November 10th, 2008
Filed under: Fikiran — hasnuddin @ 5:02 am
Tadi saya sempat dengar feedback dari sorang client yang tak berapa puas hati dengan hasil gambar yang dia dapat. Client ni baru kahwin. So, semasa majlis perkahwinan dia baru-baru ini, dia dah hire satu orang photographer. Photographer ni banyak shoot gambar-gambar ala-ala kreatif dengan ‘trend terkini’.
Masalahnya, client ni sudah melepasi usia ‘remaja’ dan jenis yang ada class (Seriously, dia memang ada class). Client macam ni biasanya tak berapa suka gambar yang terrrlalu kreatif dan style gila-gila. Gambar hip hop ni biasanya hanya digemari oleh pengantin remaja. Pengantin yang bukan remaja dan dari golongan pertengahan ke atas, lebih suka gambar standard yang cantik dengan sedikit sentuhan kreatif. Jadi, jurugambar seharusnya tahu, gambar jenis macamana yang boleh tackle hati pengantin.
Kalau shoot gambar kreatif yang berpada-pada, saya rasa, ramai orang boleh terima. Kreatif tu memang bagus. Yang menjadi masalah sekarang ni, gambar kreatif yang dah jadi karya syok sendiri; gambar yang dirakam tanpa memikirkan ‘hati dan perasaan’ orang lain.
Ramai jurugambar sekarang terikut-ikut dengan trend dan pelbagai gaya fotografi. Yang mengikut tu pulak tau tau kenapa dia mengikut. Yang dia tau, dia ikut saja. Orang shoot pakai fish eye lens, dia ikut. Orang shoot low angle, dia ikut. Orang shoot candid, dia ikut.
Nak shoot pakai lens fisheye, kenalah tengok subjek yang sesuai. Bukan semua subjek sesuai dirakam guna lens fisheye. Kalau boleh, janganlah letak muka subjek kat bucu framing sampai kembang muka subjek kita tu dek distortion. Kita sebagai jurugambar memanglah suka efek distortion dan perspective yang unik ni. Tapi, kita kena tanya diri kita, siapa yang bayar kita ambik gambar ni? Dia suka ke apa yang kita suka? Client ni, selalunya dia tak complaint depan-depan kita - maklumlah, orang Melayu penuh dengan sopan santun. Tapi, saya banyak kali dengar client complaint pasal kes gambar herot dan kembang ni. OK, sebelum saya diserang, saya nak buat disclaimer. Kalau ada jurugambar yang memang confirm kata client dia sangat suka gambar muka herot dan kembang - then, go ahead. Janji client suka. Lagi satu, pasal isu distortion ni, saya bercakap untuk wedding photography saja. Bidang fotografi lain seperti fine art, photojournalism dan sebagainya, saya taknak komen pasal distortion. Itu dah tajuk lain.
Lagi satu pasal shooting dari low angle. Shoot dari low angle ni memang dah ada dalam teknik fotografi sejak zaman Tok Kadok lagi. Cuma sekarang ni dah terover popular. Kalau nak shoot low angle tu memanglah boleh. Tapi, kena tengokla jugak kalau-kalau angle tu mencacatkan gambar, terutamanya muka subjek kita. Satu orang client ni complaint kat saya, ada sorang jurugambar ni banyak shoot gambar kahwin dia dari low angle. Kata client ni, lubang hidung dia nampak besar dari low angle. Lubang hidung dia ni dahlah memang besar, shoot pulak dari low angle, memang nampak lubang hidung je la.
Lagi satu complaint yang selalu saya dengar dari client ialah pasal photographer shoot gambar kandid budak-budak. Budak-budak kecik ni memang comel. Tapi, kalau boleh, kena tengok jugak, apa hubungan budak kecik tu dengan pengantin dan samada pengantin suka atau tidak gambar-gambar kandid macam ni. Janganlah main tembak aje - shoot gambar kandid budak-budak ni sampai 50 frame, macam-macam gaya, sampai lupa nak shoot gambar pengantin. Alih-alih, budak tu rupanya anak kepada kawan kepada pakcik kepada jiran kepada mamat yang supply P.A. System kat majlis kahwin tu. Tak ke haru…Gambar budak tu pulak dah dimasukkan dalam custom album, dengan centre spread layout. Double haru…
Minta maaf kalau saya ada menyinggung mana-mana pihak dalam artikel ni. Sekadar berkongsi dan menyampaikan apa yang saya dengar dari pelanggan - untuk kebaikan kita bersama. Apa yang saya tulis, hanya betul bagi pendapat saya dan saya percaya, ada pendapat lain yang betul jugak. Harap anda boleh kongsi pengalaman dan pendapat anda di ruangan komen di bawah ni. Harap tulis secara berhemah.
Jenny : Memang penyakit di atas telah menyerang ku, syok sendiri. Harap aku tak lalai dan terpesong jauh.
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
10 years ago
2 comments:
ok tu komen demo boleh dipakai,, kadang-kadang gambar yang terlalu kreatif nampak terlalu tak kreatif, memang ada fotographer syok sendiri bila ambik gambar kerana gambar yang dia ambik tu adalah gambar kegemaran dia sendiri yang kadang-kadang tidak diterima oleh orang lain, pokoknya mungkin dia terasa hebat bila ambik gambar cara dia kerana setiap orang ada prinsip mereka sendiri ada fahaman realisme. ada fahaman gaya kuibisme,ada fahaman impressionis, dan pelbagai gaya lagi yang entah apa-apa,bagi kawe dah puas dah hampir 30 tahun terlibat dengan fotografi sejak sekolah rendah lagi la ni dah kurang gas dah untuk berkarya, kalu ada peluang mungkin satu hari nanti berkarya semulalah dalam dua bidang utama iaitu fotografi dan seni catan
tq mie, kawe harap demo akan kembali semula, teruskan, orang lian lagi lama , cuma kena refill gas tu, cas sokmo, berehhh
Post a Comment