar kotak. Tentang kereta elektrik ini, kalau kita ambil kira kos dalam tempoh lima tahun, ia jauh lebih murah daripada kereta yang menggunakan petrol,'' katanya.

Najib menambah: “Ini teknologi baru, jika ia boleh dikomersialkan, kereta itu akan dikeluarkan secara besar-besaran.”

Tiga hari lalu, Perdana Menteri melancarkan teknologi hydrofuel iaitu bahan bakar alternatif semi hibrid petroleum dan hidrogen sebagai satu inisiatif kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat dalam menghadapi kenaikan harga minyak.

Mercedes Tidak Sesuai Semangat Jimat berbelanja

MENTERI Besar Terengganu menegaskan bahawa wang royalti minyak tidak digunakan untuk pembelian 14 kereta Mercedes E200 Kompressor bernilai RM3.43 juta sebagai kenderaan rasmi baru anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Bermakna peruntukan wang kerajaan negeri akan digunakan untuk membeli kereta mewah itu.

Datuk Ahmad Said boleh membuat penjelasan bahawa kerajaan negeri terpaksa membuat pembelian tersebut ekoran kos penyenggaraan Proton Perdana V6 Executive terlalu tinggi kerana ia mudah rosak dan tidak tahan untuk perjalanan jauh.

Sekiranya kos penyelenggaraan Proton Perdana tinggi, kenapa tidak diganti dengan kereta tersebut yang baru.

Tidakkah kos menggunakan kereta Mercedes lebih tinggi daripada Proton Perdana kerana ia kuat 'menelan' petrol. Begitu juga kos untuk menyelenggara kereta mewah itu.

Lupakah pemimpin negeri bahawa Proton Perdana adalah kereta nasional dan menjadi kenderaan rasmi kerajaan Pusat dan juga kerajaan negeri sejak 1998. Ketika itu negara kita turut dilanda krisis kewangan Asia.

Kini negara berdepan dengan masalah kenaikan harga minyak dunia yang menyebabkan semua harga barangan dan perkhidmatan melambung tinggi.

Oleh itu, kerajaan negeri Terengganu usah memberi persepsi yang 'salah' kepada rakyat terhadap hujah pembelian kereta mewah itu.

Rakyat disuruh berjimat dan tidak boros ketika berbelanja, tetapi apa yang ditunjukkan oleh pemimpin.

Sebagai pemimpin baru di peringkat negeri, mungkin beliau mahu memberi semangat baru kepada anggota Exco dan pemimpin kerajaan negeri dalam menyumbang khidmat bakti kepada rakyat Terengganu.

Tetapi dari sudut pandangan yang lain, tindakan itu tidak begitu kena dengan semangat semasa. kerajaan negeri Terengganu diharap tidak menyongsang arus ketika kerajaan Pusat dan negeri-negeri lain mengambil langkah-langkah penjimatan dalam menghadapi kesan kenaikan harga minyak global.

Walaupun Terengganu merupakan negeri pengeluar minyak negara ini dan bakal mendapat kembali wang royalti minyak, pemimpin di pejabat Darul Iman harus meneropong masalah rakyat.

Dahulu pemimpin ada berjanji akan mengutamakan hal-hal yang berkaitan dengan rakyat. Jadi, untuk bertemu rakyat sebenarnya tidak perlu pun menaiki kereta Mercedes?

Pelbagai sebab boleh diberikan tetapi langkah tidak bijak itu tidak kena dengan semangat sekarang. Jangan rosakkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan dengan langkah yang sepatutnya tidak diambil pada ketika ketidaktentuan ekonomi pada masa ini.

Kerajaan negeri Terengganu masih boleh membatalkan hasrat membeli kereta itu sebelum persepsi rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional berubah.

Monday, July 21, 2008

WAH MUKO GLAMOUR JUGAK

TOMOI

Malam tadi pergi ambik gambar budak2 tomoi Kg Temiang, lebih kurang 30 orang,buat gambar paspot untuk buat kad ahli tomoi, Banyak sungguh kelab Tomoi akhir2 ini, tiap2 kg ada kumpulan, bunyi kata 3hd 8 ada pertandingan kg manek urai, jaguh soho pun ada, tiket dalam rm 10 .Buleh test jaguh sebenar nanti.

Sunday, July 20, 2008

LIGHTING FLASH STUDIO

Masalah problem, rumah yang gelap, tak ada syiling, akan dapat diatasi dengan lampu flash studio baru beli, insyallah dapat atasi gambar kurang cerah. Segala peralatan diupgradekan, sebabtulah pakej harga untuk tahun depan kena upgrade macam minyak gak agaknya, itu dalam perkiraan.Yang penting hasilnya custemor puahati. ko guano

PROMOSI LAGI




Sah Sehingga 31 Disember 2008

TEMPAHAN Terkini

Julai
25/7/2008

Ogos
2/8/2008
8/8/2008
9/8/2008
15/8/2008
16/8/2008 Pagi
16/8/2008 Petang
17/8/2008
18/8/2008 Petang
18/8/2008 Malam

Oktober
2/10/2008 RAYA KE 2
3/10/2008 Raya ke 3
4/10/2008 raya ke 4

LAN BERTOLAK KE JB

Lan ke Jb, tak jadi tiara bawa iswara, takut mampuih atau problem je, kebetulan iswara tak laku lagi, tak polah bg Chik guna dulu, mungkin Lan nak guna juga nanti, bereh asalkan boleh kurangkan masalah.Semoga selamat dan berjalan lancar, dapat cari kerja yang sesuai nanti.

Thursday, July 17, 2008

APA KABAR YUH

Harapan memang tinggi agar yuh berjaya menghabiskan cabaran sehingga mencapai ijazah tahun ini, syabas setakat ini yuh berjaya menghadapi cabaran getir yang sangat berguna walaupun perit untuk lalui, namun ia sangat berguna dalam kita menghadapi cabaran hidup, banyak lagi cabaran yang bakal ditempohi, segala rintangan yang dilalui selama ini akan menguatkan semangat untuk yuh menghadapi cabaran masa depan.

KONVO LAN

Tahniah untuk Lan, berkat tekun dan usaha akhirnya dapat mencapai segulung ijazah yang diidamkan, segala pahit getir dapat di tempuhi dengan tabah, bagus, sekarang terpulang pada lan nak sambung lagi atau kerja, sebelum dapat kerja tetap untuk dijadikan kerjaya mungkin akan melalui berbagai cabaran lagi di alam pekerjaan, harap dapat tempohi dengan tabah dan berjaya. 17 hb nampaknya abe ni tak dapat hadir sebabnya macam biasa kalau cuti sekolah memang sibuk bermula 15 hb lagi, harap man akan turut serta atau kak za akan pergi,

Wednesday, July 16, 2008

Chik Tie

Chik Tie ada masalah problem nak g sekolah, tak do tarinspot, loni Kak Nita dan Abg Awie dok ambik atar, teksi mahal, dok pikir2 tak tahan gini, nyaknyo ko Awie skeluarga, kena atar keta, bagi tiaralah, asalkan sapa g balik sudah, jadi lan kena atar, Sebelumtu kena atar servis dulu lebih kurang, insyallah tak dok masalah besar sangat tiara tuh.harap akan selesai problem.

Hal rumah so karao pulak, lan kata ada bekas cuwah simen dalam rok, lagu mana pok him nih, kalu betul mapuih aku simen mahal2 nih. Suruh Die siasat dah tu arini guano tak taulah.

Sunday, July 13, 2008

PBS KH

Sakni w kamal tel conform tarikh nak gi ko sekoloh, kena dapat surat duluh, tak tau lah sapa ko dok lagi, kena ada lesen baru buleh g taksir.

Rumah Ku

Projek rumahpun dah hampir siap 80%, sekarang tengah buat siling kapor, sketing atas jendela dan ikat pinggang, pok him dok buat bumbung tangki, poknor mungkin mmelas sikit lagi dok berambat dengan pokmid. harap berjalan dengan lancar, klieng 65% luluh dah tapi pitih takleh lagi, ni sekot perut sikit nih, rusing jugok.

alergik

Mami kena ludah ke hantu, jadi gatal habih, bedan sluruh badan, saloh makan ko, atau kena ulat bulu masa kait buah sentul,tapi bakpo eg tak kena yerk.G kliniklah tanya doktor bakpo jadi gini, nak tido pun tak sene.

Thursday, July 10, 2008

zahini & zarizi

uzaini zahini dan uzaini zarizi pergi kota bharu untuk mengambil kereta baru,dengan abah dan mami, zahin jimat duit tak beli di Pra sekolah 30 sen sari kerana nak beli kereta

UMW Totota KB

Pukul 6.45 ptg masih disini, kerana menunggu siap orang pasang aksesori DBG6585. mari belako anak beranok,

Tips

As a new photographer, these are some of the ideas that have helped get me going.

1. Don’t go crazy buying the most expensive equipment right away.

It’s possible to get very nice photos with an inexpensive point and shoot. See these examples on Flickr. The more photos you take, the more you’ll know about what kind of camera to get when it’s time to upgrade.

2. Consider a tripod.

On the other hand, an inexpensive tripod is worth getting, especially if you have shaky hands like mine. When I got a tripod, my satisfaction with my shots skyrocketed. For even more stability, use your camera’s timer function with a tripod (read our introduction to tripods).

3. Keep your camera with you all the time.

Photo ops often come when you least expect it. If you can keep your equipment relatively simple - just a small camera bag and a tripod - you might be able to take advantage of some of those unexpected opportunities. Or, if your phone has a camera, use it to take “notes” on scenes you’d like to return to with your regular camera.

4. Make a list of shots you’d like to get.

For those times you can’t carry your camera around, keep a small notebook to jot down places you’d like to come back and photograph. Make sure to note any important details, like the lighting, so you can come back at the same time of day or when the weather’s right. If you don’t want to carry a notebook, send yourself an email using your cell phone with Jott.com.

5. Don’t overlook mundane subjects for photography.

You might not see anything interesting to photograph in your living room or your backyard, but try looking at familiar surroundings with fresh eyes. You might catch an interesting trick of the light or find some unexpected wildflowers in your yard. Often a simple subject makes the best shot.

6. Enjoy the learning process.

The best part of having a hobby like photography is never running out of things to learn. Inspiration is all around you. Look at everything with the eyes of a photographer and you’ll see opportunities you never noticed before.

7. Take advantage of free resources to learn.

Browse through Flickr or websites like the Digital Photography School Forum for inspiration and tips. Also, your local library probably has a wealth of books on all types of photography. If you’re interested in learning about post-processing, give free software like the GIMP a try.

8. Experiment with your camera’s settings.

Your point and shoot may be more flexible and powerful than you know. Read the manual for help deciphering all those little symbols. As you explore, try shooting your subjects with multiple settings to learn what effects you like. When you’re looking at your photos on a computer, you can check the EXIF data (usually in the file’s properties) to recall the settings you used.

9. Learn the basic rules.

The amount of information about photography online can be overwhelming. Start with a few articles on composition. Be open to what more experienced photographers have to say about technique. You have to know the rules before you can break them.

10. Take photos regularly.

Try to photograph something every day. If you can’t do that, make sure you take time to practice regularly, so you don’t forget what you’ve learned. An excellent way to motivate yourself is by doing the weekly assignments in the DPS Forum.

11. Don’t be afraid to experiment.

If you’re using a digital camera, the cost of errors is free. Go crazy - you might end up with something you like. You’ll certainly learn a lot in the process.

**Artikel dipetik dari http://digital-photography-school.com/blog/11-tips-for-beginner-photographers/

Wednesday, July 9, 2008

DBG6585

DBG6585 akan memberi cabaran kepada amber, takdok pasal2 DAE655 selesaidah, inilah manusia tak pernah puas, apapun mungkin ada hikmat disebaliknya, semoga segalanya berjalan lancar, insyallah, amin.

TaZiah Ko Mak SU Yah

Minggu lepas Laki dia exsiden motor,berat kkakloh, kena operate kepala buang darah beku, nyak nyo ko dio, terpakso batal dua tiga tempat majlis perkahwinan, hak org tempah awal2, nak wak guano, kepada Pasu Bani, amber harap cepat sembuh2, semoga program bulan ogos tidak tergendala. insyaallah.

Bulan relaks

Bulan ni relaks banyak sebab bukan musim cuti sekolah, jadinya orang tak ramai kawin, bulehlah buat perkara lain,yang berkaitan, belajar2 upgrade diri, supaya koho comel ambik gambar, cara edit gambar kena banyok kreatif, hok ni saw tak leh tahan, perangai amber kalu buat nak sudoh slalu, pah nak dapat hok molek susohlah, ini cabarannya jadi org gambar nih.