
Duduk bersama tokoh pelajar dari Kolej lain

berdiri dengan megah menghormati lagu Negaraku

Berjalan penuh yakin menuju kearah Canselor Kolej untuk menerima anugerah tokoh murid 2008.

Terima segulung ijazah daripada Canselor kolejnya Tn Hj Nordin

Sempat bergurau dengan canselornya.

Biodatanya dibaca, memboringkannya sehingga tiada apa nak buat, kutis kuku yang nampaknya hitam..nasib baik tak guna zip seluar macam mr beam..

Control macho tuh,

Terima anugerah dari Ketua segala Canselor PPD Kuala Krai, Tn Hj Ramali Deraman.

Anak bongsu batang keladi, dengan bangganya telah membanggakan aku kerana mendapat keputusan terbaik keseluruhan ijazah sarjana kanak2 kelas pertama dan mendapat anugerah canselor sebagai tokoh murid 2008. Aku harap cita2nya akan tercapai nanti sebagai angkasawan, dan akan melajutkan pelajaran keperingkat sarjana remaja di kolej SK Manek Urai, yang akan lapor diri pada 4 Jan 2009.

Gambar pelajar Pra SK Manek Urai,setelah menerima ijazah masing2, pendek kata esok terus buleh gi cari kerja kosong, bantu mak ayah yang sesak nih nak wat rumah biar siap tahun nih, moga cepat2 dapat kerja..aminnn.

No comments:
Post a Comment