Tuesday, October 14, 2008

KUBUR BERKATA SEWAKTU JENAZAH FATIMAH AZ-ZAHRA HENDAK DIKEBUMIKAN.

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya
telah diusung oleh 4 orang, antara :-

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)

2. Hasan (anak Fatima r.a)

3. Husin (anak Faimah r.a)

4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin
Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah
siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah
Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah S.A.W." Maka berkata kubur, "Aku
bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun
aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan
selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak
akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari
siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya

2. Hendaklah dia bersedekah

3. Hendaklah dia membaca al-Qur'an

4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan
memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan
melapangkannya.


Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta

2. Jangan mengkhianat

3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)

4. Jangan kencing sambil berdiri

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari
kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari
kencing."

Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam
kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya
sangat dekat dengan Allah. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah
orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau
sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah
dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap
soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara
kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang
jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalan yang akan
dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka
mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk
menjawabnya."

Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan
dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya
sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca
al-Qur'an, maka al-Qur'an itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.


Wallahua'lam. Yang baik dari Allah dan yang silap dari saya sendiri sebagai
hambaNya yang lemah.

Terima kasih kerana mengingati saya dan rakan2 yang mungkin lalai.

No comments: