Monday, December 29, 2008

Kepulangan Jono



Setelah 22 tahun barulah, kita dapat berjumpa, selama ini hanyalah mengikuti perkembangan melalui gambar dan telefon saja, sekarang sudah jumpa. Memang seronol dan gumbira sekali, walaupun tergeliat lidah aku cuba cakap broken hancur,asalkan faham sudah hentam semacam je. Dengan mak pun boleh dia komunikasi yang kadang-2 tu lucu sekali sebab lain yang dicakap lain yang ditafsir. Kepulangan Jono meninggalkan kenangan indah nanti, dia seorang yang lucu dan sedaya upaya cuba menyenangkan hati keluarga. Nanti aku ceritakan bab lucu2 yang terjadi memang pecah usus ketawa nanti,terutama bab komunikasi..

HIJRAH

Selamat tahun baru, maal hijrah 1430H, insyallah tahun ni akan lebih baik dari tahun lepas.Banyak perkara aku perlu hijrah tahun ni, yang paling penting aku mengharapkan aku dapat hijrah dari tempat kerja lama ke tempat kerja baru, insyallah akan dapat.Dengar2 dah dilepaskan cuma tunggu memo je.Alhamdulillah dengan sendirinya aku akan dapat hijrah masuk rumah baru ku yang dah lama menunggu.Semoga penghijrahan ini akan dapat lebih memberi sinar kepada diriku dan keluarga, segala projek yang lama dirancang akan dapat dilaksanakan.Semoga lebih suksess nanti insyallah.Insyallah impianku untuk menghabiskan pengajianku akan tercapai tahun ini,projek mini zoo,penternakan dan perladangan, kulat, ikan , lembu kambing burung kucing lanskap , supermarket dan banyak lagi akan mudah dilaksanakan bila aku dapat berhijrah ke tanah tumpah darahku.
Dan aku juga berharap segalanya akan berhijrah dari kurang baik kepada lebih baik, untuk diriku, keluarga,kampungku, negeriku,negaraku, bangsaku dan yang paling penting sekali agamaku akan lebih gemilang dan dahormati.

Sunday, December 21, 2008

Mawi-Ekin sah suami isteri

JOHOR BAHRU 20 Dis. – Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi Asmawi Ani, 27, atau Mawi hari ini sah bergelar suami kepada Nora’ Asikin Rahmat, 29, atau Ekin apabila kedua-dua mereka diijabkabulkan di Masjid Sultan Abu Bakar di sini kira-kira pukul 11.45 pagi ini.

Mengenakan pakaian sedondon berwarna putih gading tajaan Butik Cosry, majlis akad nikah disempurnakan oleh imam masjid tersebut, Datuk Mahat Mohd. Said dengan empat orang saksi termasuk penyanyi Akhil Hayy mewakili keluarga Mawi dan pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadhilah Kamsah bagi pihak keluarga Ekin.

Majlis dimulakan apabila rombongan pengantin perempuan membawa masuk 11 dulang hantaran yang terdiri daripada jam tangan, kasut, dompet, tali pinggang, sejadah berserta songkok, al-Quran, cincin, set pewangi, buah-buahan dan sirih junjung.

Ia diikuti rombongan pengantin lelaki membawa sembilan dulang hantaran berupa al-Quran, cincin, tas tangan, kasut, jam tangan dan alat solek, pewangi, kek, sirih junjung serta wang hantaran berupa cek bernilai RM30,000.

Walaupun raptai majlis tersebut diadakan sehari sebelum upacara itu, Mawi dilihat agak berdebar tetapi dapat melafazkan akad nikah dengan lancar.

Sebaik sahaja akad nikah selesai, Mawi diberi peluang membaca taklik dan seterusnya melakukan sujud syukur bersama imam masjid berkenaan, Mahadir Yahya.

Majlis menjadi agak lucu apabila Mawi kelihatan kekok dan terus ketawa apabila diminta jurugambar untuk mencium dahi isterinya selepas sesi menyarungkan cincin bagi membatalkan air sembahyang serta menyerahkan mas kahwin sebanyak RM22.50.

Bagaimanapun suasana sedikit hiba apabila Ekin mengalirkan air mata ketika mendengar pesanan ibunya, Fatimah Saad.

Upacara akad nikah itu turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Oasis lebih dua jam bermula pukul 10.30 pagi.

Ini merupakan majlis pernikahan artis kedua yang disiarkan secara langsung selepas majlis perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa, yang disiarkan secara langsung menerusi TV3 pada 21 Ogos 2006.

Pada sidang akhbarnya, Mawi berkata, beliau amat gembira kerana akhirnya bergelar suami kepada Ekin selepas melalui pelbagai dugaan sepanjang perkenalan mereka.

“Sebelum ini kami menghadapi macam-macam dugaan tetapi akhirnya kami disatukan juga sebagai suami isteri,” kata Mawi yang akan melantik Ekin sebagai perunding imej dan pengurusnya.

Kata Mawi, antara faktor yang menambah perasaan sayangnya terhadap Ekin ialah apabila melihat pengorbanan isterinya yang tabah menghadapi tekanan ketika dikecam oleh segelintir pihak.

Ekin yang akan membuka butik busana Muslim selepas perkahwinan berpendapat, dia membuat keputusan yang betul memilih Mawi sebagai suaminya walaupun penyanyi itu turut dilemparkan pelbagai tuduhan.

Sementara itu, majlis resepsi sebelah keluarga perempuan akan diadakan di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) malam ini dengan 1,500 tetamu. Majlis sambut menantu di sebelah pihak lelaki pula akan diadakan pada 28 Disember ini di Felda Taib Andak, Kulai.

Saturday, December 20, 2008

Jutawan Jurugambar kenduri kawin

(Petikan dari Blog Saiful Nang - sebagai motivasi kepada angan-anganku)
Baru balik dari Rumah Pengasih Kajang dan sekarang dan 2.23 pagi semasa menulis line ni. Alhamdulillah, seperti Brad Pitt, hari ini juga adalah hari jadi saya. Hari ini, saya tak boleh claim saya berumur 29 tahun lagi seperti kebiasaannya memandangkan kalau ikut tahun saya dah 30, tapi ikut tarikh…tak boleh lagi. Fair lah pasal masa darjah satu saya orang paling kecik dalam kelas sehingga darjah 6. Benci kalau kena beratur mesti kena duduk depan.

Sebagai milestone yang sangat bermakna buat saya, dan sebahagiannya mungkin boleh jadi inspirasi kepada yang masih mencuba. 30 tahun pertama saya, telahpun saya gunakan dengan segala mampu dan keringat serta airmata. Inilah saya semasa berumur 30 tahun

1. Baru beberapa hari lepas tersenarai dalam 30 Usahawan Muda Paling Berjaya di Malaysia melalui taksiran Dewan Ekonomi Disember 2008, keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka. Dapatkan naskah anda, masih ada di pasaran.
2. Berjaya mengeluarkan e-book saya yang pertama berjudul “Million Dollar Wedding Photographer”.
3. Menubuhkan CandidSyndrome pada 2004 dan kini sebagai sebuah agensi fotografi Perkahwinan Melayu terbesar negara.
4. Mengasaskan PhotoSkool.net, portal untuk pendidikan awal jurugambar yang kini mempunyai 8900++ pelajar maya dan pendidikan diberkan atas dasar perkongsian dan ia adalah percuma.
5. Penubuhkan Rumah Pengasih Warga Prihatin, Sg. Ramal Baru bersama beberapa orang pengasas lain yang berkongsi visi dan misi yang sama dalam pembelaan golongan Asnaf dan pendidikan sahsiah ulung.
6. 2 hari sebelum saya berkahwin semasa berumur 27 tahun, saya telah berjaya mendapat total aset cair dan tetap tanpa hutang sebanyak RM1,000,000 hanya dengan mengusahakan fotografi perkahwinan secara SEPENUH HATI (PASSION WILL DO WONDER!)
7. Di anugerahkan Allah dengan isteri comel (Dr. Intan Salwani) dan juga anak comel saya (Orked Saiful). Itu la anugerah terbesar
8. Memenangi lebih dari 10 pertandingan fotografi serta pelbagai anugerah dalam dan luar negara dalam tempoh 2004-2008, antaranya ialan memenangi Anugerah Terbaik Pilihan Editor oleh The International Photography Library, USA, Canon Asia PhotoMarathon dan banyak lagi. Termasuk juga menjadi juri kepada pelbagai pertandingan fotografi di Malaysia dan Singapura.
9. Menerima undangan workshop fotografi sehingga di UK, Japan, Australia, Singapura dan Brunei rentetan kejayaan besar konsep PHOTOCAMP yang PERTAMA KALI diperkenalkan di MALAYSIA.
10. Diberi penghormatan sebagai bangsa Asia tenggara pertama yang ditawarkan tempat di Caroussel Du Louvre Paris (Anda pasti familiar jika anda tahu di mana Monalisa dimuzeumkan) untuk pameran fotografi solo. Malangnya, tarikh yang sepatutnya pada bulan 11 lalu ditangguhkan kerana tidak mendapat sokongan dari kerajaan (Sorry, rasanya mereka lebih suka sponsor kalau saya nak swimming across English Channel, walaupun sebagai orang yang ke berapa ribu berbanding sesuatu yang lebih melambangkan kekuatan intelektual bangsa Malaysia berdaulat…takpa, saya cari duit sendiri nanti)
11. Menjelajah ke 5 dari 6 benua utama di dunia.
12. Seperti orang lain, saya berjaya memiliki kereta idaman saya sebuah BMW E90 320i SE model terkini berharga suku juta.
13. Menegakkan empayar CandidSyndrome tanpa terlibat dengan segala birokrasi serta tender kontrak kerajaan, jauh sekali terlibat dengan duit kopi bawah meja yang sering dikaitkan dengan usahawan-usahawan baru yang terpaksa melalui jalan kotor itu (sebahagiannya sahaja…ramai lagi yang masih bersih)
14. Berjaya menubuhkan empayar CandidSyndrome sehingga permintaan konsisten sehingga kini dari Brunei dan Singapura. Sebelum berumur 30 juga, CandidSyndrome sudah bercawangan di Brunei Darussalam dan berjaya menjadi satu-satunya jurugambar rasmi perkahwinan diRaja Brunei pada tahun 2007
15. Dicalonkan sebagai penerima Ijazah kehormat Seni di atas sumbangan (kata mereka) dalam menaikkan martabat fotografi Malaysia ke peringkat dunia dan juga menaikkan martabat industri fotografi sebagai sebuah profession terhormat di Malaysia termasuk usaha-usaha yang dilakukan ke arah itu tanpa henti, oleh 3 orang pencalon telah mencalonkan saya dari salah sebuah Universiti dalam negara. Walaupun tak berjaya menyaingi seorang penerima yang lebih layak lagi dan menerima lebih undi dan juga faktor usianya yang lebih berpengalaman dalam bidang kesenian, saya pasti…pencalonan itu sahaja sudah cukup membanggakan saya.
16. Merapak sembah Kebawah Duli Tuan Patik Sultan Haji Hasanal Bolkiah Muiz’zaddin Waddaulah kerana perlantikan patik sebagai jurugambar perkahwinan diRaja anakanda Tuan Patik.
17. Paling penting…saya berjaya menjadi siapa yang saya rancang untuk jadi. Lebih dari itu, saya menjadikan hobi saya sebagai satu kerjaya yang penuh warna warni.

Anugerah terbesar saya sebelum berumur 30 tahun. Memang BESAR

Anugerah terbesar saya sebelum berumur 30 tahun. Memang "BESAR"

.

RANCANGAN UNTUK UMUR 30-35 TAHUN

1. Mencapai RM50,000,000 mark dalam perniagaan yang DISUKAI SAHAJA.
2. Menjadikan 2 orang anak didik saya Udey & Mukhriz sebagai millionaire muda sebelum mereka 30.
3. Menubuhkan Yayasan Prihatin (sekiranya telah mencapai mark di atas) sebagai wadah kebajikan kepada orang-orang miskin seperti saya dahulu mendapatkan pendidikan dan pembentukan sahsiah yang baik.
4. Menghabiskan belajar sehingga peringkat Doctorate in Business Administration (DBA)
5. Menulis lebih banyak buku inspirasi dan teknik kerjaya yang baik.
6. Berjaya mengangkat martabat fotografi Malaysia ke peringkat dunia.
7. Mempunyai lebih masa bercuti bersama Intan dan Orked (dan mungkin masa tu ada adik Orked sama). Kesian diroang sekarang, jumpa daddy 1-2 jam sehari.
8. Sebuah kapal layar
9. Sebuah kereta keluarga / business BMW X6 atau Bentley dan sebuah Lamborghini.
10. Rumah Idaman di tepi tasik bersama docking yard for an amphibian aircraft.
11. Shooting wedding for poor people and my fanatic DIE HARD fan for FREE.
12. Physicalize Malaysia Institute of Professional Photographer by 2013.
13. Tan Sri ship (nak juga recognition from the head of Malaysia)

Memang apa yang saya nak jadi itu terlalu ambitious. Percaya atau tak, list yang saya buat pada umur 25 tahun untuk saya capai sebelum 30 tahun, hanya beberapa sahaja yang miss, antaranya…saya tak dapat belajar ke peringkat doctorate, yg tu saya carry forward kepada next milestone. Selain dari tu, saya nak kahwin dengan Britney dulu, tapi saya dah jumpa Intan, jadi saya terus cancel plan tu kerana dapat yang lebih baik dari Britney hehehhe.

Apapun, manusia hanya merencana sahaja, Allah jua yang menentukan. Sekiranya ada umur, insyaAllah akan digagahkan juga untuk wawasan itu. Kesempatan ini saya ucapkan terima kasih kepada semua yang menghantarkan wish dan AKAN hantarkan bday wish kepada saya. Walaupun saya tak dapat balas, tapi ketahuilah anda, saya baca kesemuanya secara personal. Terima kasih kepada wife and Orked for being my force forward towards success. Dan juga jentera kerja saya di CandidSyndrome, Tarm, Udey, Mukhriz, Dinie, Mas G-Beck, Jasnita, Azizi, Khairul Hazwan, Faizal, Adi dan semua yang berusaha, dan semua peminat-peminat saya dari dahulu sampai sekarang.

Ketahuilah anda semua, dari permulaan RM90 tak akan jadi sejuta tanpa sokongan peminat-peminat foto Saiful Nang serta CandidSyndrome yang selama ini masih utuh dan setia bersama. Kerana anda, saya masih terus berkarya. Salam sayang, salam terima kasih…ENJOICE!

Jenny : Aku rasa sangat perlu segala target, azam, cita2 di coret diats kertas, lagi baik kalau dapt diistiharkan, sebab ia kita selalu langgar janji dengan diri sendiri, kalau sudah diistiharkan segala senarai kepada mereka yang sepatutnya, ia sebagai janji dan motivasi diri untuk mencapainya. Aku tak mau senaraikan disini, nanti tak muat sebab banyak sangat, terutama kalau dekat tahun baru...he he. Insyallah aku akan dapat apa yang aku idamkan walaupun terlalu slow, dam aku anggap istilah terlewat tiada sebenarnya..kita bahagia dengan cara kita dan tidak menyusahkan orang lain.

Friday, December 19, 2008

Siling terakhir tahun 2008

Siling terbaru keluaran bulan ini, yang sepatutnya anda simpan kerana ianya amat unik sekali,berbeza daripada keluaran bulan2 lepas, nilainya boleh ditentukan sendiri, berapa mau letak harganya 10sen,riyal,jutariyal pun boleh.keluaran terhad.

Mawi-Ekin nikah esok

JOHOR BAHRU 18 Dis. - Penyanyi popular Mawi atau Asmawi Ani, 27, dan bakal isterinya, Nora' Ashikin Rahmat, 29, atau Ekin akan dinikahkan di Masjid Sultan Abu Bakar di sini pada pukul 11 pagi Sabtu ini.

Penolong Pendaftar Nikah Johor Bahru, Datuk Mahad Mohd. Said dijadual menikahkan pasangan itu sementara khutbah nikah akan dibacakan oleh Kadi Daerah Johor Bahru, Mohd. Hosni Tamrin Mohd. Sharif.

Raja khidmat pesanan ringkas (SMS) itu akan membawa 11 dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pengantin perempuan.

Pada sebelah malam hari yang sama, majlis resepsi pasangan itu akan diadakan di Stadium Tertutup Johor Bahru. Kira-kira 1,500 tetamu termasuk beberapa kenamaan dijangka hadir.

Sementara itu, Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Johor, Supritendan T. Raveendran mengingatkan tetamu ke majlis resepsi di stadium berkenaan supaya tidak meletak kenderaan di bahu Jalan Tebrau dan Jalan Lingkaran Dalam di sini bagi mengelakkan kesesakan.

Beliau berkata, pihaknya tidak teragak- agak mengeluarkan saman ke atas mereka yang sengaja meletakkan kenderaan di bahu kedua-dua jalan itu.

Tinjauan Utusan Malaysia di rumah Ekin di Taman Impian Emas di sini hari ini mendapati tujuh khemah telah didirikan sebagai persiapan majlis meraikan tetamu pada Ahad ini.

Thursday, December 18, 2008

Aidil Zafuan Rita Rudaini nikah di Thailand

SEREMBAN 17 Dis. - Keluarga Aidil Zafuan Abd. Radzak, 21, sedih dengan tindakan pemain bola sepak kebangsaan itu menikahi pelakon, Rita Rudaini Mokhtar, 32 di Songkhla, Thailand pada 25 Februari lalu.

Bapanya, Abd. Radzak Salleh, 59, yang kecewa kerana perbuatan anaknya itu membelakangkan keluarga bagaimanapun tetap berdoa semoga perkahwinan Aidil Zafuan dengan Rita kekal bahagia.

Menurutnya, dia hanya dimaklumkan oleh anak perempuan sulungnya pada pukul 9 malam, 14 Disember lalu bahawa Aidil Zafuan telah bernikah dengan Rita di negara jiran itu.

"Sebelum ini, Aidil Zafuan tidak menceritakan apa-apa mengenai perkara itu. Dia telah bertemu dengan kakaknya pada 13 Disember dan menunjukkan sijil nikahnya di Thailand dengan Rita.

"Dia meminta kakaknya memberitahu saya dan isteri mengenai hal tersebut tetapi kakaknya tidak sanggup berbuat demikian," katanya pada sidang akhbar di rumah anaknya, Ruziehana di Coral Heights di sini hari ini.

Turut hadir adik kembar Aidil Zafuan iaitu Zaquan Adha: Ruziehana, 37; abangnya, Mohd. Zafuan, 34, dan ibunya, Azizah Arshat, 56.

Menurut Abd. Radzak, sebagai keluarga besar, Aidil Zafuan sepatutnya memaklumkan kepada keluarga mengenai rancangan untuk menikahi Rita yang merupakan pelakon Anak Mami The Movie.

Ditanya sama ada dia boleh menerima kehadiran Rita sebagai menantunya, Abd. Radzak menjawab: "Saya tidak mahu komen yang itu. Semasa desas-desus hubungan Aidil Zafuan dengan Rita, saya pernah bertanya anak saya tetapi dia memberitahu mereka hanya kawan biasa."

Menurutnya, baru-baru ini, Ruziehana ada menghubungi keluarga Rita untuk mendapatkan pengesahan mengenai pernikahan itu, malangnya ibu pelakon itu menyalahkan pihaknya sehingga akhirnya tiada perbincangan dapat dilakukan.

Sementara itu, Azizah berkata, dia tidak pernah 'membuang' anaknya itu walaupun berasa kehilangan sesuatu.

"Kalau saya kata suka pernikahan itu, memang orang akan kata saya berbohong tetapi itu pilihan dia, suka atau tidak saya kena terimalah.

"Kasih sayang bukan boleh dilakonkan atau dipermainkan. Ia datang sendiri. Mungkin Tuhan hendak tunjukkan sesuatu kepada saya.

"Mungkin saya boleh memberikan kasih sayang kepada Aidil, isterinya, Rita dan juga anak-anaknya," katanya.

Dalam pada itu, adik kembarnya, Zaquan Adha juga mengesahkan dia sendiri tidak dimaklumkan tentang perkahwinan abang kembarnya dengan pelakon Rita.

Bagaimanapun dia bersyukur kerana kedua ibu bapanya dapat menerima keputusan itu dengan tabah setelah ditenteramkan oleh kakak dan abangnya.

Rita yang sudah tujuh tahun menjanda sebelum ini pernah berkahwin dengan penyampai berita TV3, Akbar Shaari tetapi tidak dikurniakan cahaya mata manakala Aidil Zafuan merupakan pemain kebangsaan dan pemain Negeri Sembilan untuk musim akan datang.

Sementara itu Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berharap kontroversi pernikahan pemain bola sepak itu tidak akan menjejaskan prestasinya dalam skuad negeri dan negara.

''Saya mendoakan pasangan ini berbahagia," katanya di sini hari ini.
Ibu terkilan Mohd Aidil, Rita Rudaini nikah di Thailand
Oleh Mohd Amin Jalil dan Nor Azmelia Azahari

SEREMBAN: “Kami kesal dan sedih...” kata Azizah Arshad, 56, mengulas isu perkahwinan anaknya, pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak, dengan pelakon popular Rita Rudaini.

Pasangan itu dikatakan bernikah di selatan Thailand pada 25 Februari lalu tanpa pengetahuan ahli keluarganya.

Aidil Zafuan 'berlakon' bujang


SEREMBAN: Keluarga Aidil Zafuan Abdul Razak tidak menyangka pemain bola sepak kebangsaan itu sudahpun berkahwin dengan pelakon Rita Rudaini sejak Februari lalu kerana dia didapati pandai “berlakon” seperti seorang yang masih bujang.

Bapanya Abdul Razak Salleh, 59, dan ibunya, Azizah Arshat, 56, baru mendapat tahu pada Ahad lepas mengenai perkahwinan yang dijalankan di Thailand daripada seorang anak perempuan mereka.

“Tak nampak dia macam sudah sudah berkahwin. Perangai dia macam biasa, ...terkejutlah kami,” kata Abdul Razak kepada pemberita di rumahnya di sini hari ini.

Tuesday, December 16, 2008

Bush dibaling kasut

BAGHDAD 15 Dis. – Seorang wartawan Iraq membaling sepasang kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush semasa lawatan perpisahan beliau ke Iraq, semalam.

Insiden itu menonjolkan kebencian mendalam yang terus dirasai di negara ini terhadap Bush yang mengakui perang di Iraq masih belum dimenangi.

Wartawan berkenaan, Muntazer al-Zaidi bangun sewaktu Bush mengadakan sidang akhbar bersama-sama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Malik seraya menjerit dalam bahasa Arab, “ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing!” lalu membaling kasut yang dipakainya.

“Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq,” jerit Muntazer, wartawan untuk televisyen Al-Baghdadia, sebuah stesen milik Iraq berpangkalan di Kaherah.


Jenny : Sepatutnya bubuh bedil bola dalam kasut, tengok setara mana berani bush tuh, rasa terkecing terberak, kena wat main gituh, belum lagi hak sungguh, kalu bom sungguh lagi molek,

Harga petrol, diesel turun kali ke-7

PUTRAJAYA 15 Dis. – Kerajaan hari ini menurunkan lagi harga petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini, kali ketujuh sejak Ogos lalu sejajar dengan penurunan harga minyak mentah di pasaran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan berkata, petrol RON97 diturunkan daripada RM1.90 kepada RM1.80 seliter, manakala petrol RON92 dan diesel masing-masing daripada RM1.80 kepada RM1.70 sen seliter.

“Penurunan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter ini adalah sejajar dengan penurunan harga minyak mentah di pasaran.

“Berkuat kuasa tarikh yang sama (tengah malam ini) juga, harga petrol dan diesel bersubsidi bagi nelayan diturunkan sebanyak 13 sen seliter daripada RM1.43 kepada RM1.30 seliter seperti mana yang telah diumumkan sebelum ini,” kata Perdana Menteri.

Penurunan harga petrol dan diesel itu dibuat ketika harga minyak mentah di pasaran dunia hari ini berlegar pada kadar AS$47.35 (RM165.73) setong.

Harga minyak petrol dan diesel mengalami kenaikan tertinggi pada Jun lalu apabila kerajaan menaikkan harga runcit petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter ketika harga minyak mentah dunia meningkat sekitar AS$125 setong.

Bagaimanapun dua bulan kemudian iaitu pada 23 Ogos, kerajaan menurunkan harga runcit petrol RON97 sebanyak 15 sen menjadikannya RM2.55 seliter.

Jenny : Aku dok tunggu minyak harga 1rm 1 liter, baru sedap nak meround, minyak mahal, nak gi jalan mikir panjang.

Friday, December 12, 2008

Mengenal pasti jika anak anda mengambil dadah

IBU bapa kadang-kala berkata, mereka langsung tidak menyedari anak mula mengambil minuman beralkohol dan najis dadah.

Ini adalah kerana mereka tidak menyedari petunjuk yang ada di sekitar mereka. Jangan biarkan ini berlaku kepada anda.

Berikut merupakan beberapa tanda yang anda perlu cari:

1. Kesan melalui deria bau

Anak remaja anda masuk ke dalam rumah pada malam hujung minggu selepas menghabiskan masa dengan rakan-rakan. Bagaimana anda mengenal pasti sama ada dia telah minum atau menghisap rokok?

Cuba memulakan perbualan dengan anak anda tetapi bukan dengan menjerit dari jauh (menerusi beberapa bilik) atau dalam bilik tertutup, tetapi dengan perbualan secara langsung.

Anda juga perlu berasa sangsi jika anak anda masuk ke dalam rumah dengan mengunyah gula-gula getah, nafas berbau pudina, ataupun anda mencium bau losyen yang baru sahaja digunakan. Anak anda mungkin cuba menyembunyikannya dengan haruman tersebut.

2. Teliti lebih dekat

Jika anak remaja anda menggunakan atau menyalahgunakan bahan haram, terdapat bukti visual yang boleh dikesan.

Cuba teliti mata anak anda, ia boleh menunjukkan tanda sebarang penggunaan bahan dadah.

Jika anak anda mengambil ganja, matanya akan menjadi merah dan anak mata akan mengecil.

Jika anak anda mengambil alkohol, anak mata akan membesar, dan dia mungkin menghadapi kesukaran untuk memberi tumpuan.

Selain daripada itu, alkohol turut memberi kesan dengan menyebabkan muka dan pipi menjadi merah.

Penggunaan suntikan dadah meninggalkan tanda, kebiasaannya di tangan, tetapi ia juga mungkin terdapat di kaki.

Menghidu kokain menyebabkan hidung berdarah dan lama-kelaman akan mengikis septum di dalam hidung.

Jika terdapat tanda terbakar di bibir atau jejari anak anda, dia mungkin menghisap bahan mengkhayalkan melalui kaca panas atau paip besi.

Lebam atau tanda di sekeliling mulut di samping tanda cat di badan atau pakaian, bau kimia atau hidung selesema juga menunjukkan penggunaan ubat sedut atau inhalan iaitu amalan menghidu asap daripada bahan kimia untuk khayal.

Pil ekstasi menyebabkan kesakitan gigi, meningkat rangsangan dan kehilangan kepekaan kepada persekitaran.

Cuba juga mengenal pasti tanda-tanda ketaksuban (peka) terhadap cahaya dan bunyi, pengambilan air berlebihan dan bertindak keanak-anakan.

3. Perubahan mood

Cuba lihat sebarang perubahan terhadap mood anak anda. Bagaimana keadaannya? Adakah anak anda membuat bising dan kecoh, atau ketawa mengilai tanpa sebab.

Adakah anak anda menunjukkan kemarahan, dan letih tanpa sebab sepanjang malam? Adakah dia kelihatan tidak sihat dan terjatuh dalam bilik air?

Ini merupakan tanda-tanda yang menunjukkan mereka berkemungkinan menggunakan bahan haram seperti alkohol, ganja, dan sebagainya.

Anda juga perlu memberi perhatian terhadap kelakuan anak remaja anda pada setiap masa.

Jika dia menjadi pendiam, marah, kurang berkomunikasi yang berlangsung selama lebih kurang beberapa minggu, kemungkinan sesuatu telah berlaku kepada anak anda.

Anak anda berkemungkinan menjadi marah jika anda cuba membantu dan dengan tegas meminta anda tidak mengganggu, tetapi anda perlu mengetahui apakah yang sedang berlaku.

Walaupun terdapat pelbagai alasan yang menyebabkan anak anda merasa naik angin, anda perlu mempertimbangkan kemungkinan yang dia telah menunjukkan tabiat penggunaan bahan larangan.

4. Kemalangan kereta

Bagi kebanyakan remaja yang lebih dewasa, kenderaan mereka adalah kehidupan mereka.

Jika anda mengesyaki bahawa anak anda menggunakan dadah, cuba periksa kereta mereka untuk sebarang petunjuk.

Jika anda berasa syak-wasangka, periksa dalam kenderaan mereka; kebanyakan anak remaja malas membersih dan mengemaskan kereta mereka.

Adakah bahagian dalaman kenderaan berbau asap ganja atau alkohol? Adakah terdapat sebarang botol, paip, paip air atau dadah jenis paraphernalia di lantai kereta dan disorokkan di dalam laci kereta?

Jika anda menjumpai sesuatu, bersemuka dengan anak anda dengan segera; berterus-teranglah dan beritahu anak anda apa yang anda temui dan kenapa anda berasa bimbang.

5. Penipuan atau berahsia

Tiba-tiba anda mendapati anak-anak yang jujur mula menipu setiap masa. Rancangan pada petang hari dan hari minggu mula kelihatan meragukan.

Anak anda sama ada tidak pasti ke mana hala tujunya atau alasan yang tidak kukuh (anak anda tidak mampu menceritakan wayang yang baru ditontoni, atau rakan yang sepatutnya keluar dengan anak anda telah menelefon dan mencari anak anda).

Malah, jika anda menemui sebarang penggunaan bahan mengkhayalkan (satu tin bir atau rokok ganja dalam bilik anak anda), anak anda mungkin mempunyai seseorang atau sesuatu yang lain untuk dipersalahkan.

Apabila sebarang alasan gagal, anak anda membalas pertanyaan dan kebimbangan anda dengan memberitahu ia bukan masalah anda.

Sesuatu pasti telah berlaku, dan anda perlu mengenal pasti apakah yang disembunyikan oleh anak anda.

6. Kurang motivasi

Gred anak anda semakin menurun dan tiada alasan jelas mengenai puncanya. Dia memberi penjelasan yang sukar dipercayai dan memberi jaminan kepada anda bahawa dia boleh mengendalikan situasi tersebut, tetapi gagal mengatasinya.

Dia mungkin ponteng kelas dan mengabaikan masa untuk menyiapkan kerja rumah. Dia juga kelihatan hilang minat terhadap aktiviti-aktiviti lain.

Anda menerima panggilan daripada guru, jurulatih, guru besar, kesemuanya menyatakan perkara yang sama iaitu anak remaja anda ponteng kelas, aktiviti atau latihan, dan apabila dia menghadiri kelas-kelas tersebut, dia langsung tidak menunjukkan sebarang usaha.

Ini boleh menunjukkan tanda masalah penyalahgunaan bahan larangan, di mana keinginan untuk mabuk atau khayal telah menjadi keutamaan dalam hidup anak anda.

7. Kehilangan alkohol, rokok, duit atau barang berharga

Bagi remaja yang ingin mabuk atau membeli dadah, rumah ibu bapa boleh menjadi sumber utama sebagai punca wang tunai.

Sesetengah ibu bapa menyimpan beberapa jenis minuman beralkohol dalam rumah, sama ada tin bir, botol wain, atau kabinet yang merupakan tempat meletak pelbagai jenis arak.

Jika mereka memerlukan duit untuk membeli dadah, mereka akan mula menyelongkar dompet ibu bapa, mencuri duit, atau mencuri barang-barang berharga seperti barang kemas untuk dipajak atau dijual.

Anda juga perlu memantau jumlah alkohol dalam rumah anda. Jika anda menyedari terdapat botol arak yang hilang atau arak yang dicairkan dengan air, anda perlu mengunci tempat tersebut supaya anak remaja anda tidak boleh mendapatkannya.

Maklumkan kepada anak anda bahawa anda mengetahui apa yang sedang berlaku dan anda tidak akan bertoleransi dalam tabiatnya mencuri daripada anda.

8. Masalah aliran tunai

Anda menyedari sesuatu berlaku apabila duit anda mula hilang. Terdapat kaedah berkaitan wang tunai yang boleh mengesan masalah ini.

Sudah tentunya, dadah dan alkohol membabitkan wang, malah dadah yang tidak begitu mahal juga lama-kelamaan akan menyebabkan kehilangan duit.

Kemungkinan anak anda menggunakan wangnya sendiri (elaun, gaji dan bantuan, apa sahaja) untuk membeli dadah tersebut.

Pada masa sama, jika dia tiba-tiba mempunyai lebih banyak duit untuk pakaian, cakera padat, atau barang-barang lain, menjangkaui apa yang mampu dimilikinya, beri pertimbangan bahawa anak anda mungkin mengedar dadah. Dalam situasi sebegini, memeriksa bilik anak anda mungkin dapat menjelaskannya.

9. Perubahan rakan taulan

Anda menyedari bahawa anak remaja anda melepak dengan kumpulan yang berbeza. Adalah perkara biasa bagi para remaja untuk mendapat kawan baru, tetapi malangnya rakan-rakan baru ini membimbangkan anda.

Kemungkinan rakan-rakan baru ini adalah lebih berumur dan kelihatan lebih nakal dan berdikari, dengan kurang pengawasan ibu bapa dan kurang berminat di sekolah.

Walau apapun kesnya, anak remaja anda berkemungkinan akan mempertahankan pilihan rakan sebaya mereka, dengan menyatakan kawan baru tersebut lebih menyeronokkan dan memahami.

Tetapi, jika anda berasa sangsi dengan apa yang mereka lakukan, pantau dan perhatikan mereka dan ikutlah naluri anda.

Lelaki lebih berahsia

BUKAN hanya wanita makhluk yang kompleks dan sukar difahami, begitu juga lelaki kerana sifatnya yang sukar ditelah. Biarpun lelaki menyatakan yang mereka tidak demikian, hakikatnya kebanyakan mereka amat sukar difahami.

Berbeza dengan sifat wanita yang mudah menyatakan sesuatu yang dirasai atau apa disukai, sifat lelaki semakin sukar difahami jika orang yang paling hampir dengannya tidak cuba memahami biologi dan sikap sebenar mereka.

Bagi memahami golongan Adam ini dengan lebih mendalam, cuba baca petua berikut untuk lebih memahami dan mengenali mereka.




# Sifat lelaki lebih mudah

Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan oleh wanita.

Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham tetapi mereka lebih suka jika ia dijelaskan dengan bahasa yang mudah serta berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

# Bahasa lelaki adalah berlainan

Lelaki bercakap dengan bahasa berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Daripada kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkannya.

Ini bukan bererti dia berbohong namun lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki daripada apa yang dilakukannya berbanding daripada apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

# Lelaki suka membisu

Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikannya serta membisu.

# Lelaki tidak kompleks

Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan melakukan jimak secara kerap dengannya, wanita harus percaya itulah yang lelaki mahukan.

Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.

# Lelaki berahsia dengan lelaki lain

Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah bercakap dengan wanita lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia serta peribadi, sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.

# Lelaki pentingkan kejujuran

Jika lelaki tahu isterinya suka bercerita pada wanita lain mengenai dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal rahsia kepada isterinya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Dia mahukan isterinya menyimpan rahsia rumah tangga.

# Lelaki tidak suka dikritik

Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan.

Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau kawannya, mungkin dapat mengelakkan konfrontasi serta-merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara itu disampaikan kepadanya.

Cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan mereka jarang melakukannya.

Apabila lelaki mahu mengkritik, mereka memilih masa dan keadaan dengan teliti. Ketika menegur, perbincangan itu ringkas, tidak beremosi dan tepat. Untuk wanita mengkritik lelaki, elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian.

# Lelaki juga mahukan sokongan

Ketika berdepan masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan, sokongan serta kata-kata "Saya cintakan abang..." dan "Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang ... ."

# Sahabat yang paling baik

Jadilah sahabat yang paling baik kepada suami dan dia akan menjadi sahabat yang paling baik kepada anda.

# Lelaki mesra tanpa emosi

Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi serta mengasihi sebagai balasan. Kemesraan emosi dan bersatunya jiwa bukan hanya jasad tetapi cara lahirnya kasih sayang. Ia bukan satu proses saja tetapi membabitkan hal yang tidak terungkai dan agak magis.

Setiap manusia bergantung kepada kemesraan emosi untuk seimbang dan gembira, paling kurang ia diperlukan untuk meneruskan kehidupan. Lelaki berbeza daripada wanita dari segi kebolehan lelaki untuk bermesra secara seksual tanpa kemesraan emosi.

Jalinan atau hubungan antara dua perkara ini iaitu kemesraan seks (cinta berahi) dan kemesraan emosi (cinta kasih) tidak penting pada ramai lelaki.

Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah kepada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding wanita.

Lelaki lazimnya lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi wujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri.

Ia mungkin dianggap penting sebagai hubungan intim tetapi tanpa kemesraan emosi, seks boleh dilakukan oleh lelaki sehingga boleh menyebabkan punca konflik semula jadi antara lelaki dan wanita.

Agama, moral asas bentuk keluarga bahagia

KELUARGA sihat dibina atas asas dan amalan agama yang kukuh, kasih sayang, hormat menghormati, bersefahaman, tolak ansur serta tanggungjawab.

Nilai agama dan moral adalah penting untuk kehidupan berkeluarga yang sejahtera.

# Bagaimana mengamalkan nilai agama dan moral dalam keluarga?

Tetapkan matlamat jelas sebelum berkahwin kerana ia adalah satu komitmen dan pelaburan sepanjang hayat.


Pilih pasangan hidup dengan bijaksana.

Lakukan perubahan dalam keluarga dengan bijaksana.

Hormati ibu bapa kerana restu mereka menjamin keredaan Tuhan dalam kehidupan berkeluarga.

Berkongsi tanggungjawab dan saling bekerjasama dalam keluarga.

Memperakui dan menghargai sumbangan ahli keluarga.

Jadikan diri sahabat dan contoh yang baik kepada keluarga.

# Didik anak mengikut zamannya

Amalkan kesederhanaan dalam kehidupan seharian dengan menjadikan rumah sebagai syurga yang penuh dengan kasih sayang dan kedamaian.

# Memupuk sokongan sosial

Keluarga sihat sentiasa prihatin dan bertanggungjawab terhadap kesejahteraan masyarakat. Masyarakat yang bertanggung jawab dan bersikap sivik bermula daripada keluarga yang sihat.

# Amalan yang memupuk sokongan sosial

Membantu ahli keluarga dan kawan dalam kesusahan di samping memupuk semangat kejiranan.

Menyeru kepada kebajikan dan mencegah kejahatan dalam masyarakat. Setiap keluarga berperanan mengawasi ahli keluarga daripada pengaruh negatif.

Romantis: Petua kekal kebahagian

MENGEKAL rumah tangga yang dibina bukan sesuatu yang mudah jika tiada persefahaman.

Bahkan rumah tangga yang bermasalah bukan hanya di tandai perkara besar namun hal kecil dan remeh-temeh boleh menjadi punca masalah pada hubungan yang sedang mekar.

Bagaimana mengekalkan kebahagiaan yang sedang di nikmati? Kebijaksanaan wanita barangkali menjadi pemacu kepada kebahagiaan yang sedang dibina.

Cubalah petua berikut jika ia mampu memberi makna tersendiri kepada kebahagiaan yang terus dikecapi:


# Sambut kepulangan suami. Sentiasa bergembira dan tersenyum apabila menanti suami pulang serta menghantar pemergiannya dengan hati yang sedih. Jangan lupa mencium tangan apabila menghantar dan menyambutnya pulang.

# Banyak membantu suami. Apabila suami mempunyai masalah, usah terlalu meminta-minta kerana ia boleh me nyebabkan suami bersedih. Walaupun bekerja, usah terlalu boros berbelanja dan rancang masa depan bersama suami.

# Beritahu anda sayang kepadanya. Ia patut dilakukan setiap hari walaupun selepas usia tua. Usah menganggap diri terlalu tua untuk menyatakan rasa sayang.

# Mandi bersama. Ia bukan bertujuan untuk seksual se mata-mata tetapi lebih kepada merapatkan kasih sayang. Apabila mandi, jangan berkata suami busuk atau pengotor kerana suami akan tersentuh apabila isteri berkata sede mikian.

# Etika di bilik tidur. Apabila tidur, sentiasa menghadap suami. Jika anda mahu membelakangkannya, minta izin atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cuba tidur ber bantalkan bahu suami, pasti ada hikmah dan nikmatnya.

# Sentuh suami. Apabila mempunyai kesempatan, belailah suami atau curi-curi menciumnya ketika tidak dilihat orang lain. Anda boleh memegang tangan atau bahunya apabila berjalan-jalan.

# Tidurkan anak lebih awal. Selepas berbuat demikian, amalkan masuk tidur bersama suami kerana itu saat manis dalam kehidupan berumah tangga.

# Sentiasa berterima kasih. Apabila meminta bantuan suami dan pertolongan diberikan tidak sempurna, jangan berleter atau marah kerana ia boleh menyebabkan si dia jauh hati atau merajuk.

# Elak marahkan anak. Elak memarahi anak sebaliknya gunakan strategi memujuk. Jika anda selalu memarahi anak di hadapan suami, ini mungkin menyebabkan suami kurang senang.

# Simpan rahsia suami. Elakkan bercerita mengenai suami kepada orang lain terutama perkara yang bersifat peribadi. Jika perlu, ceritakan perkara yang baik kerana itulah tanda anda mengasihi suami.

# Layan kehendak seksual suami. Jika suami berhajat untuk bersama anda, layan dia dengan baik walaupun anda mungkin sibuk atau letih. Banyak kes perceraian atau poligami di sebabkan isteri tidak mahu faham keperluan suami dari segi seks.

Kurang layanan dan banyak alasan untuk mengelak bersama menyebabkan suami mudah bosan serta merajuk.

# Tunjuk sifat prihatin. Jika suami sakit, tunjukkan ke sungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya dengan harapan dia cepat sembuh.

Dia akan sentiasa ingatkan anda kerana suami tahu anda bukan saja sayangkannya ketika sihat tetapi sanggup bersama dalam sebarang keadaan.

Berkahwin pahala, kukuh iman

Susunan Noriah Idris
BENARKAH jodoh bagaikan menanti jambatan untuk ke seberang? Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanannya namun andainya jambatan itu pendek, barangkali cepat jodohnya.

Ada orang cepat bertemu jodoh sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belum terlalu lewat untuk bertemu jodoh. Mereka yang berusia 35 tahun pula tidak perlu gundah jika belum bertemu jodoh kerana sepanjang usia berkenaan digunakan untuk membina kecemerlangan.

Bahkan ada yang sudah mencecah 40-an, tetapi jodoh belum juga tiba.


Namun, tidak berputus asa menjadi asas terbaik buat wanita. Jika terlalu memikirkan soal jodoh sehingga mengganggu perasaan, ia bukanlah sesuatu yang baik.

Bagi wanita yang berpandangan jauh, boleh saja menyatakan pada diri bahawa ia semua ketentuan takdir dalam soal rezeki, jodoh mahupun ajal.

Katakan kepada diri bahawa jodoh anda mungkin belum sampai lagi.

Nyatakan perasaan dan keinginan anda itu dalam doa lewat sembahyang. Allah Maha mendengar.

Selain itu, beberapa perkara perlu difikirkan untuk renungan wanita yang belum bertemu jodoh.

Ingatlah wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat lelaki sejati dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman suatu hari nanti.

Persoalannya, apakah anda sudah bersedia memikul tanggungjawab bergelar isteri atau ibu? Sudahkah bersedia menjalani pelbagai rintangan hidup berumahtangga?

Berikut adalah falsafah dan firasat mengenai jodoh serta hidup berpasangan buat renungan mereka yang enak dibuai perasaan:



- Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat itu dan ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang diingini, ia juga datang bersama masalah.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada, tetapi deritanya datang bersama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Perkahwinan juga demikian.

Ia baik sebab dibenarkan agama dan sunnah Nabi sebagai saluran betul untuk melepaskan syahwat di samping membina sahsiah, tetapi ia juga buruk sebab ramai orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

- Ramai orang menempah neraka sebaik saja melangkahkan kaki ke alam berumah tangga. Bukankah dengan ijab dan kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang banyak juga terpaksa dipikul? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

- Berapa ramai yang menyesali perkahwinan masing-masing pada hal dulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih, malah ada yang sanggup berkorban apa saja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri, tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu.

- Jika rasa belum bersedia untuk bersabar dengan kerenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dulu sebab hakikatnya, ramai yang tidak bersedia untuk melangkah, tetapi sudah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

- Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan daripada ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsianya.

- Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorongnya supaya jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

Wednesday, December 10, 2008

SHAM&WANI091208(Anak Muridku)

Jodoh katakan, ikan dilaut asam didarat dalam belango jumpa jua,begitulah kisah kedua mempelai ini, sapaopun tak tersekor jodoh kedua nih,memang padan dah dua nih comellote dan tampan maskulin.Syukurlah bertemu jodoh awal, asam garam kehidupan boleh belajar dengan veteran yang ramai tu.

Majlis meriah sekali, Perarakan diketuai oleh barisan pegawai polis berpedang sepanjang 100 meter diiringi sanak sedara rakan taulan kedua belah pihak. Semoga kekal hingga hujung nyawa,

Kalau tak perhati betul2 mesti tak kenal, budak comel nih, dalam uniform sekolah lain, bila dah kena kaler, huh mengalahkan model, tak kenal punye..

Pengantin melalui bawah barisan pedang samurai rakan2 pegawai sham, segak bergaya kedua mempelai, ceria dan bergaya..

Hasil sentuhan Suyah mengalahkan jurusolek artis,licin moneir pipi di cat huh pndek kata tak kenal kalu tengok, macam Dato Siti dih..

Psangan remaja bahagia selalu, ceria nampoknyo, walaupun yang sebenarnya wani tuh dok selsema tapi senyum sokmo..

Bahagia disampingmu, bawalah daku terbang kemana saja..

Ceria sungguh pengantin baru nih..

pakailah gayo jepun, ko, india ko somalia ko, comel...

Ikut pakai dan tuan comel gak

Sikalang, dong distab, jange ggeger deh, kami isterirehat..

KORBAN 2008

Tahun ni,mangsa korban meningkat kepada 2 mangsa,satu jantan mancho dan satu lagi betina mandul, yang laki daging pejal molek, yang betina lemak berkrim banyak susu.Yang jantan boleh ko orang boking dulu, ada yang buat ngekkoh,ku hanya dapat betina mandul yang montok banyak lemak, daging banyok nih. Keduanya di gembala oleh dua gadis, cowgirl.itu yang istimewanya mangsa korban kali ini, masa nak memberkas kaki, orang laki2 kena duduk jauh2, hatta tokey besar diapun, gembala dia yang pakai baju rayapun kena tukar uniform baru boleh masuk dekat, nak jerat kaki.Orang lain kena tengok saja, kalu tak mau dirembas gat.denger mangsa yang ganas ini.Tapi dengan tipu daya cowgirl dapatlah dikerjakan, tengoklah tu, bukan dipotong 16, tapi beribu2 kerat.Kumpulan aku yang sudah dulu sebab diketuai oleh ku yang memberi arahan agar ceraikan kulitdan tulang saja takkira apajadi pun, sehinggakan isiperut tersebur sebelu masanya, lantaklah janji siap,wah sedapjuga buat kerja gaya bebas dengan set amaturpro nih, penasihat hanya perhati dari jauh nanti bagi komen, yang las sekali kepala bagi kat veteran buat..kih kih

Cowgirl sedang memujuk sijantan macho, sambil diperhatikan oleh bos besar, nampok tuh yang betina takut sampai terkencing dah..

Akad jualbeli,Man nak ngekkoh anak dia aisyah, sambil dperhatikan oleh jantan macho..kalu terpas tuh, nyo ngamok habis..

Ramai jong tarik, kalu tak semelihpun boleh mampuih lembu tuh, ha ha

Ini kumpulan amaturpro, bahagian siat kulit sampai hancur..

Ni kumpulan explorace kedua, set pro, tapi tak ganas, ha..

Bedah orang tak serupa dengan bedah siat siat kulit lembu weh..hah baru tau payoh juga nak jadi jurujual daging nih..

aku belan jeling je, dah siah..

Ini cara sembelih baru, tubuh kita kambus tinggal kepala je atas, tak payoh nak berkas kaki, sorang veteran dah dapat tutup lubang nyawa dia,tengok tuh kerat buang urat atas hidung, beresss,(Kepala lembu bagi ke veteran kerjakan)

IDA & ZAINAL 071208

Sg Pas telah dilanda banjir besar dan tanah runtuh pada tahun ini, selalng beberapa hari sebelum majlis perkahwinan Ida & Zainal,Nasib baik banjir sudat beransur surut,majlis berlangsung dengan lancar dan meriah. Md Zainal berasal dari Kerteh 6, 9 Dis 2008 majlis disana. Semoga berbahagia.





Silap kerot, ingat nak ambik jugak masa akad nikah, kami tunngu di masjid Sg Pas, tapi akad nikah di Balai Sah Tok Imam, tapi takpo ramai dah kameraman dari rombngan laki2.

Saturday, December 6, 2008

Sesetengah orang tidak patut mempunyai orang gaji!

Posted on Wednesday, December 03 @ 15:05:50 MYT by pu3saadong
"Jika anda mempunyai orang gaji yang disukai, layani dirimu sendiri."
- Benjamin Franklin

Malaysiakini - Orang gaji dilayan dengan kejam: Surirumah mendapat 18 tahun.

Ianya satu kes yang menyedihkan berkenaan bekas pramugari, Yim Pek, yang telah berlaku kejam terhadap Nirmala Bonat. Di antara kelakuan jenayah yang dilakukan ke atas pekerjanya adalah menekan seterika panas ke atas belakang dan buah dada Bonat, dan menuangkan air panas ke atas kedua belah kakinya.

Dan salah satu 'sebab' perlanggaran susilanya yang menyedihkan di atas aktiviti-aktiviti jenayahnya ialah kekejamannya yang telah mendorongnya untuk bertindak kejam ke atas Bonat kerana 'tidak melakukan kerja-kerja rumah dengan sempurna' . Dari lubang ta*k manakah Yim telah keluar?

* Saya telah membaca semula perenggan di atas dan (di sebalik kesalahan tatabahasa dan bentuk susunan kata yang saya harap saya telah perbetulkan) tak boleh memberi alasan, dan tak boleh membenarkan jenayah sebegitu kejam memperoleh satu 'sebab'- kekejaman tidak boleh dijadikan 'sebab'.

Mahkamah Sesi telah mendapati Yim bersalah atas menyakiti orang gajinya secara parah, dan menjatuhkan hukuman penjara ke atasnya 18 tahun.


Saya teringat kes ini walaupun sebelum saya memulakan blog saya sendiri, Ktemoc Konsiders. Emosi-emosi yang dilemparkan di dalam sesetengah blog di atas kekerasan kekejaman dikesali kerana mempunyai nada perkauman.

Yim telah melakukan kesalahan jenayah, pihak berkuasa telah menjatuhkan hukuman ke atasnya, dan berdasarkan kepada bukti mahkamah Malaysia telah mendapatinya bersalah dan menjatuhkan kepada dirinya hukuman yang adil.

Tak perlulah di kaitkan dengan soal perkauman. Yim melakukan sesuatu yang dasyhat; dia akan menerima pembalasan di atas jenayahnya.

Saya langsung tidak kasihan padanya; tetapi simpati saya adalah kepada Nirmala Bionat. Saya mengharapkan agar sedikit pemberian kewangan di atas tangungan penderitaannya. Mungkin dia boleh menyaman agensinya dan Yim (suaminya).

Malangnya sesetengah rakyat Malaysia tidak boleh menangani masalah pembantu rumah dengan bertamadun. Pembantu rumah Asia (rakyat Filipina) telah dilayan seperti tai*k jika bukan menjadi mangsa seksual majikan tidak bermoral di Timur Tengah. Di Malaysia sekalipun terdapat laporan-laporan majikan lelaki yang menjalankan kekerasan seksual terhadap pembantu rumah mereka. Kekerasan tersebut tidak hanya tertakluk kepada mana-mana satu kumpulan etnik.

Baru-baru ini saya telah mendapat tahu tentang satu kes sedih. Walaupun tidak ada insiden kekejaman seksual, penderaan atau sebarang kesalahan oleh majikan, saya boleh tahan dengan sikap keluarga itu terhadap pembantu rumahnya.

Mereka telah melayannya seperti tidak wujud sebaiknya dan sebagai mesin robot seteruknya. OK, saya kenal keluarga itu dengan baik - orang itu adalah sepupu jauh saya.

Pembantu rumah telah bekerja dengan begitu kuat (sudah pukul 2:30 petang dan pembantu rumah itu masih belum makan tengahari) apabila anak perempuan majikannya yang berumur 15-tahun melemparkan gelas plastiknya kepada pembantu rumah dan mengarahkannya di dalam suara yang sombong supaya membasuhnya.

Darah saya naik ke tempat di mana angkasawan kita telah pergi, terus dari atas bumbung ke angkasa lepas. Saya tidak dapat membantu tetapi mengeluarkan suara marah seorang 'pakcik' dan mengarahkan remaja itu bangun dari bermalasan di atas sofa supaya membasuhnya sendiri.

Dia begitu terkejut dengan perubahan saya yang biasanya bernada peramah, dan saya juga dapat merasa satu percubaan untuk mengingkari arahan saya sebelum dia melihat wajah saya yang garang. Dia begitu takut dan terus pergi untuk membasuh gelas itu. Dan saya tidak berlakon, tetapi benar-benar naik angin dengan sikapnya yang tidak bertimbang-rasa dengan manusia lain.

Sudah tentu sekali sepupu saya dan isterinya tidak gembira dengan hukuman saya kepada anak perempuan mereka. Apabila saya mengingatkan sepupu saya bahawa sudah 2:30 petang dan pembantu rumah itu masih belum makan tengahari dia membalas (dalam Hokkien): "Chee harng ay larng - ee larng ay yau choi chnea."

Tekanan darah saya sudah berada di angkasa lepas terus ke planet lain.

"Chee harng ay larng -ee larng ay yau choi chnea" diterjemahkan akan menjadi "Manusia jenis ini - mereka tahu bagaimana untuk mencari makanan".

Ta*k - Chee harng ay larng!

Itu adalah satu jenis perkauman dengan kekurangan pengakuan atau penerimaan bahawa pembantu rumah adalah manusia.

Saya merenungnya, menunjukkan kejutan dan kejijikan di atas kelakuannya seperti yang diluahkan oleh terma "Chee harng ay larng!".

Walau apa pun, saya tidak pernah kembali ke rumahnya, walaupun saya telah, dan masih dijemput pada beberapa kali. Si bodoh yang menyedihkan itu tidak menyedari kelakuannya yang dasyhat sekali sehinggakan dia juga bertanya kepada saudara-mara kami kenapa saya tidak mempedulikannya lagi.

Sesetengah orang tidak patut mempunyai pembantu rumah.

Diterjemah dari http://ktemoc.blogspot.com/

Wednesday, December 3, 2008

Kempen memporak perandakan politik Malaysia

BEBERAPA orang kawan Muslim Amerika bertanya apa yang terjadi dengan politik Malaysia. Mereka terkejut dengan politik Malaysia sejak akhir-akhir ini khususnya selepas pilihan raya umum Mac lalu.

Sebenarnya perkembangan politik Malaysia kini menjadi perhatian dunia khususnya negara-negara Islam. Mereka mempunyai pandangan yang tinggi terhadap Malaysia sebagai sebuah negara bermajoriti penduduk Islam moden dibandingkan dengan negara lain termasuk negara Timur Tengah yang kaya dengan hasil minyak.

Mereka menganggap Malaysia model kepada negara-negara Islam. Lantaran itu mereka harap Malaysia tidak terjerumus ke dalam konflik seperti mana yang sedang dialami oleh beberapa buah negara Islam seperti di benua kecil India, Afrika dan Timur Tengah. Begitu tingginya harapan mereka terhadap Malaysia.

Sebenarnya ramai rakyat luar yang mempunyai penghormatan tinggi terhadap Malaysia dan bukan sekadar orang Islam sahaja. Jangan terkejut kalau penduduk di sebuah perkampungan kecil di Afrika tahu mengenai Malaysia.

Namun rakyat Malaysia mempunyai pandangan yang berlainan terhadap negaranya sendiri. Kalau dibaca komen-komen dan tulisan di beberapa blog dan portal, Malaysia seolah-olah sebuah negara yang paling tidak selamat. Kerajaan mengamalkan pemerintahan diktator, pembersihan etnik dan dasar-dasar ekonomi hanya menguntungkan Melayu.

Melayu seolah-olah satu perkataan yang paling kotor. Meskipun Melayu salah satu komponen bumiputera tetapi nampaknya sengaja dipisahkan dengan kaum bumiputera lainnya. Seolah-olah wujud satu usaha untuk mengadu-dombakan kaum bumiputera melalui perbezaan agama. Apakah 'Perhimpunan Orang Asal' di Kuala Lumpur tidak lama dulu merupakan permulaan kepada satu pergeseran yang panjang.

Malahan ada pihak-pihak yang menghentam Melayu meskipun berselindung di sebalik perkataan UMNO. Ini untuk membuktikan bahawa mereka tidak menghentam Melayu keseluruhannya semata-mata untuk mengambil hati orang Melayu dalam Pas dan PKR atau orang Melayu yang dikira mempunyai pemikiran liberal dan anti-UMNO.

Ketegangan

Tidak syak lagi kempen-kempen seumpama ini boleh menimbulkan ketegangan antara kaum. Sekali gus membuktikan bahawa rakyat Malaysia masih belum bersedia untuk mempraktikkan dasar-dasar keterbukaan.

Oleh itu jangan marah kalau kerajaan dan ramai orang Melayu yang merasakan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) masih perlu. Provokasi-provokasi terhadap orang Melayu nampaknya melintasi sempadan agama dan lain-lain perkara yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan.

Perkara seumpama ini tidak berlaku pada masa lalu. Orang Islam menghormati adat resam dan agama bukan Islam dan begitulah sebaliknya. Pihak berkuasa agama Islam boleh mengeluarkan sebarang undang-undang atau fatwa sekiranya sesuatu perkara dikira bertentangan dengan Islam. Tidak terdengar bantahan daripada bukan Islam.

Begitu juga dengan isu bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan tindakan menggunakan pelbagai bahasa di tapak-tapak warisan dunia kononnya untuk tujuan memudahkan pelancong.

Bekas-bekas diplomat dan para diplomat kita yang masih bertugas di negara yang mempunyai tapak-tapak warisan tidak menemui papan-papan tanda jalan ataupun papan kenyataan ditulis dalam pelbagai bahasa di dunia (kalau sekarang sudah berubah tidak tahulah). Kalau ada pun cuma bahasa Inggeris (di negara-negara bahasa rasmi bukan bahasa Inggeris) untuk memudahkan pelancong di samping bahasa tempatan.

Kempen-kempen bersifat memburuk-burukkan imej negara dan menghilangkan kepercayaan Malaysia di mata dunia melalui tulisan-tulisan dan kenyataan-kenyataan negatif di dalam internet dibaca oleh rakyat negara-negara asing. Apatah lagi kalau tulisan tersebut ditulis dalam bahasa Inggeris.

Baru-baru ini penulis terbaca satu surat pembaca yang mendakwa orang Cina telah menjadi miskin, sementara Melayu pula dikatakan menjadi kaya raya.

Lalu penulis terbayang bangunan-bangunan dan gedung-gedung perniagaan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh dan lain-lain bandar besar Malaysia dipunyai oleh orang Melayu. Nama-nama gedung terpampang nama-nama syarikat dan korporat Melayu. Daripada senarai 40 orang terkaya di Malaysia lebih dua pertiga orang Melayu. Ini adalah mimpi penulis yang mungkin tidak akan menjadi kenyataan.

Dibandingkan dengan Martin Luther King Jr. mimpi beliau untuk melihat kaum kulit hitam mempunyai hak sama rata dengan rakyat kulit putih akhirnya tercapai dan kemuncaknya kemenangan Barack Hussein Obama dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) 4 November lalu.

Kalau kaum kulit hitam berjaya menjadi presiden 160 tahun selepas hamba abdi diharamkan, penulis tidak berani meneka berapa ratus tahun dari sekarang Melayu akan menguasai ekonomi. Mungkin tidak tercapai langsung. Mungkin akan hilang kesemuanya termasuk politik. Mungkin juga kita memerlukan mimpi seorang Martin Luther King Malaysia.

Sekarang tibalah masanya pemimpin-pemimpin politik dari segenap kaum mengendurkan ketegangan yang dikira telah mula tiba ke tahap bahaya. Mungkin para pemimpin menganggap bahawa apa yang berlaku sekarang hanya lakonan politik, tetapi mereka mesti sedar bahawa pemahaman politik di kalangan rakyat biasa adalah berlainan dengan para pemimpin. Mereka jujur dan tidak pandai bersandiwara.

Turun 10 sen lagi

Oleh ZULKIFLI JALIL

PUTRAJAYA 2 Dis. – Kerajaan hari ini menurunkan lagi harga petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini bagi membolehkan rakyat menikmati penurunan harga bahan api dunia yang turun secara ketara akhir-akhir ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan berkata, petrol RON97 diturunkan daripada RM2 kepada RM1.90 seliter manakala petrol RON92 dan diesel masing-masing daripada RM1.90 kepada RM1.80 seliter.

‘‘Oleh kerana harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhir-akhir ini, kerajaan telah membuat keputusan untuk sekali lagi mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya,” kata beliau.

Ini merupakan penurunan harga minyak kali keenam sejak Ogos lalu sejajar dengan penurunan harga bahan api itu di pasaran dunia.

Penurunan harga petrol dan diesel itu dibuat ketika harga minyak mentah di pasaran dunia hari ini berlegar pada kadar AS$47.64 (RM172.93) setong.

301108 DETIK BERSEJARAH

Perkahwinan Hjh Khalijah dan Hj Yusof, menyatukan dua keluarga besar kerana keduanya bertaraf datuk dan nenek, Hj Yusof mempunyai 30 orang cucu dan Hjh Khalijah mempunyai 8 cucu. Majlis berlangsung di Kg Aril, diraikan oleh keluarga dan sahabat handai. Sungguh meriah walaupun musim banjir tetapi tetap meriah, Majlis ini direstui dan diberkati, walaupun hari sebelumnya hujan lebat, tatapi hari ini tiada hujan dan cuaca redup yang menyamankan. Semoga berbahagia dan kekal sepanjang hayat.







Saturday, November 29, 2008

DAVE HILL HDR ( try )

Try buat edit cara dave hill, lama dah gok cari, jumpa tips drpd abe lie,masa g majlis harijadi miera ke satu tahun, semoga panjang umur dan sihat selaluh..


Masa bkeloh di pantai irama bachok kelate.

Wednesday, November 26, 2008

Apabila zina lebih mudah daripada kahwin

MINGGU depan adalah minggu terakhir saya sebagai Mufti Negeri Perlis. Tulisan hari ini adalah yang kedua sebelum yang terakhir pada minggu hadapan. Banyak perkara yang ingin saya kongsikan sepanjang tempoh dua tahun menjadi mufti. Namun, nampaknya saya terpaksa tangguhkan terlebih dahulu hasrat itu kerana buat penghabisan kali di atas jawatan ini saya ingin menyentuh kerenah perkahwinan dalam negara ini. Hal ini penting terutama menjelang musim cuti sekolah kerana ramai yang akan berkahwin.
Antara peruntuh nilai-nilai baik dalam kehidupan manusia hari ini adalah apabila dimudahkan yang haram dan disukarkan yang halal. Sedangkan Islam menyuruh kita membentuk suasana atau iklim kehidupan yang menyukarkan yang haram dan memudah yang halal. Itulah tanggungjawab pemerintah dan umat iaitu menegah yang makruf dan mencegah yang munkar. Menegak yang makruf itu adalah dengan cara menyuruh, memudah dan membantu ke arah tersebut. Sementara mencegah yang munkar adalah dengan cara menghalang, melarang dan menyukarkan jalan untuk sampai kepadanya. Namun, jika masyarakat hari ini menyusahkan yang halal dan menyenangkan yang haram, tanda kita begitu menjauhi ruh syariat Islam yang hakiki yang diturunkan oleh Allah SWT.
Antara perkara yang selalu disusahkan adalah urusan perkahwinan. Kesusahan membina rumah tangga itu kadang-kala bermula dari keluarga sehingga ‘ketidak fahaman’ tok kadi seterusnya pengurusan pejabat agama dan mahkamah syariah. Kerenah-kerenah yang pelbagai telah memangsakan hasrat pasangan untuk mendapat ‘nikmat seks’ secara halal. Lebih menyedihkan apabila kerenah-kerenah itu wujud disebabkan kepentingan-kepentingan luar yang bukan kepentingan pasangan secara langsung.
Umpamanya, urusan kenduri kahwin atau walimah telah dijadikan jambatan kesombongan ibu bapa atau keluarga sehingga ditangguh perkahwinan bagi memboleh kenduri besar-besaran dibuat demi menjaga taraf ‘jenama keluarga’. Sehingga ada pasangan yang terpaksa menunggu bertahun kerananya. Apatah jika keluarga membebankan semua belanja kepada bakal pengantin. Maka bakal pengantin terpaksa mengikat ‘nafsu seks’ hanya kerana hendak menjaga nafsu menunjuk-nunjuk keluarga. Walaupun kenduri kahwin itu disuruh, namun memadailah dengan kadar yang termampu. Tidak semestinya ‘ditumbangkan’ seekor lembu, atau dipanggil orang sekampung atau sebandar, atau dijemput semua rakan taulan. Seseorang mengadakannya dengan kadar kemampuannya, seperti sabda Nabi SAW: “Buatlah walimah walaupun sekadar seekor kambing” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dalam erti kata lain, jika hanya mampu kenduri laksa, atau bihun atau mi pun tidak mengapa, asalkan diadakan walimah. Apa yang penting perkahwinan yang halal telah dilunaskan. Janganlah macam orang dulu apabila anaknya sebut ingin berkahwin, bapanya akan bertanya: “Kau dah ada lembu ke nak buat kenduri?” Maka bertangguhlah hasrat si anak. Padahal bukan anaknya ingin berkahwin dengan lembu, dia ingin berkahwin dengan kekasihnya. Sepatutnya si bapa bertanya: “Kau dah ada pasangan ke?” Itulah soalan yang betul. Lembu tidak termasuk dalam Rukun Nikah. Apa yang lebih buruk apabila ada pihak yang menjadikan medan walimah sebagai pentas menunjuk-nunjuk kekayaan harta lalu hanya dijemput orang yang ‘berjenama’ dan ditinggalkan saudara-mara, kawan-rakan, jiran-tetangga yang tidak setaraf. Nabi SAW bersabda: “Seburuk makanan adalah makanan walimah yang dijemput orang kaya dan ditinggalkan orang miskin..” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Maka, menderitalah bakal suami-isteri disebabkan keangkuhan keluarga.

Kursus kahwin

Saya bukan antikursus kahwin. Amat baik kursus tersebut jika diuruskan dengan mantap dan betul. Dalam kursus tersebut boleh disampaikan maklumat hukum-hakam nikah yang disyariatkan Allah sehingga generasi muda dapat melihat betapa cantik dan indahnya Islam. Syariat Islam yang mudah dan penuh hikmat dapat diserap dalam pemikiran bakal pasangan, khususnya mereka yang masih muda. Agar mereka dapat menyelami kehebatan ajaran Islam ini. Maka kursus itu menjadi saluran dakwah penuh profesional, mantap, berkesan dalam jiwa dan penghayatan. Malangnya, kursus kahwin hari ini seakan projek lumayan untuk mengaut yuran peserta. Bukan sedikit saya terima laporan seluruh negara, penceramah kursus kahwin yang berunsur lucah, lawak bodoh serta menggambarkan Islam begitu menakut dan susah untuk difahami dan dihayati. Hukum-hakam diterangkan secara berbelit-belit dan menyerabutkan peserta. Maka, kita lihat walaupun yuran kursus nampaknya makin tinggi dan peserta semuanya diwajibkan berkursus, masalah keretakan rumah tangga bagi generasi baru semakin meningkat.
Saya juga amat tidak selesa melihat tok kadi yang selalu mendera pengantin agar mengulang-ulang lafaz terima (ijab) ketika akad nikah kononnya belum sah. Akad itu digambarkan begitu sulit dan susah sehingga seseorang menjadi terketar-ketar untuk menyebutnya. Diatur ayat lafaz akad itu dengan begitu skima sehingga pengantin kesejukan untuk menghafalnya. Padahal akad nikah hanyalah bagi menggambar persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yang sah. Apa-apa sahaja lafaz yang membawa maksud kepada tujuan tersebut maka ia sah. Jika bapa bakal isteri menyebut ‘saya nikahkan saudara dengan anak saya Fatimah”, lalu bakal suami menjawab: “saya terima, atau saya bersetuju” atau mungkin ditambah “saya terima nikahnya” atau “saya bersetuju bernikah dengannya” seperti yang diminta oleh sesetengah sarjana dalam Mazhab al-Syafi‘i, maka sahlah ijab dan kabul tersebut. Tidak disyaratkan mesti satu nafas atau dua nafas atau berjabat tangan atau menyusun ayat dalam bahasa sanskrit lama atau ayat tok kadi yang digunakan sebelum merdeka. Sehinggakan sarjana fiqah semasa Dr. Abd al-Karim Zaidan dalam karya al-Mufassal fi Ahkam al-Marah wa al-Bait al-Muslim menyebut: “Jika seseorang lelaki berkata kepada lelaki yang lain: “Nikahkan saya dengan anak perempuan awak”, lalu si bapa itu menjawab: “Aku nikahkan engkau”. Atau si bapa berkata kepada bakal suami: “bernikahlah dengan anak perempuanku”. Lalu bakal suami menjawab: “aku nikahinya”. Kedua contoh di atas adalah sah nikah berdasarkan apa yang disebutkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim: Sesungguhnya seorang Arab Badawi telah meminang wanita yang telah mempelawa dirinya untuk Nabi SAW (ingin berkahwin dengan Nabi SAW), Arab Badawi itu berkata:“Nikahilah dia denganku”. Jawab Nabi SAW: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan al-Quran yang ada bersamamu”. (al-Mufassal, 6/87, Beirut: Muassasah al-Risalah). Bahkan dalam Sahih al-Bukhari ada bab yang al-Imam al-Bukhari letakkan ia berbunyi: Bab Iza Qala al-Khatib li al-Wali Zawwijni Fulanah, faqala qad Zauwajtuka bi Kaza wa Kaza, Jaza al-Nikah Wa In Lam Yaqul li al-Zauj Aradita au Qabilta, maksudnya: Bab Apabila Lelaki Yang Meminang Berkata Kepada Wali Perempuan: “Kahwinilah aku dengan wanita berkenaan”, lalu dia menjawab: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan sekian dan sekian, maka sah nikahnya walaupun tidak ditanya si suami apakah engkau setuju, atau terima”. Inilah kesimpulan yang dibuat oleh al-Imam al-Bukhari berdasarkan hadis-hadis dalam bab nikah yang diteliti olehnya. Apa yang penting proses ijab dan kabul amatlah mudah. Ia adalah lafaz yang difahami oleh kedua belah pihak serta dua saksi yang menjelaskan kehendak dan persetujuan untuk berkahwin atau menjadi suami dan isteri. Apabila proses itu berlaku maka ia sah. Tidak pernah ada dalil yang menyatakan mestilah satu nafas, atau tidak terputus nafas seperti diada-adakan oleh sesetengah pihak. Paling tinggi yang boleh kita kata adalah tidak boleh ada ruang yang menyebabkan salah satu pihak mengelirukan atau dikelirukan dalam menyatakan persetujuan nikah. Justeru itu Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h (meninggal 728H) menyebut: “Nikah itu terlaksana (sah) dengan apa sahaja yang dihitung oleh orang ramai sebagai nikah; dalam apa bahasa, atau lafaz atau perbuatan”. (petikan Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah, 2/355). Apa yang ingin saya jelaskan betapa proses ijab kabul itu begitu mudah dan senang. Memadai jika bakal suami menjawab: “Aku terima nikahnya”. Tidak timbul terpaksa berulang kali seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak membuli pengantin. Jika jawapan yang diperlukan begitu ringkas dan jelas, dan pengantin pun telah melakukannya, mengapa pula ada tok kadi yang sengaja bertanya hadirin: Perlu ulang ke? Lalu mereka pun dengan sukanya menyebut beramai-ramai ‘sekali lagi!, sekali lagi! Ini adalah permainan buli yang cuba dicampur aduk dengan hukum syarak.

Berkahwin

Setelah berkahwin, rumah tangga yang dibina seperti yang diajar oleh Islam hendaklah menjadi syurga, bukan neraka. Jika perkahwinan tidak dapat membawa kebahgiaan, insan tidak disuruh memperjudikan hidup keseluruhan kerana isteri atau suaminya. Walaupun talak itu bukan perbuatan yang baik, namun ia dibenarkan jika terpaksa. Insan mempunyai matlamat hidup, bukan sekadar untuk bertungkus lumus kerana masalah seorang lelaki atau wanita. Maka Islam mengajar cara-cara yang berbagai-bagai demi menyelamatkan rumah tangga dari talak. Jika gagal, Islam juga mengajar talak untuk mengelakkan kezaliman berlaku antara salah satu pihak; suami atau isteri. Firman Allah: (maksudnya) “Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan tujuan memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menzalimi dirinya sendiri. Dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan). Dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu iaitu Kitab (Al-Quran) dan hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” (Surah al-Baqarah, ayat 231).
Jika penerusan perkahwinan hanya memberi mudarat kepada pasangan, maka talak itu disuruh oleh al-Quran. Malanglah kaum wanita yang sepatutnya telah dikeluarkan oleh al-Quran dari kezaliman atau kemudaratan si suami, tiba-tiba terjatuh dalam kezaliman batin akibat proses birokrasi mahkamah yang bernama syariah. Maka, wanita hari ini ada yang terseksa batinnya kerana menunggu proses mahkamah yang kadang-kala memakan masa bertahun-tahun. Bagaimana mungkin isteri yang sudah tujuh lapan tahun suaminya tidak mengambil tahu soal nafkah zahir dan batin tetap disahkan oleh mahkamah bahawa dia masih suami sekalipun isteri berulang meminta dipisahkan. Kata Dr. Karim ‘Abd al-Karim Zaidan: “Jika suami gagal menunaikan nafkah untuk isteri, kadi memisah antara mereka jika isteri memilih untuk berpisah...Hal ini diriwayatkan dari sejumlah para sahabat dan tabi‘in” (al-Mufassal, 7/217). Beliau juga memetik apa yang disebut oleh al-Dardir dalam al-Syarh al-Kabir: “Bagi isteri boleh menuntut dipisahkan dari suami disebabkan mudarat yang dilakukannya; iaitu apa yang tidak diizinkan oleh syarak untuk dia buat seperti meninggalkan isteri atau memukulnya tanpa sebab dibenarkan syarak. Atau memaki dia atau bapanya seperti menyebut: Wahai anak anjing, atau wahai anak kafir! Atau wahai anak orang yang dilaknat”. Dr Zaidan seterusnya memetik apa yang disebut oleh al-Imam Ibn Taimiyyah: “Maka dianggap memberi mudarat kepada isteri yang boleh dipisah (fasakh) apabila suami meninggalkan persetubuhan dalam apa keadaan sekalipun. Sama ada suami sengaja atau tidak sengaja”. (Ibid 8/439). Semua perbahasan yang begitu banyak boleh didapati dalam khazanah Islam itu menggambarkan rumah tangga untuk kebahagiaan hidup insan bukan untuk kedukaan mereka. Jika rumah tangga itu mengundang kedukaan, insan diberi peluang keluar oleh syarak untuk keluar dari daerah itu dengan segera. Malanglah, jika pintu keluar itu dihalang oleh kerenah birokrasi mahkamah. Hakim barangkali ringan lidahnya menyebut: “Kita tangguhkan perbicaraan kerana suami tidak hadir” sedangkan kesan jiwa begitu besar dan berat ditanggung oleh isteri.
Sebenarnya dalam Islam, jalan kepada halal dan kebahagiaan dibuka dengan begitu luas dan mudah. Dukacita, jika atas nama agama kita menyusahkan jalan yang halal dan dalam masa yang sama ada pula pihak-pihak lain yang memudahkan jalan yang haram. Perlaksanaan agama hendaklah bukan sahaja mendakwa adil, tetapi hendaklah juga kelihatan adil.

TUAN GHAZALI & CHE NORA 251108

Memang sama padan, Alim pemalu sikit depan orang, bekang tak ataulah, agak susah jugak nak memposing diaorang berdua nih, puas mengeluh Alim, dia tak berapa suka agaknya, segan mungkin..tapi memang segak bergaya dan comel lote kedua nih..

Dia apit orang tua keduanya, restu orang tua memang perlu, lagipun dia diketemukan oleh orang tuanya..memang berkat sampai anak cucu, hingga hujung nya harapannya..amin.

Zaman canggih sekarang ni, memang tak asing lagi jurugambar pro dan amatur, tengok tuh, yang comel lote pun tak lepas peluang merakam gambar pengantin...




Kedatangan pengantin lelaki Alim dijemput oleh Nora di halaman rumah, dengan wajah berseri2 setelah menunggu sekian lama, kawasan rumah NOra dikelilingi dengan pokok yang menyegarkan mata memandang, kalau pandang arah tepi rumahnya nampak bukit bukau , alam semulajadi yang masih belum diterokai, masih segarrrr.



Majlis perkahwinan Nora dan ghzali ( Halim ) ni memang meriah sekali, walaupun musim tengkujuh, pasangan raja sehari ini memang bernasib baik, mungkin dia ada buat perkiraan tarikh yang sesuai untuk majlis mereka, cuaca hari ini memang baik dan mengizinkan tetamu datang dengan tak berhenti, sehinggakan lauk pauk licin, sehingga petang pun masih ramai lagi rakan taulan datang. Mak pengantin memang tak menyangka majlis ini berjalan dalam keadaan cuaca baik, dan sangat berdebar sekali takut banjir melanda, alhamdulillah berjalan lancar, semua tetamu jauh dan dekat hadir. Majlis kesyukuran sambil naik rumah baru katanya.