Saturday, November 29, 2008

DAVE HILL HDR ( try )

Try buat edit cara dave hill, lama dah gok cari, jumpa tips drpd abe lie,masa g majlis harijadi miera ke satu tahun, semoga panjang umur dan sihat selaluh..


Masa bkeloh di pantai irama bachok kelate.

Wednesday, November 26, 2008

Apabila zina lebih mudah daripada kahwin

MINGGU depan adalah minggu terakhir saya sebagai Mufti Negeri Perlis. Tulisan hari ini adalah yang kedua sebelum yang terakhir pada minggu hadapan. Banyak perkara yang ingin saya kongsikan sepanjang tempoh dua tahun menjadi mufti. Namun, nampaknya saya terpaksa tangguhkan terlebih dahulu hasrat itu kerana buat penghabisan kali di atas jawatan ini saya ingin menyentuh kerenah perkahwinan dalam negara ini. Hal ini penting terutama menjelang musim cuti sekolah kerana ramai yang akan berkahwin.
Antara peruntuh nilai-nilai baik dalam kehidupan manusia hari ini adalah apabila dimudahkan yang haram dan disukarkan yang halal. Sedangkan Islam menyuruh kita membentuk suasana atau iklim kehidupan yang menyukarkan yang haram dan memudah yang halal. Itulah tanggungjawab pemerintah dan umat iaitu menegah yang makruf dan mencegah yang munkar. Menegak yang makruf itu adalah dengan cara menyuruh, memudah dan membantu ke arah tersebut. Sementara mencegah yang munkar adalah dengan cara menghalang, melarang dan menyukarkan jalan untuk sampai kepadanya. Namun, jika masyarakat hari ini menyusahkan yang halal dan menyenangkan yang haram, tanda kita begitu menjauhi ruh syariat Islam yang hakiki yang diturunkan oleh Allah SWT.
Antara perkara yang selalu disusahkan adalah urusan perkahwinan. Kesusahan membina rumah tangga itu kadang-kala bermula dari keluarga sehingga ‘ketidak fahaman’ tok kadi seterusnya pengurusan pejabat agama dan mahkamah syariah. Kerenah-kerenah yang pelbagai telah memangsakan hasrat pasangan untuk mendapat ‘nikmat seks’ secara halal. Lebih menyedihkan apabila kerenah-kerenah itu wujud disebabkan kepentingan-kepentingan luar yang bukan kepentingan pasangan secara langsung.
Umpamanya, urusan kenduri kahwin atau walimah telah dijadikan jambatan kesombongan ibu bapa atau keluarga sehingga ditangguh perkahwinan bagi memboleh kenduri besar-besaran dibuat demi menjaga taraf ‘jenama keluarga’. Sehingga ada pasangan yang terpaksa menunggu bertahun kerananya. Apatah jika keluarga membebankan semua belanja kepada bakal pengantin. Maka bakal pengantin terpaksa mengikat ‘nafsu seks’ hanya kerana hendak menjaga nafsu menunjuk-nunjuk keluarga. Walaupun kenduri kahwin itu disuruh, namun memadailah dengan kadar yang termampu. Tidak semestinya ‘ditumbangkan’ seekor lembu, atau dipanggil orang sekampung atau sebandar, atau dijemput semua rakan taulan. Seseorang mengadakannya dengan kadar kemampuannya, seperti sabda Nabi SAW: “Buatlah walimah walaupun sekadar seekor kambing” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dalam erti kata lain, jika hanya mampu kenduri laksa, atau bihun atau mi pun tidak mengapa, asalkan diadakan walimah. Apa yang penting perkahwinan yang halal telah dilunaskan. Janganlah macam orang dulu apabila anaknya sebut ingin berkahwin, bapanya akan bertanya: “Kau dah ada lembu ke nak buat kenduri?” Maka bertangguhlah hasrat si anak. Padahal bukan anaknya ingin berkahwin dengan lembu, dia ingin berkahwin dengan kekasihnya. Sepatutnya si bapa bertanya: “Kau dah ada pasangan ke?” Itulah soalan yang betul. Lembu tidak termasuk dalam Rukun Nikah. Apa yang lebih buruk apabila ada pihak yang menjadikan medan walimah sebagai pentas menunjuk-nunjuk kekayaan harta lalu hanya dijemput orang yang ‘berjenama’ dan ditinggalkan saudara-mara, kawan-rakan, jiran-tetangga yang tidak setaraf. Nabi SAW bersabda: “Seburuk makanan adalah makanan walimah yang dijemput orang kaya dan ditinggalkan orang miskin..” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Maka, menderitalah bakal suami-isteri disebabkan keangkuhan keluarga.

Kursus kahwin

Saya bukan antikursus kahwin. Amat baik kursus tersebut jika diuruskan dengan mantap dan betul. Dalam kursus tersebut boleh disampaikan maklumat hukum-hakam nikah yang disyariatkan Allah sehingga generasi muda dapat melihat betapa cantik dan indahnya Islam. Syariat Islam yang mudah dan penuh hikmat dapat diserap dalam pemikiran bakal pasangan, khususnya mereka yang masih muda. Agar mereka dapat menyelami kehebatan ajaran Islam ini. Maka kursus itu menjadi saluran dakwah penuh profesional, mantap, berkesan dalam jiwa dan penghayatan. Malangnya, kursus kahwin hari ini seakan projek lumayan untuk mengaut yuran peserta. Bukan sedikit saya terima laporan seluruh negara, penceramah kursus kahwin yang berunsur lucah, lawak bodoh serta menggambarkan Islam begitu menakut dan susah untuk difahami dan dihayati. Hukum-hakam diterangkan secara berbelit-belit dan menyerabutkan peserta. Maka, kita lihat walaupun yuran kursus nampaknya makin tinggi dan peserta semuanya diwajibkan berkursus, masalah keretakan rumah tangga bagi generasi baru semakin meningkat.
Saya juga amat tidak selesa melihat tok kadi yang selalu mendera pengantin agar mengulang-ulang lafaz terima (ijab) ketika akad nikah kononnya belum sah. Akad itu digambarkan begitu sulit dan susah sehingga seseorang menjadi terketar-ketar untuk menyebutnya. Diatur ayat lafaz akad itu dengan begitu skima sehingga pengantin kesejukan untuk menghafalnya. Padahal akad nikah hanyalah bagi menggambar persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yang sah. Apa-apa sahaja lafaz yang membawa maksud kepada tujuan tersebut maka ia sah. Jika bapa bakal isteri menyebut ‘saya nikahkan saudara dengan anak saya Fatimah”, lalu bakal suami menjawab: “saya terima, atau saya bersetuju” atau mungkin ditambah “saya terima nikahnya” atau “saya bersetuju bernikah dengannya” seperti yang diminta oleh sesetengah sarjana dalam Mazhab al-Syafi‘i, maka sahlah ijab dan kabul tersebut. Tidak disyaratkan mesti satu nafas atau dua nafas atau berjabat tangan atau menyusun ayat dalam bahasa sanskrit lama atau ayat tok kadi yang digunakan sebelum merdeka. Sehinggakan sarjana fiqah semasa Dr. Abd al-Karim Zaidan dalam karya al-Mufassal fi Ahkam al-Marah wa al-Bait al-Muslim menyebut: “Jika seseorang lelaki berkata kepada lelaki yang lain: “Nikahkan saya dengan anak perempuan awak”, lalu si bapa itu menjawab: “Aku nikahkan engkau”. Atau si bapa berkata kepada bakal suami: “bernikahlah dengan anak perempuanku”. Lalu bakal suami menjawab: “aku nikahinya”. Kedua contoh di atas adalah sah nikah berdasarkan apa yang disebutkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim: Sesungguhnya seorang Arab Badawi telah meminang wanita yang telah mempelawa dirinya untuk Nabi SAW (ingin berkahwin dengan Nabi SAW), Arab Badawi itu berkata:“Nikahilah dia denganku”. Jawab Nabi SAW: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan al-Quran yang ada bersamamu”. (al-Mufassal, 6/87, Beirut: Muassasah al-Risalah). Bahkan dalam Sahih al-Bukhari ada bab yang al-Imam al-Bukhari letakkan ia berbunyi: Bab Iza Qala al-Khatib li al-Wali Zawwijni Fulanah, faqala qad Zauwajtuka bi Kaza wa Kaza, Jaza al-Nikah Wa In Lam Yaqul li al-Zauj Aradita au Qabilta, maksudnya: Bab Apabila Lelaki Yang Meminang Berkata Kepada Wali Perempuan: “Kahwinilah aku dengan wanita berkenaan”, lalu dia menjawab: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan sekian dan sekian, maka sah nikahnya walaupun tidak ditanya si suami apakah engkau setuju, atau terima”. Inilah kesimpulan yang dibuat oleh al-Imam al-Bukhari berdasarkan hadis-hadis dalam bab nikah yang diteliti olehnya. Apa yang penting proses ijab dan kabul amatlah mudah. Ia adalah lafaz yang difahami oleh kedua belah pihak serta dua saksi yang menjelaskan kehendak dan persetujuan untuk berkahwin atau menjadi suami dan isteri. Apabila proses itu berlaku maka ia sah. Tidak pernah ada dalil yang menyatakan mestilah satu nafas, atau tidak terputus nafas seperti diada-adakan oleh sesetengah pihak. Paling tinggi yang boleh kita kata adalah tidak boleh ada ruang yang menyebabkan salah satu pihak mengelirukan atau dikelirukan dalam menyatakan persetujuan nikah. Justeru itu Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h (meninggal 728H) menyebut: “Nikah itu terlaksana (sah) dengan apa sahaja yang dihitung oleh orang ramai sebagai nikah; dalam apa bahasa, atau lafaz atau perbuatan”. (petikan Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah, 2/355). Apa yang ingin saya jelaskan betapa proses ijab kabul itu begitu mudah dan senang. Memadai jika bakal suami menjawab: “Aku terima nikahnya”. Tidak timbul terpaksa berulang kali seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak membuli pengantin. Jika jawapan yang diperlukan begitu ringkas dan jelas, dan pengantin pun telah melakukannya, mengapa pula ada tok kadi yang sengaja bertanya hadirin: Perlu ulang ke? Lalu mereka pun dengan sukanya menyebut beramai-ramai ‘sekali lagi!, sekali lagi! Ini adalah permainan buli yang cuba dicampur aduk dengan hukum syarak.

Berkahwin

Setelah berkahwin, rumah tangga yang dibina seperti yang diajar oleh Islam hendaklah menjadi syurga, bukan neraka. Jika perkahwinan tidak dapat membawa kebahgiaan, insan tidak disuruh memperjudikan hidup keseluruhan kerana isteri atau suaminya. Walaupun talak itu bukan perbuatan yang baik, namun ia dibenarkan jika terpaksa. Insan mempunyai matlamat hidup, bukan sekadar untuk bertungkus lumus kerana masalah seorang lelaki atau wanita. Maka Islam mengajar cara-cara yang berbagai-bagai demi menyelamatkan rumah tangga dari talak. Jika gagal, Islam juga mengajar talak untuk mengelakkan kezaliman berlaku antara salah satu pihak; suami atau isteri. Firman Allah: (maksudnya) “Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan tujuan memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menzalimi dirinya sendiri. Dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan). Dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu iaitu Kitab (Al-Quran) dan hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” (Surah al-Baqarah, ayat 231).
Jika penerusan perkahwinan hanya memberi mudarat kepada pasangan, maka talak itu disuruh oleh al-Quran. Malanglah kaum wanita yang sepatutnya telah dikeluarkan oleh al-Quran dari kezaliman atau kemudaratan si suami, tiba-tiba terjatuh dalam kezaliman batin akibat proses birokrasi mahkamah yang bernama syariah. Maka, wanita hari ini ada yang terseksa batinnya kerana menunggu proses mahkamah yang kadang-kala memakan masa bertahun-tahun. Bagaimana mungkin isteri yang sudah tujuh lapan tahun suaminya tidak mengambil tahu soal nafkah zahir dan batin tetap disahkan oleh mahkamah bahawa dia masih suami sekalipun isteri berulang meminta dipisahkan. Kata Dr. Karim ‘Abd al-Karim Zaidan: “Jika suami gagal menunaikan nafkah untuk isteri, kadi memisah antara mereka jika isteri memilih untuk berpisah...Hal ini diriwayatkan dari sejumlah para sahabat dan tabi‘in” (al-Mufassal, 7/217). Beliau juga memetik apa yang disebut oleh al-Dardir dalam al-Syarh al-Kabir: “Bagi isteri boleh menuntut dipisahkan dari suami disebabkan mudarat yang dilakukannya; iaitu apa yang tidak diizinkan oleh syarak untuk dia buat seperti meninggalkan isteri atau memukulnya tanpa sebab dibenarkan syarak. Atau memaki dia atau bapanya seperti menyebut: Wahai anak anjing, atau wahai anak kafir! Atau wahai anak orang yang dilaknat”. Dr Zaidan seterusnya memetik apa yang disebut oleh al-Imam Ibn Taimiyyah: “Maka dianggap memberi mudarat kepada isteri yang boleh dipisah (fasakh) apabila suami meninggalkan persetubuhan dalam apa keadaan sekalipun. Sama ada suami sengaja atau tidak sengaja”. (Ibid 8/439). Semua perbahasan yang begitu banyak boleh didapati dalam khazanah Islam itu menggambarkan rumah tangga untuk kebahagiaan hidup insan bukan untuk kedukaan mereka. Jika rumah tangga itu mengundang kedukaan, insan diberi peluang keluar oleh syarak untuk keluar dari daerah itu dengan segera. Malanglah, jika pintu keluar itu dihalang oleh kerenah birokrasi mahkamah. Hakim barangkali ringan lidahnya menyebut: “Kita tangguhkan perbicaraan kerana suami tidak hadir” sedangkan kesan jiwa begitu besar dan berat ditanggung oleh isteri.
Sebenarnya dalam Islam, jalan kepada halal dan kebahagiaan dibuka dengan begitu luas dan mudah. Dukacita, jika atas nama agama kita menyusahkan jalan yang halal dan dalam masa yang sama ada pula pihak-pihak lain yang memudahkan jalan yang haram. Perlaksanaan agama hendaklah bukan sahaja mendakwa adil, tetapi hendaklah juga kelihatan adil.

TUAN GHAZALI & CHE NORA 251108

Memang sama padan, Alim pemalu sikit depan orang, bekang tak ataulah, agak susah jugak nak memposing diaorang berdua nih, puas mengeluh Alim, dia tak berapa suka agaknya, segan mungkin..tapi memang segak bergaya dan comel lote kedua nih..

Dia apit orang tua keduanya, restu orang tua memang perlu, lagipun dia diketemukan oleh orang tuanya..memang berkat sampai anak cucu, hingga hujung nya harapannya..amin.

Zaman canggih sekarang ni, memang tak asing lagi jurugambar pro dan amatur, tengok tuh, yang comel lote pun tak lepas peluang merakam gambar pengantin...




Kedatangan pengantin lelaki Alim dijemput oleh Nora di halaman rumah, dengan wajah berseri2 setelah menunggu sekian lama, kawasan rumah NOra dikelilingi dengan pokok yang menyegarkan mata memandang, kalau pandang arah tepi rumahnya nampak bukit bukau , alam semulajadi yang masih belum diterokai, masih segarrrr.



Majlis perkahwinan Nora dan ghzali ( Halim ) ni memang meriah sekali, walaupun musim tengkujuh, pasangan raja sehari ini memang bernasib baik, mungkin dia ada buat perkiraan tarikh yang sesuai untuk majlis mereka, cuaca hari ini memang baik dan mengizinkan tetamu datang dengan tak berhenti, sehinggakan lauk pauk licin, sehingga petang pun masih ramai lagi rakan taulan datang. Mak pengantin memang tak menyangka majlis ini berjalan dalam keadaan cuaca baik, dan sangat berdebar sekali takut banjir melanda, alhamdulillah berjalan lancar, semua tetamu jauh dan dekat hadir. Majlis kesyukuran sambil naik rumah baru katanya.

Monday, November 24, 2008

RIDZUAN & SAMSIAH 201108


Orang kelate kato, kalu belarok dalam bah, pengantin ni masa makan suka tambah budu, he hee


Pemandangan yang cantik sekali, dari dalam bilik pengantin kelihatan sungai yang mengalir, sungai yang bersambung dengan pulau melaka, boleh nampak gerentak pua melaka kalu duk bawah tuh, pokok nipah dan tebing pasir macam tepi pantai, rugi sungguh, kalau tak hujan mesti comel posing kat situ. Pengantin boleh memancing dari dalam rumah je, seronok betui, rehat sambil mancing,tuan rumah kata kalau hujan lebat pun air tak naik kat sini, boleh tengok air bah...seronok sejukkk

Raikan cinta bersama

ini bukan udang yang di pancing belakang rumah, tapi masa bergambar ada yang bawak naik udang yang baru mereka pancing, besar jugak, nampok budak dok wat main tuh, best

Zahini

Zarizi

Muhammad Uzaini Zahini 100%

Muhammad Uzaini Zarizi 100%




Memang manis muka EG macam orang tino belako, huh iras kajol, hindustan nih.

Tuesday, November 18, 2008

Minyak Turun 15 sen lagi

Oleh HELMI MOHD. FOAD
PUTRAJAYA 17 Nov. – Kerajaan hari ini menurunkan lagi harga minyak sebanyak 15 sen berkuat kuasa esok, kali kelima sejak Ogos lalu sejajar dengan penurunan harga bahan api itu di pasaran dunia.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan penurunan itu berkata, petrol RON97 turun daripada RM2.15 kepada RM2 seliter manakala RON92 dan diesel masing-masing daripada RM2.05 kepada RM1.90 seliter.
Serentak itu, beliau meminta para peniaga mengambil langkah untuk terus mengurangkan harga barang selaras dengan penurunan harga minyak supaya orang ramai mendapat manfaat sepenuhnya.
‘‘Saya ingin memaklumkan bahawa pihak kerajaan telah mengambil keputusan untuk mengurangkan lagi harga runcit petrol dan diesel sejajar dengan penurunan harga minyak dunia yang berterusan.
‘‘Ini merupakan penurunan yang kelima sejak Ogos 2008, sebagaimana janji kerajaan untuk menurunkan harga jika ada penurunan dalam pasaran dunia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Penurunan harga petrol dan diesel itu dibuat ketika harga minyak mentah di pasaran dunia hari ini berlegar pada kadar AS$55.85 (RM195).
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan turut berharap para pengguna akan terus mengamalkan sikap berhemah dalam penggunaan petrol dan diesel walaupun harga bahan bakar itu telah turun.
‘‘Ini selaras dengan hasrat kita memastikan penggunaan tenaga yang efisien,” katanya.
Harga minyak petrol dan diesel telah mengalami kenaikan tertinggi pada Jun lalu apabila kerajaan menaikkan harga runcit petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter ketika harga minyak mentah dunia meningkat sekitar AS$125 setong.
Bagaimanapun, dua bulan kemudian iaitu pada 23 Ogos, kerajaan menurunkan harga runcit petrol RON97 sebanyak 15 sen menjadikannya RM2.55 seliter, ketika kadar inflasi bagi bulan Ogos meningkat kepada 8.5 peratus, manakala diesel sebanyak lapan sen menjadikannya RM2.50 seliter.
Pada 24 September lalu, kerajaan sekali lagi mengumumkan harga runcit petrol RON97 dan RON92 dikurangkan 10 sen iaitu masing-masing daripada RM2.55 seliter kepada RM2.45 seliter dan RM2.40 seliter kepada RM2.30 seliter.
Pada 14 Oktober pula, kerajaan menurunkan harga runcit petrol sebanyak 15 sen dan 20 sen bagi diesel ketika harga minyak mentah dunia berlegar sekitar AS$77 setong.
Terakhir, kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 15 sen pada hujung bulan lalu, menjadikan harga runcit dua bahan api itu masing-masing pada kadar RM2.15 dan RM2.05 seliter.

'Anak dara' paling tua Britain

Susunan Nurul Adlina Kamaludin

Clara Meadmore dakwa perawan punca usia cecah 105 tahun

RAHSIA umur panjang sering dikaitkan dengan pemakanan yang baik, menjaga kesihatan badan serta faktor genetik. Namun seorang wanita Britain mendakwa rahsia usianya mampu mencecah 105 tahun disebabkan dirinya yang masih perawan!

Inilah kisah pelik tapi benar mengenai status diri Clara Meadmore yang diisytiharkan sebagai anak dara paling tua di Britain setakat ini. Malah, Meadmore yang berasal dari Truro, Cornwall dan baru menyambut hari jadinya yang ke 105 tahun Sabtu lalu, mendakwa tindakannya menjauhi hubungan seks sebagai punca utama usia lanjutnya.

Alasannya - jadual dirinya yang terlalu sibuk selain menganggap hubungan intim dan seterusnya berasmara sebagai sesuatu yang 'melecehkan.'

Lebih pelik, Meadmore yang pernah beberapa kali menolak lamaran, juga tidak pernah menyesal, sebaliknya berbangga menjadi perawan biarpun dirinya kini di ambang hari-hari terakhir kehidupannya.

"Ramai yang bertanya sebab. Tidak kurang menuduh saya tidak siuman atau sukakan teman sejantina. Tapi itu cuma tuduhan liar semata-mata. Hakikatnya, saya tidak pernah berminat atau mengagumi hubungan seks.
"Sudahlah tidak minat, untuk berkawan rapat atau berkasih dengan lelaki juga saya tidak pernah endah. Ini kerana saya menganggap hubungan intim itu melecehkan," kata Meadmore dalam laporan yang mendapat liputan meluas beberapa media tempatan dan antarabangsa, baru-baru ini.

Tanyalah apa saja dengan wanita yang masih kuat daya ingatannya biarpun sudah lanjut usia. Tragedi Titanic dan tercetusnya Perang Dunia Pertama adalah antara perkara yang masih melekat dalam pemikirannya.

Sudah pasti, persoalan khusus status diri yang sudah semestinya lebih diketahui.

"Saya seolah-olah tahu yang saya akan terus menjadi bujang ketika berusia 12 tahun lagi. Pada usia muda, cuma satu perkara yang saya fikirkan iaitu untuk mencari rezeki membantu keluarga.
"Pada tahun 1920-an dan 1930-an, sesiapa yang mahukan seks perlu berkahwin. Itu yang menjadi halangan kerana saya tidak berminat berkahwin ketika itu. Dan nampaknya, itulah nasib saya sehingga ke hari ini," katanya yang sebelum ini bekerja sebagai setiausaha untuk menampung kehidupannya.

"Tidak kurang pertanyaan serta suara sumbang yang menyoal, apakah saya tidak menyesal untuk tidak merasakan langsung kehidupan berdua, disayangi dan menyintai. Jawapannya, tidak. Saya bangga dan tidak menyesal kerana tidak merasai nikmati berkasih sayang mahu berkahwin kerana inilah jalan yang saya pilih.”

Baginya, perhubungan mesra itu memerlukan masa dan tenaga - sesuatu yang tidak pernah diutamakan ketika masih bergelar gadis.

"Saya tidak pernah mempunyai teman lelaki kerana tidak menganggapnya satu keperluan utama. Bagi saya, sebagai remaja pada era 1920-an, persepsinya adalah kita hanya mengadakan hubungan seks dengan suami. Bagaimana saya mahu menikmatinya jika tidak pernah berteman lelaki atau pun berkahwin!"

Meadmore, dilahirkan di Glasgow pada 1903, kira-kira dua tahun selepas kematian Ratu Victoria, mengakui tindakannya menjauhi seks tidak bererti beliau tidak pernah didekati lelaki.

"Biarpun pada era lama, tetapi kami pada masa itu masih berpeluang berkawan dan bergaul dengan lelaki, cuma segala-galanya terbatas. Kawan pun sekadar kekal di tahap sahabat dan tidak pernah lebih daripada itu. “Tetapi inilah kekurangan yang berlaku pada hari ini. Semuanya kelihatan sebegitu pantas. Saya tidak berapa mengenali anak muda zaman ini tetapi saya yakin pendirian mereka hari ini jauh berbeza dengan remaja pada era saya.”

Keluarga Meadmore berhijrah ke Mesir, Kanada dan seterusnya New Zealand ketika beliau berusia tujuh tahun. Namun Meadmore, kembali semula ke Britain, seorang diri, pada usia 20-an.

Beliau terpaksa menyara kehidupannya dengan bekerja sebagai setiausaha dan pembantu rumah. Ketika inilah, Meadmore menerima beberapa lamaran perkahwinan yang ditolaknya secara baik.

"Bagi saya, mungkin zaman saya membesar menyebabkan saya melihat kehidupan daripada perspektif berbeza. Ketika itu, rama gadis pingitan dan sukar dilihat sedangkan saya lebih berminat bekerja. Ini menyebabkan lelaki tidak sukakan wanita berani seperti saya. Masa berlalu dan saya terbukti sudah terlalu tua untuk berkahwin!" katanya berseloroh.

Apakah yang dilakukan bagi mengisi masa terluangnya? "Saya membaca, berkebun, beriadah, memasak dan mendengar radio."

Beliau tidak pernah menyesal tidak bersuami, beranak dan bercucu biarpun terpaksa menghabiskan sisa-sisa hidupnya di Rumah Orang Tua Perran Bay, dengan status perawan paling tua di Britain setakat ini.

Thursday, November 13, 2008

JAM DINDING ANTIK

Comeltak? memang tak, tapi takpo, nanti kita mekap mesti comel, hanya Johari kenal Lompat Tikam.

Baru nih, aku gi mah saing, tertengoklah selonggok sampah, dan ada muka macam jam ditempat dia buang sampah, dah hancur abih, aku tengok ada enjin, serpihan kayu yang masih ada, aku mintak bawa balik, spray anti karat ,service, sebih,try bekki, hah boleh itup, setting lebih kurang, pah tu buat bodi, ganti kayu dah reput, gantung kat didnding, tapi pengunci tak de, hilang, nak kunci susah sikit..kalu sapa ada..mintaklah kuncitu..bayarpun takpo..sayang weh barang lama nih, jangan buang bagi aku baiki..yang ni akalua ada masa nak cat bodi bagi comel sikit..

Jam dinding antik, jenis bandul, ada kunci ni banyak juga kenangannya. Masa dulu2 kalau tidur mah tok, bunyi jam inilah yang sayunya, sebab teringat kat ibunapa. Masa mereka ajak balik tak nak balik, sebab suka main dengan pak sedara, masa nak tidur tak jenera, bunyi jam kluk klik kluk klik, sayu nak tunggu cerah pagi, belum ayam berkokok aku dulu yang berkokok dengan pak sedara, gerak tok ayah bangun tidur, pagi2 bakar ubi, biasanya musim cuti sekolah hujung tahun, musim banjir, bakar ubi kayu cicah gula, nyior muda, pulut huh sedap wehh.

KUCINGKU COMEL




Ini satu hal lagi, bela kucing, Orang rumah aku memang tak suka, sebab...kencing, berak, bulu dan macam2 lagi. kucing ni memang besar kalu lembu jenis charoley, kalu kambing, janapari ke boey, memang besar. Baru nih beranak 4 ekor. Bulu panjang comel anak2 dia, orang mintak aku tak beri, sayang, yang sekor tu kelabu bulu halus comel, ooo comel, Mak aku, adik memang sayang sangat kat sekor tuh, tapi sekarang tinggal kenangan, kena curi atau tah gi kat mana, dah tak ada, wu hu huuuu...tinggal yang tak berapa comel...

Baru ni, dia beranak lagi, hasil hubungan rambang dengan kucing kapung sekitanya, ada bapak hitam, kuning, belang, kelabu mari pakat ngorat kucingku. Sekarang dia melahirkan anak 4 ekor lagi yang pelbagi warna, ada hitam, belang2, macam musang pun ada, memang comel. Banyak alkisah lucu jugak hal kucing nih. Aku fobia dengan kehilangan anak dia dulu, yang comel kita sayang yangtulah akan hilang. oleh itu anak dia yang ni, kami jaga baik2, begitu juga ibu dia, pantang jantan masuk kawasan rumah dia kejar, sehinggakan pada suatu hari, kami lihat siibu tak selincah biasa melayan anak2nya. Rope rupa nya, dia sakit mulut, mungkin mempertahankan anaknya, sehinggakan , mulut berair tak boleh makan, tubuh kurus, menunggu kematian, kesian aku tak tau nak wat belas mana lagi, tawakkal saja usaha kurang.Adik aku dari ipoh balik, dia ada jual produk HPA, ada minyak apa ntahlah, dia sapu kat mulut,esoknya nampak kering, boleh jilat susu, dua tiga kali lomor nampak makin pulih dan boleh makan, alhamdulillah, hidup lagi.

Kami dikejutkan lagi, kali ini bukan sekor hilang, ini dengan ibu sekali, sedih sungguh,..dua tiga hari lepas tu balik siibu sekor je,sekejap hilang balik, mungkin gi jumpa anak dia. Aku rasalah mesti jauh, dua tiga hari baru sampai balik, aku pesan pada keluarga jika ibu kucing balik sila kurung dulu, kebetulan masa dia balik aku ada, aku ambik tali ikatkan surat kat tengkok.." terima kasih kerana menjaga kucing saya, sila hantar segera sebelum kami buat laporan polis, kami tahu siapa yang ambil setelah ikut ibu kucing, sila tel 012..... dengan segera, kami tak mau anda malu nanti" begitulah ayatnya lebih kurang.Tak sampaiu setengah jam, tel berbunyi..sms..mari ambiklah kucing demo, kawe tosir , bukan kawe ambik dia mari sendiri,m kawe tak suka kucing, berak koksir...aku tel tanya sapa nih, rasa malu jugak, sebab jiran aku yang tak berapa jauh, dia pun tak tau kucing tu aku punya, tapi memang dia berkenan, anak dia suka main buat tisur lagi..aku pi ambik,..selang dua hari dia lari lagi sebab mak aku marah kat dia, rupanya kucingni fahambila kena marah, merajuk lari dari rumah, lepas tu kalu nak marah pun pakai cakap je bukan guna lidi..dia tak lari lagi buat masa nih.

SERAI BERBUNGA


Aku perasan masa nak potong daun, ada batang yang menegak, aku simpan sehinggalah keluar bunga,dan ku biarkan sehingga ia mekar. Itu lirik lagu Flybaits yang popular tahun 70an

Lawa tak bunga serai ini, mungkin untuk dewa2, atau aku pacar yang hina,



Ada serai berbunga... tapi amat jarang
Serai bila berbunga akan terbit batu yg dinamakan geliga serai,
geliga serai ialah sejenis batu putih bersih yg banyak khasiatnya
Selalunya serai berbunga dihalaman rumah wali-wali.
Orang-orang alim suka tanam serai sebab mengikut ceritanya... serai adalah satu2nya tumbuhan di alam barzah, Selalu kita dengar cerita org yg koma... dia akan bermimpi dibawa berjalan disatu jalan yg nyaman dah terang... dipenuhi dgn pokok serai, kemudian dia akan berpatah balik.... maka dia tak jadi mati kerana cepat2 teringatkan serai dirumah dia.
maksudnya... belum sampai ajalnya
Dalam kitab2 lama seperti Tajul Muluk banyak diceritakan tentang serai dan hikmatnya.
bagi ahli2 sufi perkataan bila serai berbunga bermaksud "keajaiban yg ditunggu oleh setiap orang"
lain dari pepatah "kucing bertanduk", kucing bertanduk adalah perkara mustahil akan berlaku.
tetapi serai berbunga adalah sesuatu hikmat yg jarang2 diperolehi, doa yg makbul juga diibaratkan sebagai serai berbunga (rujuk syair al sufi Sheikh Ahmad Kursani ms 24, baris 6)

SO jangan main-main dengan ayat 'Bila serai berbunga', dan lagu tu tak gila, sebab ia dicipta berdasarkan rujukan dari kitab kitab


Jenny : Alamokk, betulke gituuu, jadi aku ni nampok je gini....pokok serai berbunga mah aku je, kalu jenis serai wangi mudah jumpa berbunga, ini serai makan kadang2, seumur hidup aku inilah kali pertama lihat bunga serai. Aku cari maklumat dari internet, dapat petikan diatas, dan banyak lagi versi teks dan video. Nak tak caya rugi, aku caya sikit2jah, aku panggil orang yang dah berpengalaman dalam hal nih, cuba nasib. Tepat jam 12 tegah malam....Oooouuuu Ouuuu...Ooooouuuuu berdiri bulu ketiak. Hujan renyai2, orang tuh mulanya nak tunggu hujan berenti..tapi masih renyaii, dia suruh aku cangkul dan cabut, mampuih aku tak cabutt,aku suruh dia juga, takut nanti sabit dengan aku tak ada ongg, biar dia buat. Dia baca lebih kurang kumat kumit, debuk cangkul,gali2 cokeh, korek dan maca2 lagu lagi, patutnya sewa case, baru ye. Banyak dapat, asalkan batu ambik, letak dalam baldi air, basuh, simpan....mungkin tak dak rezeki, takut aku jadi riak, agah, sombong dan macam2 hal buruk agaknya maka aku tak diketemukan dengan yang dicari...tak apa...kalu tak cuba tak tau, sebab jarang jadi, oooo kalu tak kaya dah aku, bila kaya ....koya lagih.Sebab sebelum ni tak nanti lagumana kalu nak ada, cangkul sikitje jumpa, tapi aku tetap berbangga kerana serai pilih mah aku untuk ber bunga, bukan mah aku di manek urai je, diKg Juga keluar bunga, tapi aku hanya tengok je. Yang di Manek urai aku simpan gantung kat dinding buat perhiasan, mana tau boleh buat duit cara lain,,,koya lagiii.Tak apalah, lagipun aku dah tengok batu serai yang Cikgu Amir punya, ooolagu tuh, comel jgak,

LADANG ANGGUR MANEK URAI

Ini satu lagi minat aku, tanam pokok, tapi bukan serupa orang, tanam pokok untuk kepuasan, layan minat katakan. Dah lama try tanam anggur ni, mula tanam tahun 2003, ambik benih di SJK C Chukai, Kemaman, Trg. Tanam dalam pasu, naik ada setinggi sekaki dua kaki, kalau tak mati dia ngok, atau berit, atau terbantut, hidup segan mati mau. Tapi tak mati,tunggul dia akan keluar tunas baru, dan begitulah berganti bulan dan tahun, nak buang sayang, sebab induk dia di SJKC Chukai berbuah tak kira musim ada sokmo. Keadaan ini berlarutan sehinggalah aku bertukar ke Manek Urai, bawak juga tunggul pun,masih lagi perkara sama berlaku, naik sekaki mati, tunas balik. Kebetulan ada cikgu di manek urai juga tanam angur mah dia, Cikgu Zamri. Aku bagi kat dia jaga pulak, aku ambik benih mah dia tanam, yang ini mungkin sesuai dengan cuaca kat sini naik menjalar melebihi ketinggian rekod aku tanam sebelumni, ada sikit harapan, dalam hati kata biar tak berbuah asalkan pokok sihat subur merimbun buat hiasan , kalu orang tanya , ini pokok anggur, sehinggalah dua bulan lepas , aku try tambah para dan buang semua daun cabang yang tak segar. Maka dalam masa dua minggu keluar tunas baru, salah satu tunas itu telah mengeluarkan bunga, dan pokok pun tumbuh subur. Pengalaman dan hasil kajian selama 5 tahun ini memberi ilmu besar yang amat berharga untuk aku tanam anggur, oooo begitu caranya, kalau tak try tak tau, kalau ikut teori senang, cuba buat baru tau, serupalah dalam apa perkarapun memang kena buat praktikal setakat teori tak jadi. Proses pengalamian itu penting.....jangan buat perkara yang salah disisi undang2 dan agama sudahlah.


Buah anggur sulungku, comel molek tuh, Masa tanam dulu, aku harap pokok subur je, ada dayn menghijau penuh parapun tak apa dah, sekarang boleh tengok buah yang dah mula masak,waduh sukanya...rasa belum tau masam ke manis...bagiku aparaspun tak apa, tapi kalau manis..laaagi suka.

Ni nak berangan laginih, kalu tanam sejuta ekar, huh boleh ekspot ke Amerika nih, bagi Obama rasa dulu pah tu suruh dia promote ke rakyat dia dan negara jajahan dan takluknya..kuat koya.

Nampok dak betapa lebatnya buah itu bertangkai2 banyaknya, kalu tanam banyak sah bayak lagi hasilnya..

Nampok tuh berapa tangkai, banyok sebenarnya, terlidung jah...

Mula2 keluar bunga, napok tuh, lagu ni ruponye bunga dia, halusjah...

Pokok yang merimbun.suburnya..

pokok atas para2 , kalu para luas lagi, subur lagi pokokni..

Pandangan dari atas kanopi pokok..

pandangan tepi...

Angan2ku naka buat para atas bumbung rumah pulak, nanti keluar buah ambik kot jendela jah...hoooo jadi rumah puwakooo

Wednesday, November 12, 2008

Panggilan Haji Telah Tiba Lagi

Menunaikan ibadat, panggilan Baitullah, tanah suci Mekah, ya Mekah tu mukarramah.Kalau nak ikutkan memang nak pergi masa muda ni, Kena selesai banyok perkara lagi nampoknyo, dalam kategori tak wajib laginih, hutang banyok, kena selesai hutang lama dan hutang yang akan bertambah dari hari ke hari, gali lobang tutup lobang.