Thursday, October 9, 2008

PAK LAH

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

Seperti yang dijangka, Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan keputusannya untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti Mac depan.

Ini bermakna Abdullah tidak akan menawarkan diri menjadi presiden parti itu bagi penggal seterusnya meskipun ada usaha oleh pihak tertentu sehingga di saat-saat akhir, agar beliau bertanding.

Pendiriannya itu membuktikan beliau komited kepada pelan peralihan kuasa kepada timbalannya, Najib Tun Razak pada Mac ini.

Ternyata Perdana Menteri meletakkan kepentingan parti dan negara mengatasi kepentingan diri.

Dengan segala kelebihan sebagai Perdana Menteri, beliau boleh ‘berperang’ untuk mengekalkan kedudukan tetapi memilih jalan yang terpuji dan harmoni.

Awang melihat ini sebagai pengorbanan Abdullah – seorang lagi negarawan kita.

Sesungguhnya kita harus bersyukur kerana Malaysia mempunyai rekod dan tradisi cemerlang dalam peralihan kepimpinan negara sejak merdeka lagi.

Awang berharap dengan pengumuman tersebut, ia juga dapat meredakan suhu politik terutama dalam UMNO yang akan mengadakan mesyuarat dan pemilihan peringkat bahagian mulai esok.

Awang – Jawatan bukan segalanya.

No comments: